Pertama kali buat blog apa perlu buat dahulu ?

Share

Salam hujung minggu ya . Saya baru tahu 2-3 hari ni , ada kawan-kawan saya sendiri yang baca blog saya , tetapi di sebabkan diorang baca sembunyi-sembunyi mana lah tahu kan. Seorang kawan tu memang berminat sangat nak buka blog untuk mecatat aktiviti beliau , dan di jadikan sebagai hobi.

Saya memang alu-alukan kedatangan penulis baru dalam dunia blog ni. Sebab bagi saya.. suri rumah kalau duduk rumah je , tak buat apa-apa macam bosan sangat. Lepas tu mula lah nak lempiaskan marah kat suami sebab tinggal kita kebosanan hari-hari kan? Oleh itu bagi saya blog memang terapi. Sedih suka memang saya akan tulis di blog. Tetapi ye lah tak lah tulis secara cukup lengkap. Mesti lah tapis-tapis .. asalkan lepas tulis tu semua benda dah terluahkan …

panduan blogger baru

Selamat datang mama 3 hero dan semuga rajin menulis setiap hari. Saya mama 3 puteri. Heh! Lama juga kenal mama 3 hero ni , dari alam maya. Mama 3 hero tanya saya , macam mana nak mula menulis , macam mana nak karang ayat.  Meh kongsi cara saya sikit.

Dah buat blog semua apa nak tulis ?

Bagi saya kalau blog personal memang senang , kita boleh tulis apa sahaja. Topik dalam hidup ni pelbagai. Petik satu kategori dan mula lah cari bahan.

Contoh : Percutian

Mula lah kumpul gambar-gambar tempat yang kita pernah bercuti. Resize gambar kasi cantik. Upload dan mula lah bercerita.

Untuk jadikan cerita itu berguna untuk pembaca dan orang lain. Jangan lupa selitkan maklumat paling penting. Kalau bercuti mesti pembaca nak tahu harga hotel , kedai makan mana yang best , apa yang di rekomenkan untuk cuba di tempat percutian tu. Dah ada point-point penting tulis je lah ikut gambar. Senang je kan ?

Contoh topik : anak

Terus je upload gambar anak dan bercerita .. haha kalau boleh selitkan tips untuk memudahkan ibu baca secara tak langsung. Apa yang kita tahu melalui pengalaman dan pembacaan je lah berkongsi , kita bukan doktor nak cerita sampai bab paling rumit kan. Nanti salah ajaran susah pulak.

Pesanan saya cuma ,kalau boleh lah jangan terlalu guna singkatan bahasa , saya pun mula-mula menulis dulu banyak sangat singkatan bahasa yang saya tulis , sampai sekarang bila saya baca , saya sendiri rasa pelik baca tulisan tersebut. Kahkah macam ayat alien je , saya menyesal tulis macam tu dan kebanyakkan post lama saya edit. Boleh nak gunakan bahasa pasar atau singakatan ayat , tetapi jangan keterlaluan lah .. biar lah orang nampak macam skema je tulisan saya ni. Asalkan tak nampak macam alien je .. heh!

P/S : Orang kata  ”  rindu boleh buat kita lemah , sehingga rindu itu terubat kan ?  ”    betul ke  ? 🙂

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

36 Comments:

  1. As salam,

    Usia blog baru 4 hari

    La ni mencari idea untuk menulis topik

    Susah rupanya nak menulis.

    Bila Baca blog bloggers lain best aje baca

  2. As Salam,

    Blog baru berusia 4 hari.

    La ni tgh mencari idea nak menulis.

    Susah rupenya nak menulis. Membaca blog bloggers lain macam best aje baca

  3. nur sofea farahniza

    thank you blog

  4. banyak betul informasi puan bee nie yea..terima kasih untuk tip..rasa ada idea dah nak tulis kat entri saya..terima kasih.

