Penyanyi Asal Perangkap Cinta (Trilogi Cinta nyanyian Saleem)

Terbaca di Metro , tengok macam tak berapa nak klik tajuk tu ” Perangkap Cinta Part II ” tapi sebab nak tahu gagah lah membaca sampai habis.. ooo rupanya kisah lagu yang satu masa dulu famous sesangat korang , ingat lagi first kawan lah yang tunjukan melalui telefon dia , waktu tu saya tak de telefon canggih lagi ..

kawan tu pun bercerita

” sedih kak lagu ni , kisah awek dia curang , lepas tu dia bunuh awek dia , lepas tu dia masuk penjara ..” alorhhh saya dulu2 pun bendul jugak , internet pun tak de lagi waktu tu ..percaya bulat-bulat …

Video yang kawan tu tunjukkan .. hahah lawak seh ! tapi lepas tengok video ni , memang terasa lain je , dalam penjara boleh ke merokok terang-terang gitu ?? so tak berapa nak percaya sangat lah ..

Tak lama lepas tu masuk pulak dalam melodi dan banyak lah timbul cerita Saleem nyanyikan lagu Perangkap cinta atau Trilogi Cinta tanpa meminta kebenaran dulu dengan penyanyi asal .. waktu tu . tak sangka memang jadi kontroversi betul-betul .. saya memang tak suka Saleem nyanyi jadi tak sedap lagu tu hehe.. pendapat saya !

Video Youtube Melodi mewawancara Saleem .. Waktu tu ramai yang mengaku lagu ni milik mereka .. hahah!

Sekarang ni dah tahu siapa penyanyi asal lagu perangkap cinta tersebut .. Penulis dan komposer asal lagu itu, Mohammed Nazri Mohd Yusof atau Ayie Soulstar, 26, dari Singapura berkata, semua dakwaan membabitkan lagu berkenaan adalah tidak benar. Tambahnya sebagai pencipta lagu dia adalah orang pertama yang merakamkan video di YouTube.

“Pada asalnya tajuk lagu ini berjudul Perangkap Cinta. Memang di Singapura sudah ramai yang mengenali Ayie yang menyanyikan lagu itu. Sebelum versi sama yang dinyanyikan Saleem berjudul Trilogi Cinta. Memang penerimaan peminat terhadap lagu itu cukup menggalakkan.

“Saya mencipta lagu itu ketika berusia 13 tahun berdasarkan pengalaman yang saya lalui. Sebelum memasukkannya ke YouTube sekitar 2006,” katanya.

Perangkap Cinta – Ayie & Berd (ORIGINAL COMPOSER N SINGER) —>>>> LINK (tuan punya video disable embed video lah ..)

So sekarang dah terungkai misteri tersebut , bukan lah lagu banduan di penjara , atau lagu yang dinyanyikan oleh banduan yang telah mati sebaliknya lagu ini adalah lagu yang seseorang bernama ayie ketika berusia 13 tahun berdasarkan pengalaman yang ayie lalui .. putus ” cinta monyet ” lah lebih kurang gitu.

Ekoran sambutan menggalakkan terhadap lagu itu, Ayie merancang menerbitkan lagu Perangkap Cinta Part II. Sebagai penulis lirik lagu berkenaan, Ayie memaklumkan lagu berkenaan sebenarnya berkisar kepada pemuda yang meminati seorang wanita, namun dia berdepan dilema kerana bekas kekasih wanita itu menagih cintanya semula.

Ayie yang berkhidmat sebagai anggota Polis di Singapura baru saja menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman Muzik Valley untuk merakamkan beberapa lagu baru tidak lama lagi.

“Sebelum ini saya pernah menandatangani perjanjian dengan Data Keris yang berminat sebagai pengedar lagu dan menguruskan soal royalti. Begitu juga selepas lebih setahun saya langsung tidak dimaklumkan apa-apa, malah apabila di tanya mengenai pembayaran atau bahagian saya macam-macam alasan yang diberikan pihak pengurusan.

“Menerusi perbincangan dengan pihak pengurusan Muzik Valley jadi saya bersetuju menandatangani perjanjian bersama mereka supaya hak terhadap lagu ini diperoleh,” kata Ayie ketika berkunjung di Balai Berita Bangsar, baru-baru ini.

Menurut Ayie yang berkebolehan bernyanyi dan bermain muzik dia masih mempunyai beberapa lagu yang ditulis berdasarkan pengalaman sendiri antaranya berjudul Sekolah, Kawan dan Hadiah.

Jika tiada aral dia akan merakamkan semula lagu berkenaan. Terpulang kepada pihak Muzik Valley sama ada mahu dia menyanyikan lagu berkenaan atau dinyanyikan penyanyi lain.

Okey .. kita tunggu lagu Perangkap Cinta Part II di keluarkan.. nak sangat tengok rupa penyanyi tu heheh!…

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/PerangkapCintaPartII/Article

Comments

  1. suka lagu versi asal..versi saleem memang kureng la..

  2. Betul tu puan pee.. Sebenarnya ramai dah tau ayie ni pencipta asal, si saleem tu pulak tetiba ngaku lagu dia, siap cabar lagi kalau sape berani mengaku yang cipta lagu ni datang jumpa dia.. ades, x malu betul la, dah rembat lagu org, buat pulak jadi lagu sendiri..
    Jai recently posted..PLUS mTraffic | Video Live Status Trafik Melalui HandphoneMy Profile

  3. i ingat lagi bee kes lagu ni.. tapi i suka dengar lagu ni.. mmg sedap dan shah du lah.. hehe..
    madammondoq recently posted..Berbuka Puasa Di Bangkok House Bersama Para PemenangMy Profile

  4. Sapelah yg buat cerita psl lagu dari banduan kan!
    Hehehe lawak betul…

    ** Berubah wajah lagi die :-P
    bEe recently posted..Nota Seorang AKUMy Profile

  5. bunyi gitar pun tahu.. takkan gitar kapok blh dengung mcm tu sekali..
    sw33tdarling recently posted..Dapat~My Profile

  6. laaaa mcm tu ker kisahnyer, mati mati ingat betul lagu dari penjara

  7. ramai yang kata tu lagu banduan…bila saya tanya cousin saya yang kerja pegawai penjara dia kata mana pernah ada kes macam tu hahaha
    Bean Moreno recently posted..Akibat Bila Isteri Minat KPOP Maka Suami…My Profile

  8. hehe… saya terpercaya yang lagu ni banduan yang tulis :-)

    Tapi lagu yang sayu sangat dengar banyak kali muak pula, lagi-lagi bila cerita pasal kesedihan. Nanti tak pasal-pasal tangkap feeling sedih terus. Orang nak gembira setiap hari bukan sedih.
    Fahmi recently posted..Cermin Mata Pelajar PatahMy Profile

  9. ha’ah..lah..sama lah cam saya dulu,percaya bulat2 apa orang cerita…jadi sudah terurai segala persoalan tentang penyanyi sebenarnya…
    p/s:Saleem nyanyi dah tak power cam dolu-dolu…
    ummiarissa recently posted..Khas untuk anda semuaMy Profile

  10. haha..lawak betul la..memang kecoh pun pasal lagu banduan ni dulu…tapi memang tak percaya la…tah bila banduan tu pegi recording lagu…dah la dalam penjara…
    Hazmin Hamudin recently posted..Tarikh dan Tempat Melihat Anak Bulan Syawal 2011My Profile

  11. haha mmg budak2 ni xde khojo btl la….sanggup buka baju kat hadapan 1 dunia haha…

    Anyway lagu kontrevesi ni. Sampai saleem ngan kristal pon bawa lau sesuka sesuki..

    kisah sama. Masa jrg pakai tenet. Camtu la kwn ppuan tu “beria ia” cite kata lagu ni sedih dan cerita cam di atas. Sy pon caye laaaa jga hahaha
    shah URL recently posted..Surat Dari Google AdsenseMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge