Perjalanan Ke Pulau Pangkor ( Gambar sekitar di jeti dan feri)

Perjalanan ke Pulau Pangkor yang tidak di rancang sangat pun. Belasah je pergi .. kebetulan En Kay bercuti dengan agak panjang , jadi bawa la anak-anak berjalan tengok dan cuba hidup dengan suasana lain. Sesetengah orang kata Pulau Pangkor tak best. Tetapi untuk saya , orang yang sukakan alam ni saya suka.

Cemburu betul dengan orang tempatan yang di lahirkan di Pulau Pangkor ini. Kita ni kena keluar duit untuk merasai hidup di pualu.  Sedikit gambar untuk tatapan pembaca semua. Maaf laaaaa .. mood update blog ni kadang-kadang ada kadang-kadang hilang.

2013-03-26 16.19.08

Gerak dari Taiping Perak ke Jeti Lumut. Saya drive sebab Kay tengah kebas mulut nak cabut gigi tapi tak jadi. Fuhyoo ~ baru 2 kali Kay benarkan bini dia drive jauh-jauh. Seronok…

Sampai je tempat letak kereta sementara tu , dan ada ejen hotel dan kereta sewa. Jadi untuk orang yang tak merancang macam saya boleh je terjah ke sana terus. Tetapi ada benda akan tidak suka nanti. Baiklah merancang.. #pengalaman.

Saya tidak sewa tempat letak kereta kerana ada adik yang tinggal di Lumut jadi kami serahkan kereta kepada adik saja . Lebih selamat dan jimat.

Di Pulau Pangkor kami sewa kereta RM80 Sehari. Jadi tinggal di sana 3 Hari 2 Malam. Sewa pun jadi 3 hari la. Tambang Feri RM10 Seorang.

2013-03-26 16.18.40

Tengok ada 4 budak kecil kan ? Anak saya yang bertiga tu .. budak kecik di depan anak saudara .. baru 1 tahun 7 bulan dah kena culik dek kami. Selambaaaaa … je dia ikut langsung tak ingat mak pak dia.

2013-03-26 16.22.14

Dalam perjalanan nak naik Feri. Semua teruja sakan. Masing-masing pandang tepi ke arah laut. Macam nak terjun waktu tu jugak tu ..

2013-03-26 16.25.05

Dalam feri dah …. jeng jeng ..

2013-03-26 16.36.54

Pemandangan jeti di dalam Feri

2013-03-26 16.37.14

Kapal minyak ..

2013-03-26 16.38.46

Kay dan Iman..  sayang .. sayang .. sayang ….

2013-03-26 16.43.35

Tengok ombak ..

2013-03-26 16.54.23

Nampak tak ? nampak tak apa yang saya nampak ..

2013-03-26 16.54.14

Ini Feri ke Marina .. lawa sikit dari Feri ke Pulau Pangkor.

2013-03-26 16.54.01

Pangkalan TLDM

2013-03-26 16.51.55

Tengok kapal TLDM dengan tempat parking nya … suka sungguh Kay ..

2013-03-26 16.50.00

Habis dah gambar-gambar di dalam Feri .. Last baru ada Ibunya .. biasa lah kalau dah saya tukang pegang kamera kan .. Muka hilang keserian. Hitam dan kusam. Perut buncit. Ha ha .. apa kah tandanya ? Jeng jeng jeng lagi!

Nanti akan update entri pangkor yang lain dengan penerangan penuh. Sabar ye ~

Please follow and like us:
200

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

18 Comments:

  1. Bila tengok ja gambar laut dannpulau, teringin sangat nak balik kampung Pulau Mandi Darah Banggi Kudat, Sabah…
    Mendamaikan…

  2. rinduuu lak feri pangkor tuu…

    apa yg bee nmpk tu??

  3. pemandangan lautnya bagus sekali… biru segar 🙂

  4. tengok kat jeti orang sederhana je tak macam cuti sekolah hujung tahun, memang best jalan time gini tak bersesak-sesak.

  5. seronoknyer..bee..he3..yg paling seronok dah tentulah anak2 kan..
    tahniah bee..akk xleh nk kejar bee..igt nk tutup kedai..muehehehe..

  6. Walaupun anak saya sudah besar tetap ada kebimbangan hendak membawa mereka menaiki bot. Nampaknya puan Bee berjaya menyakinkan saya.

  7. dah lama tak pergi Pulau Pangkor…kenangan tu…

  8. Seronok dan nampak teruja muka anak2 tu bee..

  9. saya dah lama tak ke pangkor.gara2 takut hitam..betul nih..hahah..teruk kan..
    belah2 sana paling jauh saya pi teluk batik je…ekekek..

  10. Pingback: Menjelajah Pulau Pangkor | Puanbee.com - Kisah peribadi tak terlalu peribadi

  11. pangkor blm sampai lg..takat lumut je..tp pernah duduk 2 hari 1 malam kt marina best western resort..mmg best la..hehe

  12. Bestnya dapat pergi ke Pulau Pangkor… Walaupun saya duduk dekat Perak, tapi tak sempat lagi nak bawa isteri dan anak-anak pergi ke Pulau pangkor… 😉

    • kami pun org perak , baru dpt pergi sekali.. bukan selalu dpt melancong ni .. dekat2 pun kena kumpul duit haa

    • Eh..nuar..masa sekolah kat manjung dulu ko x gi ker pangkor tuh? dh dekat dh tuh kan..hehe..lama x gi pekan koboi pangkor tuh..nek moto pun x yah pakai helmet..

  13. laon org lain ragam…zie x berapa syok pi sana….

    perut buncit??? jeng…jeng…jeng…. akan bertambah buncit selama 9 bulan…pastu kempis la balik…. hihihi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *