Persediaan buka sekolah 2014

Share

Semua ibu bapa dah mula membuat persediaan buka sekolah bagi tahun 2014 kan ? Lumrah hidup begitu la .. dulu mak pak kita buat untuk kita , sekarang kita buat untuk anak-anak kita. Hidup bagaikan roda , pepatah biasa orang gunakan sekarang. Dengan lahirnya anak saya yang ke – empat bertambah sibuk lah perjalanan hidup saya. Bukan merungut tetapi berkongsi sedikit sisi hidup saya yang setiap hari sibuk menguruskan anak-anak.

tarikh buka sekolah 2014

Tarikh buka sekolah 2014 :

  • 2hb Januari 2014  / Khamis bagi semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bersekolah pada  1hb Januari 2014 / Rabu.

Ketiadaan suami di sisi dek kerana tuntutan kerja menambahkan lagi paras sibuk tu. Namun Insyallah .. segalanya akan di uruskan dengan sehabis baik. Suami bekerja sebagai krew kapal. Memang kadang kala di darat , kadang kala di laut. Sekarang suami belayar ke Jakarta Indonesia. Lebih kurang 11 hari baru sampai katanya. Talian terputus seketika.

Tiada apa yang lebih menyakitkan selain dari tidak mendapat berita dari suami tersayang. Sungguh saya beranak sendiri , uruskan anak-anak sendiri tidak lah seperit rasanya akibat tidak dapat berita dari suami. Entah apa la cerita dia di sana. Sihat ke ? makan minum macam mana ye ? Setiap masa , setiap saat saya mampu mendoakan kesejahteraan kesihatan suami dan semoga selamat tiba di sana dan balik.

( mata serasa berabuk 🙂 )

Tahun 2014 ..

Saya terpaksa menukar sekolah anak sulung ke sekolah baru , kerana hendak mendapatkan sekolah satu sesi. Anak no 2 baru masuk tahun 1 , jadi jika kakak masih di sekolah lama , mereka akan bersekolah 2 sesi. Jadi saya tukar sekolah anak sulung dan daftarkan semula anak ke dua ke sekolah baru. Walaupun sebenarnya anak no 2 tu telah pun di daftarkan di sekolah lama kakak nya 2 tahun lepas. Saya merancang dari 2 tahun lepas , mana tahu kini saya terpaksa tukarkan sekolah mereka.

Anak no 3 pula telah layak masuk ke tadika. Maka saya akan mencari sekolah tadika untuknya , jika boleh hendak sekolah yang berada di satu laluan dengan sekolah kakak-kakak nya. Almaklumlah .. jalan di KUALA LUMPUR 24 JAM SESAK. Tak sanggup saya menempuh jalan sesak dengan membawa baby yang baru sahaja di lahirkan.

Dah tukar sekolah kebangsaan , maka sekolah agama pun kena tukar. Sekolah lama kawasan Selangor , sekolah baru kawasan KUALA LUMPUR. Jadi waktu sekolah tu tak sama.

Kalendar Cuti AM & Cuti Sekolah 2014 ( Persekutuan & Negeri )

Baju-baju semua selamat , saya dapat sediakan semasa saya sarat megandung kelmarin. SYUKUR sangat. Tinggal urusan sekolah sahaja.

Dan saya masih berpantang sebulan. Mujur ada adik datang tolong menjaga anak-anak dan menjadi kawan berbual. Kalau tak meroyannnnn ….

# Sesibuk saya sekarang , sesedih pilu kerinduan ke suami  masih boleh bertahan , lagi sedih tengok update dari kawan-kawan yang menjadi mangsa banjir .. habis semua barang musnah .. semoga kalian tabah ye … ujian dari ALLAH .. besar ganjaran nya nanti.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

13 Comments:

  1. Pingback: Urusan pertukaran sekolah Selangor ke Kuala Lumpur | Puanbee.com

  2. perbelanjaan besar untuk anak-anak masuk sekolah tetapi berbaloi jika anak suka belajar ditambah pula dengan kejayaannya.

  3. Aktivitas yang harus dijalankan sebagai seorang ibu rumah tangga sangat banyak sekali. Semoga Puan senantiasa sehat 🙂

  4. lama saya x singgah sini, semoga sekolah tahun depan lebih baik dari tahun ini untuk sesi persekolahan

  5. Salam Bee..lama ummi tak singgah.

    Sungguh bee seorang ibu yang tabah dan berdikari, kagum ummi bila banyak perkara bee dapat uruskan sendiri. Ummi doakan bee dan anak-anak sihat semua.
    Sabar dan tabahkan hati menunggu kepulangan abang tersayang ye..take care.

  6. resep kuliner

    memang saat musim masuk sekolah datang pasti kita sibuk mempersiapkan peralatan sekolah anak-anak…

  7. resep kuliner

    memang saat musim masuk sekolah datang pasti kita sibuk mempersiapkan peralatan sekolah anak-anak kita…

  8. Banyak juga perlu diketepikan untuk perbelanjaan sekolah anak-anak ini.

  9. lanjut berjuang terus mba 🙂

  10. Sedih baca n3 Bee, akak dpt rasakan kesukaran yg Bee hadapi.Masih dlm pantang, menguruskan anak2 dan keperluan sendirian, suami tiada disisi..dgn BB yg trkdg xsihat…….Akak tahu Bee seorang ibu yang kuat n tabah.
    InsyaAllah Bee, byk ganjaran pahala yg Allah berikan diatas pengorbanan yg Bee lakukan….
    Moga Allah permudahkan segala urusan Bee….Take care ye….

  11. Semoga semua urusan Puan Bee akan jadi lebih senang di dalam menguruskan anak2..semangat kena kuat tu..In Syaa Allah, akan dipermudahkan..

  12. Tabik dengan Bee. Kalau I…mesti stress giler. Bee wanita yang unggul. Keep up the good work!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *