Pengumuman Skim SBPA oleh PM 8/3/2012 (siaran langsung tv3)

Perdana Menteri sedang membuat pengumuman mengenai Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam, SBPA hari ini , kini siaran telah berlangsung di TV3 (8 mac 2012).

Mesyuarat antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wakil kongres kesatuan pekerja di dalam perkhidmatan awam, Cuepacs kelmarin telah mencapai kata persetujuan.

presiden cuepacs / pengumuman SBPA
presiden cuepacs / pengumuman SBPA

DATUK OMAR OSMAN/ PRESIDEN CUEPACS

Dia bagi gambaran, kita rasa gambaran dan penjelasan yang baik dan kita sedang menunggu dalam tempoh terdekat ini untuk membuat penjelasan dan kenyataan, sehubungan itu cuepacs akan adakan perhimpunan, beliau sendiri akan hadir.

Mesyuarat lebih sejam kelmarin dihadiri sembilan pegawai tertinggi Cuepacs.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Datuk Omar, Cuepacs berpuas-hati dengan perbincangan yang diadakan itu.

Pihaknya juga akan menghormati sebarang keputusan yang bakal diumumkan.

Perbincangan bagaimana pun tidak membabitkan sebarang cadangan petugas khas yang kini melakukan semakan semula SBPA

Datuk Seri Najib juga katanya mendengar maklum balas anggota Cuepacs yang disampaikan pada siri jelajah dan penerangan di seluruh negara oleh badan induk kesatuan sektor awam itu.

Perhimpunan dengan lima belas ribu anggota Cuepacs itu yang akan dihadiri Datuk Seri Najib berlangsung 12 Mac depan di Bukit Jalil.

[box type="info" size="large" style="rounded" border="full"]

Keputusan Pengumuman Oleh PM kita : {kredit : yanmieonline}

SBPA yang dilancarkan pada januari 2012 kini dibatalkan dan SSM (Sistem Saraan Malaysia) akan dikekalkan dan akan ditambah baikkan lagi, PM berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.

Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:

  • 1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.
  • 2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.
  • 3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.
  • 4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

[/box]

Comments

  1. Tanniah kepada penjawat awam. Cuma ada kebimbangan akan ada kenaikan harga barang pada musim perayaan yang semakin dekat.
    akubiomed recently posted..5 Dalil kenapa AkuBiomed perlukan Ultrabook Toshiba Portege Z830My Profile

  2. persoalan aku..kenapa kerajaan tak berbincang dengan cuepacs dari awal-awal lagi sebelum diistiharkan SBPA tu…tak ke kelamkabut..tak faham aku..ada udang disebalik mee goreng kot
    segalabenda recently posted..Pernahkah anda terlibat dengan rasuah?My Profile

  3. saya tak ambil port tentang benda ni..hihi..
    bardboo recently posted..Banjir di Kuala Lumpur | Best ke?My Profile

  4. aku dah agak dah. dah agakkkk..
    titan recently posted..Kekacakan Ultrabook Toshiba Portege Z830My Profile

  5. alaaaa, ni utk pekerja kerajaan, swasta bagaimana
    Juan recently posted..Launch IPad3 with 4G – DetailMy Profile

  6. mungkin ini yg terbaik agaknya utk ktangan awam. ramai yg lebih suka ssm rasanya.
    Denaihati recently posted..Ramalan Tarikh Pilihan Raya Umum ke 13My Profile

  7. bersyukurlah tu ye…
    janji naik, tak banyak sikit pun jadi lah ;)
    Adibah recently posted..Berakhirnya Seminar DDM di Hotel Awana Genting::My Profile

  8. ha ha ha, kan aku dah kata betul tak, skim SSm dikekalkan, aku kerja kat kementerian kewangan aku tahulah, kerajaan mana ada duit, dia dah bagi BR1m dekat 3 juta orang, membabitkan pembayaran hampir 1.87 bilion ringgit. itupun belum bayar habis lagi, ada lagi yang masih tak dapat.
    Dalam masa yang sama, kenaikan harga minyak dunia akibat sekatan ekonomi ke atas Iran juga, telah menyebabkan kerajaan menanggung subsidi untuk minyak petrol dan diesel.
    So, ada kemungkinan lepas PRU-13 ni, minyak akan naik, mungkin dalam Rm 2.XX, bergantung pada P.M.
    kalau naik sekarang, takut kalah pulak dalam PRU-13.
    so tahniah P.M. merangkap ketua Eksekutif Negara.

  9. ramai betul wat entri pasal ni….. mia pun sempat rakam juga…
    mia liana recently posted..Rakaman Audio Pengumuman Khas Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 8 Mac 2012My Profile

  10. blog akak laju jugak… hehehe
    singgah yer…
    ammboi recently posted..PENGUMUMAN SBPA BATAL SSM KEKAL | GAJI KUMPULAN PROFESIONAL DAN PELAKSANA NAIK 13 PERATUSMy Profile

  11. Kalau untuk kebaikan bersama, apa salahnya kan..
    shraqs recently posted..iPad 3 aka New iPadMy Profile

  12. Yeay. :D
    amirulfaiz recently posted..Naufal, gelak dan kopiahMy Profile

  13. okay la..lg pun gaji naik n elaun cola pun naik sket…jadi la dr x naik lgsg kan..huhu
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Jawatan Kosong Di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)My Profile

  14. lorrr.. batal pulakk?? ermmm…
    madammondoq recently posted..My Pinky Moments ContestMy Profile

  15. Orang kerja gomen memang tertunggu-tunggu ni! Apa pun selamat kembali ke SSM yang ditambah baik!
    anif recently posted..Bukan iPad 3 atau iPad HD Tetapi Mereka Memanggilnya The New iPad!My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Hakcipta Terpelihara · PuanBee.com · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK
%d bloggers like this: