Panggung Anniversari

Panggung Anniversari dibina bersempena sambutan ulang tahun ke-10 kemerdekaan negara pada 1967.Kos pembinaannya telah disumbangkan oleh syarikat Tembakau Malaya, Shell Berhad dan Dunlop.Bagaimanapun, pentas yang pernah melahirkan bintang hiburan pada era 1970-an dan awal 1980-an itu kemudian seolah-olah ditinggalkan apabila banyak pentas lain muncul yang menawarkan hiburan percuma sekitar pertengahan 1980-an.

GABUNGAN elemen moden dan futuristik menyerlahkan kehebatan Panggung Anniversari.

PADA zaman kegemilangannya, Panggung Anniversari sentiasa dibanjiri warga kota yang mahu menikmati hiburan percuma.

Kesuraman Panggung Anniversari

Sejak itu, panggung itu terus suram dan bersendirian di tengah-tengah tasik yang indah.

Dalam usaha mengembalikan kegemilangannya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melakukan perubahan drastik yang membabitkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit terhadap panggung berusia 43 tahun itu sejak empat tahun lalu.

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup berkata, kerja-kerja menaiktaraf telah pun selesai dan dijangka dibuka sepenuhnya pada tahun hadapan.

Mengaplikasikan konsep ‘burung’, Salleh memberitahu, seni bina moden dan futuristik pada bangunan itu bakal menjadi tarikan baru kepada warga kota.

Antara perubahan yang paling ketara, jelasnya, ialah pemasangan bumbung teflon di kawasan amfiteater bagi memastikan penonton dapat menikmati persembahan walaupun dalam keadaan hujan.

Kawasan pentas utama juga diperbesarkan serta dilengkapi sistem bunyi dan cahaya yang sesuai digunakan pada waktu malam.

“Selain itu, panggung itu juga mengandungi ruang niaga, kafe, bilik orang kenamaan serta kemudahan awam seperti tandas, surau, bilik utiliti, laluan pejalan kaki dan ruang tempat kereta,” katanya yang berharap panggung itu dapat menjadi tarikan baru kepada pengunjung dan pelancong ke Kuala Lumpur.

sumber : kosmo

14 Comments

  1. PuanBee 4 January 2011 Reply
  2. sissyira 4 January 2011 Reply
  3. PuanBee 4 January 2011 Reply
  4. PuanBee 4 January 2011 Reply
  5. PuanBee 4 January 2011 Reply
  6. PuanBee 4 January 2011 Reply
  7. PuanBee 4 January 2011 Reply
  8. NARDtheNERD 4 January 2011 Reply
  9. THE LEKAT LEKIT STORY 4 January 2011 Reply
  10. sw33tdarling 4 January 2011 Reply
  11. Ummi Hanie 4 January 2011 Reply
  12. THE LEKAT LEKIT STORY 4 January 2011 Reply
  13. PuanBee 4 January 2011 Reply
  14. ~~su manje~~~ 4 January 2011 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.