Perpustakaan Awam Pandan Jaya

Kami ke perpustakaan awam pandan jaya yang baru siap bulan april 2012 kalau tak silap , dulu tempat ni adalah pusat komuniti tetapi tak ada perpustakaan awam ni. Bukan nak puji parti politik , tetapi saya suka betul apabila pusat komuniti ini di jadikan perpustakaan awam. Daripada pusat komuniti ini di jadikan tempat untuk orang politik bermesyuarat semata-mata.

perpustakaan awam

Di depan PPAS ni lah saya ternampak kereta seorang pakcik yang bersemangat patriotik kelmarin. Jika ada masa lapang saya bawa anak-anak ke sini untuk membaca dan meminjam buku .. kebanyakkan buku sekarang dah mahal – mahal sangat. Bayangkan lah .. jika saya punya buku RM200 anak-anak lagi .. so macam tak mampu pula nak melabur duit yang banyak untuk buku bacaan semata-mata. Lepas habis di baca buku tu akan di simpan dalam almari je.

Bawa anak ke  perpustakaan awam selain dapat membiasakan anak untuk bercampur dengan orang lain , dapat juga menjimatkan wang serta paling utama memupuk anak-anak dari kecil supaya sukakan buku.

rak buku

Buku ada pelbagai jenis , semua aspek kehidupan ada di sana .. saya cari buku jahitan manik dan juga cara guna kamera .. ada tau .. buku mahal walaupun simple saja .. Saya pinjam 9 buah buku sekali pergi .. mana tak nya .. seorang boleh pinjam 3 buku selama 3 minggu , jadi saya daftarkan nama saya dan dua lagi anak , terus dapat pinjam 9 buah buku ..puas hati !

Plaing best buku kanak-kanak , beserta CD tau .. saya ambil 2 buku doa yang ada CD , buka hari-hari di dalam kereta , dirumah selama sejam dua jam , biasakan anak dengan doa. Nanti anak dah ingat dan hafal CD tu saya pulangkan balik ..pinjam yang lain pula.. hehee ..

bilik membaca kanak-kanak

Tempat bacaan untuk kanak-kanak ,selesa .. ada juga beberapa jenis permainan yang berunsur pelajaran , congkak pun ada .. kalau ke sini , itulah tempat di laila .. mana nak duduk diam budak besar tu …

perpustakaan awam

Tempat bacaan dewasa , di sebelah tepi tu ada komputer .. setiap pengunjung boleh guna selama 15 minit, lupa nak ambil gambar di meja komputer tu ..

PPAS pandan jaya

Tempat melepak , selesa ya amat .. kalau datang sini rasa tak nak balik .. wahahaha .. kalau saya setakat rasa tak nak balik je , tetapi anak-anak memang tak nak balik ..  Diluar ada kedai minum , makanan yang simple ada di jual , perpustakaan awam ni juga ada tandas dan surau , tak risau lah kalau nak berlama-lama disini.

Saya tengok ramai kanak-kanak sekolah rendah dan sedikit remaja sekolah menengah disini , bagi saya bagus tempat ni .. ada 2 orang budak yang bersembang dengan saya , bila di tanya ,

” mak mana ?

“kerja ..’

“adik tinggal dengan siapa ?

“tak de orang jaga , sebab tu dia datang ke PPAS tu , ramai kawan “

Paling bagus kerani disitu  ada buat kelas mewarna dan seni setiap hari , so budak-budak tak terbiar sangat lah .. Una ada masuk kelas mewarna .. nanti dalam entri lain saya update … panjang berjela lah entri saya ..

P/S : bukan entri tajaan 😛

17 Comments

  1. Siti 19 October 2016 Reply
    • puanbeeAuthor 20 October 2016 Reply
  2. auto parts 21 April 2013 Reply
  3. Hafizul 5 September 2012 Reply
  4. Ummi Hanie 5 September 2012 Reply
  5. Eizil 4 September 2012 Reply
  6. Amirez 4 September 2012 Reply
  7. Denaihati 3 September 2012 Reply
  8. Qaseh Gifts 3 September 2012 Reply
  9. Mama Murai 2 September 2012 Reply
  10. titan 2 September 2012 Reply
  11. dennis 2 September 2012 Reply
  12. beckhr00y 1 September 2012 Reply
  13. akubiomed 1 September 2012 Reply
  14. sweetkurma 1 September 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.