PELAKON INDONESIA IRWANSYAH BERLAKON DALAM DRAMA ‘DIA’ SLOT AKASIA

Share

Irwansyah salah satu nama besar dalam industri seni di Indonesia. Seorang penyanyi & pelakon. Antara lagu yang pernah popular di Indonesia & Malaysia adalah.. Lagu Pencinta wanita. Lagu tu memang pernah menjadi hits & siulan ramai sebab agak catchy melodinya.

Terbaru Irwansyah bakal muncul dalam drama melayu berjuduh DIA di slot akasia TV3. Di gandingkan dengan pelakon Janna Nick. Wah mesti pasangan yang cocok kan dalam drama tu nanti. hehehe.

Drama tu mengisahkan tentang  Adit, seorang pemuda jujur dan rajin yang telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia dan telah dipaksa berkahwin dengan anak kenalan ayahnya di Malaysia. Biarpun Adit sudah punya pilihan hati, tetapi dia terpaksa akur dengan keputusan ayahnya itu demi mereliasikan impian ayahnya itu. Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui untuk merealisasikan impian arwah bapanya.

Masa tayangan drama tu adalah seperti berikut

JUDUL : DIA
EPISOD : 60 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Oktober 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 9.00 malam
SIARAN : TV3 (Drama Eksklusif)
SKRIP : Zarihah Hassan, Nasir Sulaiman, Azidah Jaafar, Azmy Ariff, Shuhadatul Ain
PENGARAH : Eoon Shuhaini / Omar Olly Alaydrus / Zamri Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
Antara pelakon yang menjayakan drama ni adalah Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Tatiana Sivek, Cahya Kamila, Billy Boedjanger, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Tash Yong, Taib Zamannuri, Syaffiq Sahli
Jadi pada peminat Irwansyah jangan lupa follow drama DIA ok..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *