panduan blogger baru

Pertama kali buat blog apa perlu buat dahulu ?

Salam hujung minggu ya . Saya baru tahu 2-3 hari ni , ada kawan-kawan saya sendiri yang baca blog saya , tetapi di sebabkan diorang baca sembunyi-sembunyi mana lah tahu kan. Seorang kawan tu memang berminat sangat nak buka blog untuk mecatat aktiviti beliau , dan di jadikan sebagai hobi.

Saya memang alu-alukan kedatangan penulis baru dalam dunia blog ni. Sebab bagi saya.. suri rumah kalau duduk rumah je , tak buat apa-apa macam bosan sangat. Lepas tu mula lah nak lempiaskan marah kat suami sebab tinggal kita kebosanan hari-hari kan? Oleh itu bagi saya blog memang terapi. Sedih suka memang saya akan tulis di blog. Tetapi ye lah tak lah tulis secara cukup lengkap. Mesti lah tapis-tapis .. asalkan lepas tulis tu semua benda dah terluahkan …

panduan blogger baru

Selamat datang mama 3 hero dan semuga rajin menulis setiap hari. Saya mama 3 puteri. Heh! Lama juga kenal mama 3 hero ni , dari alam maya. Mama 3 hero tanya saya , macam mana nak mula menulis , macam mana nak karang ayat.  Meh kongsi cara saya sikit.

Dah buat blog semua apa nak tulis ?

Bagi saya kalau blog personal memang senang , kita boleh tulis apa sahaja. Topik dalam hidup ni pelbagai. Petik satu kategori dan mula lah cari bahan.

Contoh : Percutian

Mula lah kumpul gambar-gambar tempat yang kita pernah bercuti. Resize gambar kasi cantik. Upload dan mula lah bercerita.

Untuk jadikan cerita itu berguna untuk pembaca dan orang lain. Jangan lupa selitkan maklumat paling penting. Kalau bercuti mesti pembaca nak tahu harga hotel , kedai makan mana yang best , apa yang di rekomenkan untuk cuba di tempat percutian tu. Dah ada point-point penting tulis je lah ikut gambar. Senang je kan ?

Contoh topik : anak

Terus je upload gambar anak dan bercerita .. haha kalau boleh selitkan tips untuk memudahkan ibu baca secara tak langsung. Apa yang kita tahu melalui pengalaman dan pembacaan je lah berkongsi , kita bukan doktor nak cerita sampai bab paling rumit kan. Nanti salah ajaran susah pulak.

Pesanan saya cuma ,kalau boleh lah jangan terlalu guna singkatan bahasa , saya pun mula-mula menulis dulu banyak sangat singkatan bahasa yang saya tulis , sampai sekarang bila saya baca , saya sendiri rasa pelik baca tulisan tersebut. Kahkah macam ayat alien je , saya menyesal tulis macam tu dan kebanyakkan post lama saya edit. Boleh nak gunakan bahasa pasar atau singakatan ayat , tetapi jangan keterlaluan lah .. biar lah orang nampak macam skema je tulisan saya ni. Asalkan tak nampak macam alien je .. heh!

P/S : Orang kata  ”  rindu boleh buat kita lemah , sehingga rindu itu terubat kan ?  ”    betul ke  ? 🙂

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

36 thoughts to “Pertama kali buat blog apa perlu buat dahulu ?”

  1. syok baca blog puan bee ni, nak mulakan sesuatu memang susah, nak belu domain, hosting, nak install, nak setup, semua dah lepas dah…haaaa nak menulis yang susah dan paling kritikal sekali, kalaulah blogging ni menulis atas kertas, rasanya dah ber tan2 kertas masuk bakul sampah

    wbp, terima kasih atas idea puan bee yang dah masuk paper…

  2. kitorang sangat happy couse pb sanggup kongsi ilmu ngan kita……yg bru first time made blog nie hehehehe……

  3. blog baru berusia 3 minggu mcm tu… rupanya susah juga nak cari idea.. tapi memang seronok berkongsi minat dengan pembaca ni.

  4. Setuju ngan bee, sambil menulis ni, banyak tekanan yang boleh dilepaskan, tapi ada sesetengah orang, dia makin tertekan waktu menulis (yang ni tak pasti apa jer puncanya… )

  5. setuju sangat2 kak…kalau surirumah takde buat benda lain, memang bosan…bila bercerita di blog, hilang jugak bosannya…cuma kena tapis macam2…takut ada benda yang tak patut dicerita pun boleh jadi tatapan umum, kan? huhu..

  6. Masalahnya kadan-kadang dah sampai x tahu nak tulis apa..siapa ada idea lebih bagus.kasi tolong macam mana nak buat..

  7. “betul tu bee…kalau ada blog ni bolehlah kita luahkan perasaan suka duka kat blog..ilang boring kan…tp tidak ler lebih2 kan..agak2 lah dn bahasa pulak biarlah santai jer kan..akak skrg ni dh agak jarang update blog sbb dah dpt kerja la pulak..(sejak jan.2012..)hehe..rezeki jgn ditolak!:)salam kenal dgn blogger baru tersebut”

  8. Azie buat blog sebab suka baca Blog Kakak Ipar, Akak tau kan siapa dia!. Dari situ Start bina blog sendiri dengan google cara buat blog akhirnya jadilah Aziewan.blogspot.com dan seterusnya bila blogspot lambat sangat Loading minta bantuan Kakak Ipar jadilah Aziewan.com.

Leave a Reply to Ibu Mifzal Arsyad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *