Persedian menyambut kelahiran bayi dan untuk ibu juga !

Share

Penyediaan menyambut bayi baru ni saya terlintas nak tulis memandangkan ramai yang bertanya , apa yang perlu dan apa yang tak perlu di beli , ada juga yang tanya bila waktu sesuai untuk membeli kelengkapan bayi. Macam-macam kerisauan pun ada terhadap ibu muda ni kan.

Kebanyakkan yang tanya ibu-ibu muda lagi , ye lah anak sulung getaran dia lain sikit. Bila dah masuk nombor dua , nombor 3 atau nombor 4 macam saya ni , perasaan gementar tu ada cuma lebih tenang la gitu. Boleh lagi nak merayap shopping di sana sini. Ehemmm ~

Checklist barang baby berdasarkan pengalaman

Kakak-kakak teruja membeli barangan kelengkapan adik yang bakal lahir ! seronok ibu tengok kakak shopping.

Kali ni shopping seronok sikit , sebab nya tak ada pula siapa-siapa minta baju sendiri. Biasa nya saya baru pegang baju , tiga-tiga merengek nak baju baru , kali ni diorang fokos shopping baju adik je. Bagus la … dalam masa tak sampai 1 jam dah siap shooping , walaupun sebenarnya tak lengkap lagi tu.

Senarai keperluan bayi.

Ada macam-macam yang di senaraikan. Sebenarnya tak perlu lah rumitkan keadaan. Jangan jadikan keseronokan untuk sambut anak baru menjadi kerisauan sebab tak boleh nak cukupkan semua kelengkapan yang di senaraikan. Kalau nak ikut cara sederhana macam saya boleh.

Ikut pengalaman dulu-dulu ada benda yang saya beli tak pakai sangat pun , sayang je .. kali ni lebih berhati-hati membeli , tak nak ikut nafsu.

Baju Bayi 

  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut ( ni 2 anak saya beli , tapi tak pakai serius … )
  • Sarung kaki  ( saya beli dalam 3 pasang je / jenis bayi + 2 pasang jenis stokin biasa , bila dah besar sikit tak pakai dah stokin jenis untuk bayi tu )
  • Sarung tangan ( sama dengan di atas )
  • Kain bedung ( semua anak tak pernah di bedung , tapi beli juga 1 set lamping , untuk lapik2 semasa salin pampers ke apa-apa je laa .. )
  • Topi ( kalau suka beli la takde pun tak pe , tak penting .. )

Jika boleh beli baju dengan butang. Romper okay tetapi agak tak sesuai untuk di pakai semasa bayi baru lahir. Mana lah tahu kita dapat anak yang kuat menagis , tak sempat nak sarungkan baju. Ada juga anak yang sensitif tak suka di gerak kan banyak kali , menagis kuat , mana sempat nak sarung baju.

Baju dengan butang ni lebih senang nak di pakaikan , senang juga nak salin nanti.

Kuantiti baju tak perlu banyak , bayi cepat sangat besar nya , umur 2 bulan dah nampak perubahan. Lagi pun , habis pantang nanti boleh lah keluar jalan-jalan cuci mata , alasan nak beli baju anak. HEHEHEHE .. bosan kan pantang lama2 berkurung dalam rumah.

Terdahulu :

  1. 4 Khasiat Serai – Buat sendiri teh serai
  2. Cara elakkan bayi kembung perut
  3. Resepi Ayam Bakar Aroma Serai Untuk Keluarga

Lampin pakai buang atau lampin kain tradisional / moden.

Terpulang la pada mak ayah , saya masih ada set lampin moden jenis kain ( cloth diapers ) tetapi ikut pengalaman tak pakai punya masa baby baru lahir. Satu sifat baby baru lahir kerap poo poo … kerap salin dan kita pun perlukan cepat salin kan. Jadi jika nak pakai cloth diapers sehari dalam 8 juga. Kalau hujan susah pula nak tunggu kering. Kalau ada orang tolong bersihkan / basuh takpe boleh pakai lampin kain biasa tu. Lagi mudah.

Orang dulu-dulu bagi pakai cawat. Tau cawat cam mana ? berbentuk 3 segi dan di ikat je ke pinggang baby , tapi tak elok lah .. sejuk kesian baby .. tak serap air sangat.

Jadi sediakan lampin pakai buang saiz s dan lampin pakai buang untuk new born dalam pek kecil untuk di bawa ke hospital.

Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.

  1. Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  2. Tisu basah

 Persediaan lain

  1. Set mandian (  beli jenis kecil – sebab ikut pengalaman saya , ada anak yang tak sesuai memakai satu-satu jenama , dah cuba nanti akan ada tanda-tanda ruam dan sebagainya , kita perlu tukar kepada jenama lain. Jadi jika beli jenis besar-besar rugi  )
  2. Tuala Bayi
  3. Bantal / tilam kecil
  4. Putik kapas ( nampak mcm tak penting , tapi penting .. ianya di gunakan untuk sapu ubat di tali pusat baby dan buang lebihan air di telinga baby )
  5. Selimut baby ( Saya suka guna kain batik , sebab nya berat sikit .. letak atas dada elakkan anak terkejut , tapi kena tengok selalu risau terkena muka )

Beg untuk di letakkan semua barang di atas  jangan lupa untuk di bawa ke hospital nanti. Jangan risau .. tak perlu rumitkan keadaan ..  pakai je beg yang ada pun boleh.   🙂

Ibu pun ada juga persedian tau.

Semasa nak pergi ke hospital untuk melahirkan anak , ibu bawa lah 2 set baju baby , lampin , tuala , set mandian dan topi baby.

Dan juga pakaian ibu , cukupla sekadar t-shirt + kain batik ( untuk di pakai semasa balik , di hospital pakai baju hospital ). PAD .. ikut suka nak jenis apa , tapi darah nifas banyak sangat , eloklah cari jenis tebal panjang. Hospital ada sediakan pad , tapi tak sedap pakai la jenis tali-tali ni hahaha …

Pakaian dalam agak la untuk 3 hari ke , nanti tak cukup suruh je en suami ambilkan .. kalau suami tak ada , suruh la adik beradik lain. Paling lama saya pernah tinggal di hospital 6 hari , paling sekejap 2 hari. Oh dan juga kelengkapan mandi untuk kita pun jangan lupa.

Selepas dah balik dari hospital baru kita sambung dengan amalan pemakanan ubat-ubat herba dan perubatan tradisional. Itu pun kalau nak ikut.

Penyusuan ? terpulang .. jika hendak biasakan anak minum susu botol kena sediakan kelengkapan untuk menyusu , pam dan botol … jika saya memang set mental dan fizikal saya untuk beri susu ibu je … semua anak minum susu ibu. Bukan nak kerja pun. Lagi pun susu ibu jimat , mudah dan berkhasiat untuk bayi.

Rasa macam sikit je tulis , tapi dah panjang berjela .. lain kali kita sambung okay …. mengadung ni tak boleh duduk lama-lama macam nak patah pinggang ni.

Oh semasa mengandung dan selepas melahirkan anak saya amalkan VCO ( virgin coconut oil 🙂 )

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

40 Comments:

  1. Sangat berguna untuk ibu baru! 🙂

  2. aik. persediaan dari segi supplement dan vitamin utk baby dan ibu baby takde ke? hihi. kalau nak, boleh runding dgn saya. hihi. set ibu hamil dan set ibu pantang dari Shaklee amat terbaekk. WhatsApp 019 495 1082.

    hihi. tumpang promote kejap. insyaAllah. semoga bermanfaat kepada baby dan ibunya 🙂

  3. Pingback: Persediaan 2 Ketika hampir tarikh untuk " beranak " | Puanbee.com

  4. Buat masa nie, saya beli yang simple je.. yang lain nanti…

  5. semalam baru shoping persediaan dengan isteri. ruginya tak baca entry ni sebelum pegi shoping.. ada lagi yang tertinggal bila tengok list kak bee… alamatnya kena pergi lagi lah…In Shaa Allah due awal bulan oktober ni.

