Parut Suntikan BCG tidak berbekas

Parut suntikan BCG anak tidak berbekas , terpaksa ulang ke klinik untuk mengambil suntikan BCG semula. Ini pengalaman “motherhood life ” , di mana dengan suka citanya saya nak berkongsi dengan keluarga di luar sana , mana lah tahu lepas ni ada yang mencari info. Dah jadi lumrah di Malaysia , jika ank bersekolah di sekolah kerajaan , di awal tahun ada sesi lawatan dari JURURAWAT Klinik ibu dan anak. Laila .. anak saya berumur 6 tahun , tadika di Pra sekolah keraajaan , jadi secara tidak langsung menerima lawatan kakak misi yang comel-comel tu.

Saya ada terbaca , ada ibu yang risaukan parut di bahu bayinya , dia ingin merawat bekas suntikan untuk hilangkan parut , nasihat saya jangan la buat .. nanti dah besar sikit kena ambil suntikan lagi… kesian pula. Eh , tapi anak saya tak ada pun buat rawatan apa-apa masa bayi dulu. Cuma parut tu tak timbul . Bak kata kakak jururawat , mungkin jururawat dulu ter suntik dalam isi.
laila - parut bcg tiada bekas

Rawatan gigi lepas , tetapi tidak lepas apabila parut atau bekas suntikan BCG yang di kenakan semasa bayi dulu tak ada. Sikit pun tak ada. Jururawat menelefon saya bertanyakan perihal anak saya , sama ada tidak mendapat suntikan. Seingat saya .. semua anak memang cukup ambil semua suntikan sehingga mereka berumur 1 tahun 6 bulan. Saya memang yakin , sebab saya yang selalu usung anak anak ke klinik setiap kali temujanji.

Jadi memang saya yakin la , Laila pernah di suntik BCG .. tetapi di sebabkan tak ada bekas , maka kena pergi ambil suntikan sekali lagi untuk dapatkan parut tu juga. Maka bawa la laila ke klinik beberapa minggu lepas.

Semasa di klinik , saya pergi dengan anak-anak je , ayah nya biasalah jauh tak dapat ikut. Jururawat , bertanya .. siapa nak pengang laila. Ermmm .. saya ni dah la tak boleh tengok jarum.

Terpaksa la , panggil aliya ( anak sulung  ) pegangkan syamim.

Dan saya pegang laila. Oh … memang … rupaanya meggelupur juga si laila kena cucuk. Suntikkan tu bukan nya di suntik masuk ke dalam terus. Suntik di bahagian kulit je , cungkil sikit untuk dapatkan bekas. Wahhh .. ngilu .. kesian .. tapi buat juga la. Takut la juga kerana tak suntik bcg nanti macam-macam hal lain timbul.

Saya ni dah la PJJ housewife …

Tak faham juga saya kenapa mesti suntikan BCG menjadi parut , tetapi saya telah pun mendapat penjelasan setelah membaca blog Dr.zubaidi. Baca post tentang mengapa suntikan bcg menjadi parut. Ibu – ibu baca lah ye nanti.

Selepas 2 hari di beri suntikan , Laila ikut lawatan sekolah ke melaka dengan rombongan kawan-kawan sepermainan nya. Saya tak ikut .. nampak nya sihat dan tak ada apa-apa , kecuali laila ada mengadu kawan lelaki ada tumbuk sikit di tempat suntikan menyebabkan bernanah.

Tapi sehingga kini , nampaknya ok.. Jadi tak ada tindak balas seperti bayi yang telah di jangkiti kuman tersebut.

Allhamdulillah. ^^,

Comments

  1. barulah saya faham kenapa.

  2. baru saya tahu kenapa kene berparut..

    tapi saya punye bcg comel je….

Speak Your Mind

*