Pemenang giveaway method

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

OMG .. susahnya nak pilih pemenang … pertama sekali , terima kasih di atas sokongan anda sekalian , dengan memberi komen di bawah entri  Review pencuci tangan METHOD & Giveaway , seterusnya melayakkan anda memenangi produk Method bernilai RM80 dan juga memberi kejutan kepada sesiapa yang anda pilih untuk di beri kejutan nanti. Setelah nama anda di naikkan di dalam entri ini , sila beri respon segera , sebabnya saya akan uruskan dengan pihak penaja untuk mendapatkan alamat kalian bagi memberi kejutan kepada insan tersayang anda.

review method

Keputusan adalah muktamad ye 🙂 sangat susah nak pilih pemenang , haishh …  maka saya serahkan kepada suami saya untuk memilih 🙂 terima kasih EN kay ..

Pemenang 1 

taufikmaria says:
22/01/2013 at 5:20 pm (Edit)

“Saya ingin memberi Method to the rescue! sebagai kejutan kepada ayah saya. Ayah layak menerima kejutan ini kerana kedai runcit ayah menjual ikan, ayam, daging dan sayuran. Tangan akan berbau ikan walaupun sudah membasuhnya berkali2 dgn air bersih. setiap kali pelanggan mencuci tangan, mereka akan mencium tangan sendiri, eiii, masih berbau! Semoga method product dapat membantu“

Pemenang 2

sangsuri says:
18/01/2013 at 1:28 am (Edit)

Suri ingin memberi Method to the rescue! kepada Nazhatul Wafa (niece) kerana skrg ini dia yang bersusah payah untuk menjaga ibu suri yang ‘bed ridden’ kerana komplikasi buah pinggang, kencing manis dan gout kronik. Semoga keharuman Method ini mampu memberikan rasa lbh selesa kepada Wafa kerana dia terpaksa mencuci dn menukar lampin ibu suri sepanjang hari dn setiap hari. Kesian dia!! (huhuhu… ada unsur simpati ni bee… tapi mmg kesian kat mak dn wafa sbb terpaksa melalui waktu2 sukar begini… moga ibu suri sembuh secepat mungkin.. amin…)

Pemenang 3 

diana says:
15/01/2013 at 5:16 pm (Edit)

Saya ingin memberi Method to the rescue! sebagai kejutan kepada kakak saya,.dia layak menerima kejutan ini kerana saya nak anak2 dia yang ramai tu akan lebih terbiasa untuk kerap mencuci tangan :P

Pemenang 4

Najib Mansor says:
23/01/2013 at 5:43 pm (Edit)

Saya ingin memberi Method to the rescue! sebagai kejutan kepada Ibu saya.. Mak memang pentingkan kebersihan. Tapi usia Mak sudah hendak menginjak hampir 60 tahun. Mak perlukan pencuci tangan yang lembut untuk tangan Mak, tapi mesti wangi juga. Semoga Mak suka hadiah ini, walau tak seberapa harap ia paling bermakna, bau yang wangi dan lembut seperti kasih sayang saya pada Mak. Jasa Mak tak dapat saya balas selamanya. Moga Mak sentiasa sihat dan ceria, bertambah wangi dengan Method ini!

Pemenang 5 

sicantikmatahari says:
17/01/2013 at 10:14 am (Edit)

“Saya ingin memberi Method to the rescue! sebagai kejutan kepada kawan baik saya dari sekolah rendah, Nor Hidayu Abd Rahman.
Kenapa saya rasa dia layak menerima kejutan ini kerana giveway ini dari puanbee jadi beliau dah dapat merasa wangian pencuci tangan Method ini, jadi saya juga ingin berkongsi merasainya bersama seorang lagi kawan baik kami Pn.Nor Hidayu Abd Rahman, semoga dapat kami merasai bersama haruman pencuci tangan Method bersama-sama dan menambah kemesraan dan ke akhraban kami ” Walau jauh di mata tapi tetap dekat di hati.. “

NOTA :

  1. Saya telah pun mengambil email yang telah di tinggalkan di kotak komen , di harapkan pemenang dapat di hubungi dan memberi respon secepat mungkin.
  2. Jika tiada respon , maka hadiah akan di beri kepada peserta lain pula. Seboleh2nya sila respon dalam masa 7 hari dari tarikh email di hantar kepada anda.
  3. Terima kasih di ucapkan sekali lagi kerana memberi sokongan terhadap giveaway ini. Semoga anda terus membaca dan setia bersama Puanbee.com , semoga tahun 2013 lebih ramai yang ingin menjadi penaja untuk saya mengadakan giveaway seperti ini.

Comments

  1. Puanbee?pondok kecil mananya?haha..kenapa saya terlepas peluang ni?emm kurang BW ni la padahnya..hehe

  2. Najib Mansor :

    hi puan bee,

    terima kasih kerana dipilih.. saya masih tidak terima apa-apa email – dari penganjur.. ada siapa2 yang sudah terima email?

  3. alhamdulillah. baru hari ni sempat berkunjung ke sini.. seronok sgt sebab menang, tpt pertama lg. Terima kasih <3 http://taufikmaria.blogspot.com/2013/02/menang-method-product-kali-kedua.html

  4. Tanniah kepada semua pemenang.

  5. Aiman Aziz :

    Tahniah semua pemenang 🙂 Tak sempat nak join lagi ..

  6. tahniah buat kesemua pemenang…:)

  7. Mula2 baca dengan teliti ingt dah tak berpeluang dah. TQ PB.. weee… sangat teruja.. kali kedua menang giveway dr PB. pada awal berblogger.. harap2 akan bersemangat lagi untuk berblogger dan mencuba lagi giveway dr PB. <3 u

  8. tahniah buat deme…

    menarik ayat2/cerita di sebaliknya

  9. bee… x dpt pon email bee tu? bee hntr kat add mana yea??

  10. alahai tak menang rupanya…..

  11. ewah.. tahniah kdp semua!!

  12. tahniah untuk semua pemenang giveaway method. terbaiklah

  13. Tahniah kepada semua para pemenang giveaway ni…

  14. yeayyy! opss…ambe tak menang…hehe..tahniah pada pemenang…

    rejeki awal bulan utk mereka =)

  15. Yeayyy!!! Tengkiu bee… Fist taim ni menang GA !! Hahaha… Apappun.. Tengkiu tau!!

  16. Tahniah kepada para pemanang giveaway ini

  17. tahniah buat semua pemenang. dapat rezeki awal bulan Februari 🙂

  18. tahniah kepada pemenang. Ayat-ayat mereka memang terbaik dan layak digelar pemenang. Di sebalik ayat-ayat tersebut terdapat pelbagai cerita yang dikongsikan.

  19. adeyh takde rezeki la..ade hantar penyertaan hari tu..apepun tahniah buat pemenang..

  20. tahniah pada pemenang 🙂

  21. kozumi ro :

    Tahniah pada pemenang ^^..pasni harumlah satu umah hihi

Speak Your Mind

*