  6. nak suruh bini baca ni, tapi xde bini lagi..acaner???hehe

  7. rasa seronok dan risau dan berdebar nak tunggu kelahiran anak nie

  8. menarik perkongsian nie..semoga dipermudahkan bersalin.

  9. Jgn lupa bg tau lahir kat sepital mana.. sempat blh jenguk. If not kat rumah ler..

  10. Bestnya Bee, nanti pantang kat mana?

  11. Tak sabar nk tgk baby baru……hik2

    k sya tk pernah pula rasa bosan dlm pantang setakat ni ler….rasa biasa je…maybe sbb pantang kt kg…

    Ramai tukar theme sbb SEO yea….my theme pun SEO teruk….tp tak pe la…biarkan dulu…blog biasa2 je pun….he3

    • kak sya , bosan juga sbb bee biasa hari2 keluar rumah ..

      tapi di kampung memang best seronok sbb duduk kampung je lain2 tk kisah dah kan .

      nanti kalau diam tu dah beranak la .. hhehe

      SEO skrg tk berapa elok juga , tapi sekurang2 nya tak dapat surat cinta … 🙂

  12. Bestnya nak dapat baby baru, tak sabar nak rasa akan perasaan shopping baju baby, beli peralatan baby dan semua berkaitan baby. Tak sabar nak rasa perasaan tu.

    Sekarang dok simpan duit je, nanti nak shopping puas2 heheh.

  13. Hehe..tak sabar nak tengok adik dia lahir la tu..hehe..bila lah nak buat baby pulak ni..haha

  14. Betul tu anak ke 4 ni dah tak banyk nak beli…macam saya gunakan balik baju abgnya memandangkan jaraknya umurnya yg rapat

  15. Kalau nak jimat pakai je baju akak2 dia yang dah xmuat tu. -sekadar pendapat-

  16. Banyak sekali perlengkapan baby yang masti di beli untuk menyambut kelahiran baby Puan nie
    Semoga nanti kelahirannya berjalan lancar…

  17. Dah lama x berpeluang belikan anak baju newborn…dah 8 tahun x beranak lagi…heheheh…tumpang kat adik je la yang sekarang tgh preggy…

  18. panjang dah ni tulis

  19. Salam,

    Bestnyaaa nak sambut orang baru,

    Set berpantang takde dalam list lagi tu? hihihi bee guna produk apa ye?, nanti share ok. akak masa irfan tak guna apa sebab bersalin ceaser

  20. Sudah mula beli baju bayi. Sudah ada pengalaman dengan kelahiran anak-anak terdahulu sudah tahu apa hendak dilakukan.

  21. dah keempat ni koman-koman pun 90% senarai dah dalam kepala. dah boleh letak dalam bonet kereta dah.

  22. hehehe teringt dulu2.. ecey dulu la sgt kan.. masa persedian nk lahirkan amanda 4bulan lepas.. punya teruja.. basuh baju baby siap2.. pack siap2 dlam beg walhal dah thu amanda deliver ceaserean 38minggu.. xyah berdebar2 nk tggu due.. tapi berdebar menunggu hari yg dah pasti..

  23. seronoknya nak sambut orang baru. dah scan ke?
    moga selamat melahirkan baby yang comel & sihat..

  24. baju newborn humaira dulu pakai yg kakak punya.. mmg super jimat.. baju hari2 pun banyak yg kak Alya punya masih elok… baju baru untuk humaira beli yg nak keluar jalan2 je…

  25. betull… baju baby newborn takyah teruja beli banyak2 sgt… nnti sat je pakai x muat dah…

    hmm.. ada berimpian nak try lampin kain moden ke? byk jimat tu.. tp pakai kederat sikitlah…

    nis rasanya nk cari baju baby dan kelengkapan mcm minyak telon tu jek.. yg lain2 dah ada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *