Perigi Tujuh Serendah dan Perkampungan Orang Asli

Entri sambungan dari kisah berjalan-jalan ke rumah blogger kujie2.com tak habis lagi , bayangkan sehari beraya punya banyak kisahnya. Pada hari yang sama saya pergi beraya dengan blogger kujie2.com. Setelah beraya kami sekeluarga di bawa ke Air Terjun Serendah. Disinilah saya mendapat permintaan untuk bergambar dan banyak gambar di ambil. (Klik je tulisan berwarna coklat untuk baca kisahnya ). Kemudian kami sekeluarga di bawa melawat perkampungan orang asli.

Orang macam saya nampak semua tu , bukan orang asli yang “jakun” tetapi sebaliknya saya yang “jakun” tengok diorang. Orang asli pun dah moden lah …. baju semua lebih kurang kita je .. rumah pun ok lah .. ada sikit je yang nampak macam betul-betul orang asli. Yang paling best kebanyakkan nya ada pasang piring astro. Memang dah maju…

orang asli serendah

Kamera saya kehabisan bateri. Gambar semua atas ehsan kujie2.com. Gambar di atas intan yang ambil. Salah satu rumah orang asli.

telaga tujuh serendah

Telaga Tujuh

Mula-mula tak dapat bayangkan kenapa kakjie duk sebut telaga tujuh , saya bayangkan telaga ada 7 , tetapi bila sampai nampak sungai. Kemudian kajie tunjuk lah mana telaganya. Lupa nak ambil gambar telaga , cuma ada gambar tempat air keluar , tetapi masiih tujuh terowongnya… kena lah pergi tengok sendiri kalau nak tahu… suami saya duk aim nak memancing je disini. Yang penting percuma. Huuuu

Guna kamera kakjie , tetapi saya yang ambil gambar ni.. ahaaa.. kakjie sporting siap kasi pegang kamera canggih dia… tapi saya tak pandai guna sangat. Baru nak mesra dengan sony.

serendah tempat memancing

Intan ambil gambar ni. OPsss lupa nak bagitau , intan anak kakjie. kakjie  pula yang pakai jubah tu 🙂 dan model-model lain tu korang tau lah siapa kan ?

bergambar di telaga tujuh serendah

Yang ni kakjie ambil , guna henpon baru dia. Samsung S3 … ye lah kamera kakjie ada dekat tangan saya tu .. sila sila jeles… wahaha .. Kalau aliya ni mana-mana pun macam tu gaya dia… ishish … Budak baju hijau tu intan. 🙂

Air Terjun Serendah.

Serendah terletak di Daerah Hulu Selangor, lebih kurang 35 kilometer dari Kuala Lumpur. Kalau ikut Selayang, selepas melepasi Rawang kira-kira 10 kilometer.

Sampai di pekan Serendah, di sebelah kiri ada Balai Polis Serendah .  Selepas tu jumpa persimpangan lampu isyarat Kampung Dato’ Harun.  Masuk kanan di persimpangan ini.

PETA DAN CARA-CARA NAK KE PERGI TUJUH DAN AIR TERJUN SERENDAH SERTA PERKAMPUNGAN ORANG ASLI – KLIK SINI

Comments

  1. wahh bestnya..hehe..bila la nk smp kat sini..perigi tu kedudukan terbalik ke puanbee??

  2. Apa fungsi telaga tujuh ni kak? Macam empangan pun ada.

    • ye..empangan.

      air yang turun tu adalah melalui 7 telaga di bahagian atas yang mempunyai level yang berbeza, kalau air banyak kesemua tujuh telaga tu dimasuki air dan kita boleh nampak ketujuh-tujuh lorong tu ada air terjun.

      sesekali boleh nampak ikan yang cuba melompat melawan arus air

  3. nak tambah 1 soalan, tempat ni atas bukit ke ?
    sayang sungai ni tak boleh nak berkubang…

  4. cntiknyeee lokasi… hilang stress jalan2 situ kan 😉

    org asli skrg dah moden, ai pun xde Astrok :p

  5. Memang sesuai sangat untuk lokasi membidik. 🙂

  6. Salam,

    Kat perigi tu boleh mandi tak? 😀

  7. menarik tempat ni..hope ada peluang datang ke situ..

  8. Nampak macam menarik juga tempatnya. Port memancing?

Speak Your Mind

*