Penat Dengan Keadaan

Hari-hari saya kerja menjemput dan hantar anak-anak kesekolah, pagi petang,hujan dan panas, tak cukup lagi..saya ambik upah hantar dan ambik anak-anak jiran pula.. bukan untuk duit tapi kerana kesian.. saya ambik upah ala kadar je, mereka kebanyakkan merungut macam banyak sangat je upah van dan bas untuk hantar anak-anak ke sekolah agama sahaja.

Nak dilepaskan anak-anak ke sekolah agama sendiri , walaupun jaraknya hanya 4 minit dari rumah .. mereka .. saya .. dan semua ibu-ibu disini memang tak akan sesekali harapkan anak-anak kecil pergi sendiri dengan “keadaan” ini.

Pelik tapi benar , bila hujan je .. pemandu-pemandu kereta diibaratkan hilang arah, dihadapan sekolah pulak tu . ada juga budak-budak main hujan berlari-lari anak,dengan kereta kiri kanan depan belakang menghimpit.Risau terlanggar mana-mana budak atau anak sendiri .. #acaner ?

Memandulah berhati-hati, ikut lorong yang betul dan tidak pentingkan diri sendiri, mesti jalan tu tak jem sampai dekat sejam..geram betul! huh!

Dibawah ni satu lagi hal, depan sekolah agama pula, inilah sekolah yang jaraknya 4 minit je dari rumah (jika naik kereta atau motosikal). Jalan kecik .. kereta tak de tempat nak parking , tak de tempat nak dijadikkan tempat singgah nak ambil budak-budak.. kena pula time tu lah ada orang jual jajan-jajan , bukan satu atau dua , tapi lima sekali gus berniaga.. budak-budak .. keluar je pagar terus serbu .. seronok nya para peniaga …

Tapi kereta mak pak , van sekolah .. bas sekolah atau kadang-kadang lori sampah , atau motosikal dan kereta lain banyak lalu lalang disitu sebagai jalan pendek dai lebuhraya .. tidak dapat bergerak kerana memberi laluan tuk anak-anak membeli belah disitu.

Alangkah bahayanya pada budak-budak yang tak tahu fikir bahaya segala,nak marah budak-budak pun tak kena.

Berniaga lah .. tapi jauh lah sikit ..

Gambar di atas tak jem lagi , tapi kalau mula jem , nauzubillah … penat nau tunggu dalam kereta ..kebas kaki tekan pedal.Saya penat dengan keadaan ini sehari-harian , rasa nak pindah duk di kampung ..uwaaaaa~

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

37 thoughts to “Penat Dengan Keadaan”

  1. Nasiahat aku pula, sebagai kawan lama dan sekampung, Kat Taiping pun gini juga halnya,.. xder bezanya, bila breaktime atau balik sekolah, xkiralah sekolah keb, atau sekolah agama, sama aja. ramai penjaja tepi jalan, mmg jem le mak pak yang jemput anak2

      1. bukan dikurangkan .. boleh benarkan depa meniaga tapi ..jauh dari beberapa meter ke , hadkan sikit .. ini depan pintu pagar ..situ lah nak jual apam balik , situ lah mak pak tunggu , situ lah kereta park ..situlah anak2 nak keluar ..susah ..

  2. Nak buat camna, memang ini lah sikap pemandu kita sekarang ni…para peniaga pulak camtula kalo nak kejar keuntungannya…lagi ramai orang berniaga tempat tu lagi byk persaingan mereka….

    tapi pelik la…diorang takder kesedaran ker tentang keselamatan budak2 ni….

  3. dok bando ni bee…cam tulah…makan jem je tipa hari….sungguh menguji kesabaran….dok tepeng kan best bee…dulu dulu…mase kat tepeng mase bujang le….kayuh basikal racing je ke kamunting tiap tiap hari….bee kalau balik tepeng…tolong buat review skit area pekan tu terutama dekat supermarket lame tu

    1. supermarket mana ? Taiping jaya tu ke ? sekrang ni org sana tk pergi TJ tu dah ..depa pergi tesco , giant , centrel market saja .. jalan semua dah berubah . banyak highway .. banyak jalan baru , jalan lama ditutup .. dari kamunting ke taiping ..punya lah byk traffic light ..

      tk sama dah le…

      dan saya selalu sesat di taiping ahaks.. ntah apa2 je..

  4. ummi dengar pun penat bee, besar pengorbanan ibu kan, berpenat lelah tidak kisah demi anak2,moga anak2 menghargainya satu hari nanti..

  5. tu x kena parent yang nak peluk & cium anak masa turun kereta.. tapi berada dia tengah2 jalan..

    kalau kena langar pasti “JALAN”….

    1. itu lah ..kebanyakkn kereta2 di KL ni besar2 .. kereta sy tu apalah sangat .. so bila diorang main ptong , pusing ikut dan memang kereta saya terpacak lah ditengah2 ..penat betul

  6. biasalah bee.. budak2.. nak marah karang mengadu pd mak bapak mereka..
    penat2 pun itulah penghargaan kau kpd anak2.. biar mereka buka mata
    susah senangnya kau berdua mencari rezeki dan membesarkan mereka..

  7. Kadang-kadang saya kurang faham dengan ibubapa muda di Malaysia kalau meletakkan kereta hingga tidak fikir orang lain. Apa salah letak jauh sedikit dan berjalan kaki kesian kepada orang lain kena terima tindakan kita yang mementingkan diri sendiri.

    Penjual didepan sekolah ini agak kebal walaupun ada operasai nampaknya tidak lut.

  8. sy dgn jiran gilir-gilir amik hantar anak sekolah sbb budak-budak tu sekelas kan..tp dpn sekolah mmg jem kan..dgn kereta mak bapak dgn peniaga yg sibuk nk niaga kat situ..mmg risau

    sy ni lagilah kalau sekolah agama anak sy yg derjah 1 tu naik van balik naik bas..tawakkal ajelah

  9. tu lah pengorbanan seorang ibu, bukan setakat mengandung, melahirkan, menjaga dari kecik. malah jadi driver juga demi anak huhu..
    takpe, sesekali luah perasaan ni boleh release tension kan?
    samalah kita, saya pun part time driver jugak, tapi saya buat car pool dgn jiran2. jadi kurang le skit penat mengambil-menghantar nak ke sekolah. Lagi satu, sekolah anak memang tak benarkan penjaja menjual di kawasan luar sekolah. bunyi macam zalim kan? tapi hasilnya…jalan tak jammed, keselamatan anak2 terpelihara. Hah, puan bee bagi la cdgn kat PIBG sekolah tu supaya banned penjaja di kawasan luar sekolah. Indirectly anak2 pun takde sibuk beli jajan, kan?

    Kalau puanbee rasa stress lagi, jom makan b complex. (sempat lagi promo tuh!) hihi..lari..!

  10. risau je bila tengok budak2 keluar dari sekolah.depa bukan kira.main serbu je..
    kalau macam tempat saya ni sekolah betul2 tepi jalan besar..
    memang bahaya la..sebab bukan setakat bas dan van sekolah,lori
    pun lalu lalang guna jalan yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *