Perlu nyatakan sebab nak tarik diri dari melabur di ASB dengan membuat pinjaman di Maybank ????

Baru-baru ni … saya pergi ke Maybank. Saya ada buat pinjaman dengan Maybank untuk melabur dalam ASB. Dah lebih 7 tahun rasanya. Lama sangat dah .. bulan-bulan memang tak banyak mana , mampu je nak bayar bulan-bulan walaupun saya tidak bekerja.

Tapi .. hati saya duk rasa tak sedap je sejak dua menjak ni. Kali pertama saya pergi ke maybank untuk jual balik saham ASB tu. Mereka kata akan memproses borang tersebut dan hantar ke Taiping.

Kemudian diam. Itu tahun lepas. Potongan di dalam maybank saya masih berjalan.

Selepas saya dah melahirkan baby ni. Saya pergi lagi. Jumpa seorang kerani perempuan. Katanya … akan memproses borang untuk melihat status bayaran saya .. sama ada tertunggak atau tidak. Memang tak pernah tertunggak pun. Habis dah buat bayaran secara potongan dari dalam akaun maybank saya secara automatik. Kerani tersebut berjanji akan hubungi saya dalam masa satu hingga ke dua minggu.

Kemudian diam lagi.

Saya pergi lagi ke Maybank. Saya cakap nak tahu status. Pegawai ASB di dalam maybank buat semakan. Tak ada apa-apa status terkini. Beliau tanya saya kenapa nak berhenti dari membuat pelaburan. Saya cuma kata.

Saya tak nak lagi dah buat bayaran kepada maybank.

Pegawai tersebut cakap berulang kali ” kena tulis reason kenapa nak stop loan “

Apa ?

Saya masih ingat dulu. Saya tak nak pun buat loan dengan maybank. Seorang cik akak tu rajin call saya .. sampai dah 4 bulan dari tarikh saya buka akaun maybank pun dia call semata-mata nak pujuk saya membuat pinjaman untuk melabur di dalam asb.

Kenapa ?

Bila saya nak stop .. pegawai pegawai ni bertindak acuh tak acuh ? kenapa tak call saya ? kenapa perlu beri reason ?

Duit saya .. suka hati la ..

Geram sangat .. masih tak selesai ..

Kataya tunggu keputusan Maybank di taiping , sebab saya buat dulu di taiping.

Ok la .. cuti sekolah nanti balik taiping pergi tanya sendiri di maybank sana.

P/S : ada pengalaman ke , untuk stop loan dengan maybank untuk pelaburan ASB ni ? Hati rasa tak sedap la .. tak boleh teruskan. Sungguh !!

Tajuk panjang tak menahan. 🙂

33 Comments

  1. Daniel John 19 November 2016 Reply
  2. jane 18 November 2016 Reply
  3. fred 17 August 2016 Reply
  4. augustine junio 26 July 2016 Reply
  5. fred 16 July 2016 Reply
  6. catherine jonez 14 July 2016 Reply
  7. nelly 22 June 2016 Reply
  8. nelly 8 June 2016 Reply
  9. clara 8 June 2016 Reply
  10. omar zainab 8 April 2016 Reply
  11. alvarado sergio 13 March 2016 Reply
  12. EVA RUIPEREZ 7 February 2016 Reply
  13. Widya Okta 28 January 2016 Reply
  14. debra morgan 19 January 2015 Reply
  15. Mark Welmer 11 December 2014 Reply
  16. Mabel 30 November 2014 Reply
  17. hanari 16 July 2014 Reply
  18. lanabusybee 10 June 2014 Reply
  19. Eellee Nana 6 June 2014 Reply
  20. Siti 29 May 2014 Reply
  21. muhammad hizwan 25 May 2014 Reply
  22. Cik Nad 24 May 2014 Reply
  23. abe kie 22 May 2014 Reply
  24. Sue 19 May 2014 Reply
  25. akubiomed 18 May 2014 Reply
  26. ryz 18 May 2014 Reply
  27. ahmad ijat 18 May 2014 Reply
  28. Bahrain 17 May 2014 Reply
  29. Nutri Bullet 17 May 2014 Reply
  30. Anuar 17 May 2014 Reply
  31. Hairul Azni 17 May 2014 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.