Pelbagai Jenis Roti Canai Elakkan Kalau Nak Kurus

Share

FAKTA HANGAT : ROTI CANAI merupakan makanan paling menggemukkan di Malaysia tetapi ia juga merupakan makanan paling di gemari oleh orang Malaysia.

Ingat nak buat entri wordless je ni. Tapi mana boleh puanbee membisu dalam blog sendiri. Tak mungkin. Saja nak cerita la pasal makanan , nak hilangkan stress kejap … Ada sekali tu saja teringin sangat nak makan Tosei … jadi kita cari tosei. Dan dah biasa kalau nak kemana-mana , saya tak pernah lah tingal anak-anak ni. Mesti berkepit. Jadi anak dara bertiga + mak dah jadi 4 orang kan. So merasa la sorang satu ambil roti lain-lain jenis. Boleh buat sesi merasa …

roti canai

Roti canai – di kategorikan sebagai makanan yang paling menggemukkan di Malaysia. Tetapi ramai yang suka .. roti canai + teh tarik kan. Tapi ni makanan yang paling tidak di sukai oleh mereka yang jaga badan … ngeee ~

Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

(  … bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori…  ) –>  Kevin Zahri

MAKANAN DI MALAYSIA - TOSEI

Ini tosei – suka sangat dengan tosei ni , tapi tak suka makan jenis masam. Masam maksudnya dah lama tepung tu di peram. Pernah belajar buat tosei sekali. Dan sekali tu je la saya buat .. haha susah nak pilih kacang yang buat tosei tu. Nampak sama je … tepung untuk buat tosei ni kalau jenis segera tak sedap juga.

Satu keping tosei (3g) bersamaan 145 kalori.  Boleh la kurang berganda dari roti canai kan ..

Macam mana nak kurus ? Kira BMR , DCR , BMI , LOA ?

MAKANAN DI MALAYSIA - ROTI TISU

Yang ini roti tisu .. untuk orang kuat makan comfirm tak cukup .. Husna tu pun tak puas makan kejap je habis. Sapa yang tumpang rasa roti tisu husna kena ganti .. hahaha … jenuh la anak-anak ni. Tak tau kalori dia berapa …

MAKANAN DI MALAYSIA - ROTI PISANG

Roti pisang – rasanya jumlah kalori roti pisang lebih banyak dari kalori roti canai. Mana tak nya tepung yang sama dengan roti canai + pisang. Pheww ~ sekali sekala takpa … hari-hari .. sendiri mau ingat…

laila

Apa .. apa .. tak tau la kenapa mek ni suka buat muka pelik-pelik waktu nak bergambar … Nanti buat entri ada gambar 4 kanak-kanak riang pulak … ngeh tak lama lagi dah …

Nak makan tu makan je la .. esok-esok fikir nak kurus pulak .. 🙂

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

19 Comments:

  1. Saya selalu memilih Tosai atau Capati sahaja.

  2. Pingback: Beg Hospital Siap ! Bila-bila je .... | ~ Puanbee Blog ~

  3. dah jarang dah makan roti canai nih..

  4. Macamana nak elak makan roti canai+teh tarik pepagi? Memang feveret. Takpalah, makan dulu baru tengok kalori berapa, takdalah rasa bersalah sangat 😀

  5. hemm yummy kelihatannya enak banget mba

  6. suka sangat makan roti canai, makan cmtu je tak payah kuah pun

  7. dengar cerita, kalau dah makan roti canai, kena lari 7 km, baru boleh hilang kalori tu… huhuhu..

  8. biasa memang ambil tosei. hoho..

  9. tosey walaupun masam tapi sodap, anak-anak kurang suka lah masam-masam ni…

  10. Mknn2 faveret org Mesia tu la yg bnyk kalori. Nasi lemak & teh tarik pon tak baik gak. Tu blom kira yg goreng2, cam pisang goreng, cekodok, ubi goreng. Cemana tu.

  11. saya sekarang tak jaga badan pun tak makan roti canai..heheh..dulu suka betul..suami balik kerja jam 3,4 pagi boleh tunggu sebab tau jap lagi dia bawak balik roti canai..hahah..sekarang tak de dah la..walaupun tak jaga badan,cuma nak elak kan je makanan tinggi kalori nih..

  12. lama nya tak makan roti canai…
    rasa betul jugak tuh.. lagi lagi di makan wktu malam..
    lagi susah nak kuruskan badan..

  13. Bestnyee lama dah tak makan roti canai. Teringin sangat nak makan. Skrg harga roti canai brp ringgit eh?

  14. Wah mcm2 roti adaaaa….nyum.nyum..nyum…

  15. tosei memang best..murah plak tu..suka yang masam-masam sikit dan cicah ngan tairu kaler putih tu..ermmm

  16. Tgh pk ni… bila la nk kurus. Timbang mcm dh kurus. Tapi, ada part yang perlu di trim. Part paling susah nk trim pulak tu. Huuuu

  17. roti canai memang tinggi kalori, sesekali pekena xpa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *