Pejam celik .. sorang dah PRA sorang dah tahun 3

Permulaan tahun 2013 tak berapa seronok sebab tak ada air , hari pertama yang sepatutnya anak pergi ke sekolah dengan penuh semangat tetapi anak saya tak mandi.  Tetapi jadual persekolahan tetapi di penuhi walau macam mana kelam kabut sekali pun. Tak pe la .. nak buat cam mana .. “orang lain boleh pergi sekolah naik titi gantung , kayuh sampan dan mandi air telaga  ” yo lah sangat ………

kelas mengaji al-quran

Pejam celik .. pejam celik .. anak-anak dah besar ….  saya rasa baru je bernikah dengan ayah deme.. belum betul kenal ayah deme , ada lagi benda nak explore tetapi anak-anak dah besar. Untung orang kawin muda. Orang kata .. bukan saya okay ..

Anak-anak teruskan mengaji dengan ustazah umi salamah , yang mengajar tahun lepas , tetapi .. agak kalut juga sebab dulu husna sekolah tadika abim di sebelah situ jek , sekarang sekolah PRA una jauh dari tempat mengaji. Jadinya waktu mengaji una adalah selepas balik PRA atau pun selepas ambil kakak balik KAFA atau selepas kakak balik sekolah petang . Kakak KAFA disitu dan mengaji disitu juga. Nasib baik ..

Baby ? tak mengaji lagi .. mengacau saja .. nasib Ustazah baik.

aliya dan cendol

Minggu pertama sekolah , kakak mengadu sakit gigi , apa lagi ..pantang ibu dengar sapa-sapa sakit gigi , jom ke klinik gigi dan cabut jek gigi yang rosak tu. Lepas ambil kakak dari KAFA dan ambil una dari PRA terus ke klinik , lepas tu pergi sekolah pulak. Dengan tak ada airnya … Sabar je lah ..

Dalam sakit gigi pun nak makan cendol. Fikirkan ibu tak masak jek layan je lah . .. makan cendol dan rojak pasumbur tu sebelum pergi sekolah.

anak-anak bersekolah

Panas …. Lepas ambil kakak dari KAFA ni , ambil una pulak dari PRA .  Macam tu lah hari-hari , pusing-pusing kat situ … kesian sebab tak boleh mandi nak segarkan badan sebelum pergi sekolah petang. Lepas ni ada lebih kurang 1 jam jek untuk kakak siap , mandi ke , makan ke dan pergi sekolah petang pulak. Baby tak mandi lagi sampaikul 11.30 .. ahak .. jimat air …

ketiadaan air

Dah sediakan tong-tong ni semua , jam 6.30 ptg ambil kakak dari sekolah, bawa una pergi mengaji dan betolak ke rumah makngah deme , jam 8 malam baru sampai ke sana. Petang-petang jem tak ingat jalan nya pun. Dah mandi-mandi siap , masukkan air dalam botol terus gerak balik .. dalam 10.30 malam baru sampai rumah.

Kalau larat saya angkat semua air tu naik ke tingkat 4 , kalau tak larat angkat baldi merah tu jek .. tong biru letak dalam kereta ayah angkat la bila dia dah balik kerja nanti.

Atau kalau tak larat lagi tidur je rumah mak ngah deme , tapi esok kena gerak 5 pagi.

Fuhh~ Emosi jadinya ..

Hari ke 14 tak ada air …

Related :

  1. Penjelasan SYABAS berkenaan isu tak ada air di kawasan Wilayah Kuala Lumpur , Selangor dan Gombak
  2. Setelah 9 hari
  3. Oh … Hari ke 12 tiada air

     

16 Comments

  1. akubiomed 13 January 2013 Reply
  2. syamila 12 January 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 13 January 2013 Reply
  3. Ummi Hanie 11 January 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 13 January 2013 Reply
  4. papa mifz 11 January 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 13 January 2013 Reply
  5. hafizmd 11 January 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 13 January 2013 Reply
  6. diana 11 January 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 11 January 2013 Reply
  7. Kujie 11 January 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 11 January 2013 Reply
  8. Denaihati 11 January 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 11 January 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.