Pengamal Poligami Yang Berjaya Salih Yaakob !!

Salam Bahagia 🙂

Saya begitu hairan dengan Salih yaakob nih , bagaimana salih yaakob handle ketiga-tiga isterinya untuk menerima seorang lagi isteri ? Bagaimana lah kehidupan sebenar mereka kan ? Kita semua hanya nampak luaran je , dalam siapa yang tahu..apa – apa pun tahniah salih yaakob dah cukup kuota tu , yang ke 4 muda lagi tau !!!..aduii bertuah singguh ….bertuah ke ? haaaa…tepuk dada tanya selera..

Gambar salih yaakob dan 3 isteri
Gambar salih yaakob dan 3 isteri

sumber : mummy nemo

DIA dilihat sebagai antara pengamal poligami yang berjaya. Biarpun mempunyai tiga isteri pada satu masa, amat jarang kedengaran cerita kurang enak mengenai rumah tangga pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob, didedahkan di media. Bijak sungguh Salih menjaga kerukunan rumah tangganya sehingga ramai lelaki mahu menjadikannya idola.

Bagaimanapun, ada khabar yang membisikkan bapa kepada sebelas cahaya mata ini sedang merancang untuk melengkapkan kuota yang diberikan padanya. Senang cerita, Salih bakal menggoncang tangan tok kadi untuk kali yang keempat. Gadis pilihan hatinya itu bukan calang-calang. Masih menuntut di pusat pengajian tinggi dan berusia 24 tahun, iaitu hampir separuh jarak usia mereka.

Apabila seorang lelaki separuh abad yang sudah mempunyai tiga isteri, tetapi masih menyimpan hasrat untuk berkahwin lagi, tiada lain yang ada dalam fikiran seorang wanita, selain daripada menyifatkan lelaki itu gatal atau sudah buang tabiat. Tidak cukupkah dengan layanan yang diterima sehingga sanggup menambah cawangan yang sedia ada.

Gambar bakal isteri salih yaakob yang ke-4
Gambar bakal isteri salih yaakob yang ke-4

Tudia calon isteri ke 4 salih yaakob ..dasyat noooo…!!! cun pulak tu ..haaa….

Menurut sumber, nama gadis ni Emi, berusia 24 tahun , berasal dari Johor yang juga penuntut sarjana sebuah IPT…

Adeii korang jejaka terhangat yang masih bujang tu apa cerr ? kihkihkih

Rezeki kan , siapa yang tahu ..di doakan moga salih yaakob dan ister3 berbahagia….

nota kaki : puanbee tak rasa suami puanbee layak kahwin 4 ..haaa..so tk boleh !!

TOLONG PUANBEE MENANG BOLEH ??? KLIK SINI

30 thoughts on “Pengamal Poligami Yang Berjaya Salih Yaakob !!”

  1. perghh dahysat la salih yaakob ni…penuh 4 orang…yg bakal isteri ke 4 tue cun n educated pulaknya..ish2…dah jodoh la kaatakan…

  2. i suka salih yaakob..weehuuu….memang minat n dia dari dia muda…mmg terhibur bila tgk dia nyanyi..dia berlakon…

    bee, bermadu ni ada ke y manis? bohong la dorang tu…depan kamera je tu…tengok bekas arwah M rajoli tu (alfatihah)..dah dia sakit baru nampak y dorang mmg x ngam pown…

    1. sama lah akk tk nak jugak ..nk suami tu jer haaa….penting diri…sakura jom jd family kak bee klik link dalam entri atas tu yer

  3. pernah bc macamana dia hadapi. dia adil..semua mesti dapat benda yang sama, dia kerja keras untuk sara semua isteri..bukannya harap isteri tolong cari nafkah sama-sama,layanan semua sana…yg penting nasihat dia yg paling bagus..sentiasa mendalami erti isi ALQuran dan mendekati dengan Allah kerana jiwa meati selalu di cas perkara yang baik..jika terbuka sedikit pun untuk kejahatan, itu la yang akan berbuah buah keburukannya nanti.suami nora?ish…Allah je yg tau layak atau tidak..cakap kang kot memburukkan suami

  4. kagum….. tetapi tertanya juga,tak timbul masalah besar ke? heee kalau uLan lah kan,berendam air mata kot… heeeee

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *