Apakah penyebab rabun malam?

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Rabun malam ? Apa penyebab rabun malam ? Sebenarnya rabun malam merupakan satu penyakit yg disebabkan oleh kekurangan vitamin A dalam makanan yg menyebabkan sel mata yang kering dan menghadkan keupayaan untuk menguruskan intensiti (ketumpatan) cahaya. Kesan sampingan yg lain termasuk kulit menjadi kasar dan bersisik di tangan dan kaki.

penyebab rabun malam

Pembentukan gigi dan pertumbuhan badan juga mendapat gangguan dan dalam beberapa kes kornea sangat kering dan legap dan membawa kepada buta. Mereka yang menghadapi rabun malam perlu mengambil lebih banyak sayuran berdaun terutama bayam,hati,mentega,buah-buahan,lobak merah,labu,susu dan ikan di dalam diet bagi mendapatkan lebih banyak vitamin A..

Kaedah mengatasi rabun malam

Suplemen pil vitamin A dalam masa kehamilan, dapat menurunkan angka kematian ibu dan bayi, insyaAllah. Sebuah kajian tentang kesihatan ibu di bahagian selatan Nepal menemui bahawa vitamin A dos rendah atau beta-carotene tambahan dan bahan pangan yang banyak mengandungi vitamin A dapat menurunkan peratus kematian ibu rata-rata 44%.

Mereka yang menghidapi rabun malam perlu mengambil lebih banyak sayuran berdaun terutama bayam, hati, mentega, buah-buahan, lobak merah, labu, susu dan ikan di dalam diet bagi mendapatkan lebih banyak vitamin A. Amalkan setiap hari Insya-Allah anda dapat mengatasi masalah ini.

Sumber

1 – CyBerita
2 – kesrepro.info
3 – elitehealthfood.com

Comments

  1. benner vitamin A sangat bagus bagi kesehatan mata..

  2. haha..ada jugak wonder pet kat entri ni…ooo kena makan vitamin A banyak la kalau nk elak rabun malam..entri berguna ni

Speak Your Mind

*