  5. syok baca blog puan bee ni, nak mulakan sesuatu memang susah, nak belu domain, hosting, nak install, nak setup, semua dah lepas dah…haaaa nak menulis yang susah dan paling kritikal sekali, kalaulah blogging ni menulis atas kertas, rasanya dah ber tan2 kertas masuk bakul sampah

    wbp, terima kasih atas idea puan bee yang dah masuk paper…

  6. kitorang sangat happy couse pb sanggup kongsi ilmu ngan kita……yg bru first time made blog nie hehehehe……

  7. Emm betul la tu apa yang puanbee katakan tu..rindu ni buat kita lemah jer..haha..terima kasih PB kongsi ilmu dan tips menulis ni..hehe..

  8. saya pula buat blog sebab suka menulis pasal gajet-gajet yang jadi keminatan saya.

  9. mula2 ciktom tulis entry share tips kot pastu pengalaman interview..hehe

  10. Makin ramai jadi penulis sekarang. Kalau blog personal memang senang sebenarnya. Tak perlu nak fikir apa-apa. Tulis ja.

  11. selamat dtg mama 3 hero !

  12. Macam saya pun tulis blog menggunakan bahasa penuh.. Yela, blog ramai orang baca. Jadi penulisan kenalah betulkan kak. Biarlah orang nak kata skema ke apa, janji kita puas.

  13. nampak mudah tapi dah mula menulis baru tahu rasanya sendiri.. hehe..

  14. memula dulu saya langsung xda idea nk tulis apa, lama lama boleh menulis la plak, hehhe

  15. blog baru berusia 3 minggu mcm tu… rupanya susah juga nak cari idea.. tapi memang seronok berkongsi minat dengan pembaca ni.

  16. Setuju ngan bee, sambil menulis ni, banyak tekanan yang boleh dilepaskan, tapi ada sesetengah orang, dia makin tertekan waktu menulis (yang ni tak pasti apa jer puncanya… )

  17. setuju sangat2 kak…kalau surirumah takde buat benda lain, memang bosan…bila bercerita di blog, hilang jugak bosannya…cuma kena tapis macam2…takut ada benda yang tak patut dicerita pun boleh jadi tatapan umum, kan? huhu..

  18. Blog ibu-ibu lebih mudah untuk dikarang berbanding blog bapa kerana tidak banyak modal cerita. 🙂

  19. Masalahnya kadan-kadang dah sampai x tahu nak tulis apa..siapa ada idea lebih bagus.kasi tolong macam mana nak buat..

  20. SALAM..thanks bee bg tunjuk ajar cara2 nk wat blog dr A-Z..Tq gak sbb tolong promot blog mama3hero yg x seberape ni..huhu..Salam kenai pd member2 blogger yg lain >.<

  21. suri rumah alaf baru..work from home dengan internet..hehehe

  22. Suri rumah kalau nak ngadap lap top tuh boleh tapi kena bijak
    bg masa untuk menyiapkan kerja rumah + memasak utk keluarga..
    Baru namanya SuperMAK..

  23. “betul tu bee…kalau ada blog ni bolehlah kita luahkan perasaan suka duka kat blog..ilang boring kan…tp tidak ler lebih2 kan..agak2 lah dn bahasa pulak biarlah santai jer kan..akak skrg ni dh agak jarang update blog sbb dah dpt kerja la pulak..(sejak jan.2012..)hehe..rezeki jgn ditolak!:)salam kenal dgn blogger baru tersebut”

  24. Azie buat blog sebab suka baca Blog Kakak Ipar, Akak tau kan siapa dia!. Dari situ Start bina blog sendiri dengan google cara buat blog akhirnya jadilah Aziewan.blogspot.com dan seterusnya bila blogspot lambat sangat Loading minta bantuan Kakak Ipar jadilah Aziewan.com.

  25. kat duniani x semua org lahir2 dah pandai …jadi kenalah tuntut ilmu…insyallah no problem la…

  26. hehe..sy pun sy bila baca entri lama2 masa mula2 menulis dulu..mmg cam rs kelakar…

  27. slmt dtg new blogger…

    ermm… segmen cekgu normah mmg dah stop ek

  28. nanti nak suruh bini buat blog gak. =)

  29. belajar tulis sikit2…lama2 pandailah tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *