Pandora pertama

Share

Pandora pertama katanya. Teringin sangat …. sangat teringin .. so update la status di facebook , en suami yang di perantauan pun nampak .. di komen ” macam-macam la sayang ni ” dan aku berdebar .. alamak dia nampak pulak .. selalu macam tak online je di facebook. Entahla ek .. en suami macam suka aku update status fb tu kerap-kerap , kalau tak update .. diam je.. dia semacam jelous .. dan dia akan call dengan macam-macam soalan. Sebab tu lah juga selalu update , buat apa .. sekian .. sekian.. nasib lah duduk jauh-jauh ..

Dia di tengah laut , nak harapkan call tanya itu ini kadang-kadang line tak berapa elok. Bila dia letih , dia tengok facebook dapat lah tahu cerita bini dan anak-anak dia .. rasanya la .. So kalau ada yang rimas dengan status den .. unfriend je lerrr … pandoraAntara yang ada dalam gambar moment aku :

  1. Sea glass murano : sebab suami ada di laut
  2. TT Queen bee : melambangkan aku sendiri. Nama bee kan.
  3. Charm L : Pun nama sendiri.
  4. Burst Clips : Tak kisah sangat bentuk clips ni , asalkan boleh guna , bracelet memang kena pakai clips , tiba-tiba ada adik manis jual murah , baru lagi tu , kotak ekslusif lagi tu. Sambar terus.
  5. Bangle Limited Edition Star , saja je beli preloved buat koleksi.

Ah .. melalut …sambung balik ..  baru-baru ni tiba-tiba dia tanya .. nak iPhone 6 ke ? jawapan spontan tak nak la .. nak pandora .. apa benda dora2 ? dia tanya lagi .. hahah geli hati aku dengar dia tak mampu sebut pandora. Segala skru kapal pandai pulak sebut.

So … esok nya dia call lagi .. nanti abang trasfer duit . .. sayang beli la apa dora sayang nak tu .. ish .. dia tak boleh sebut lagi .. okay … aku pun happy .. dapat duit apa lagi ..

Tapi ye la .. pandora ni mahal .. campur GST lagi mahal .. jadi nasib baik kenal orang-orang yang rajin merantau ke luar negara , dan diorang tahu mana nak dapat harga pandora murah. Dan kadang-kadang ada promosi hebat yang tak ada di malaysia , untungggg sangat.

So dari duit yang suami bagi , aku beli separuh dari seller malaysia , separuh ada preloved , dan separuh lagi order promo mother day di Australia.. Belanja Aud 150 dapat free banggle .. gila kot kalau tak grab ..

Aku belanja Aud 300 , dapat 2 bangle free .. so satu bangle jual , harga malaysia rm419 , Aku jual RM250 je .. yang penting duit yang suami bagi aku belanja dengan bijak .. banyak gila dapat charm  bracelet , bangle , murano … eiii bijak bini dia ni.

Tak sabar tunggu charm dari AUS tu.. aku tak buat tema apa sangat .. aku pilih charm yang melambangkan moment di dalam hidup aku.

Aliya ( anak sulung ) ada tanya , kenapa ibu suka pandora ? sebab kalau ibu mati kakak tau apa yang berharga ..emas boleh jual , pandora ni setiap satu ada maknanya ..  nanti sampai yang lain-lain nak terangkan pada dia sebiji-sebiji .. semua charm melambangkan famili aku sendiri.

Suami aku ni pun , hari-hari call tanya pasal pandora , buat aku tak keruan nak beli lagi .. mintak duit kang … hihihih .. dia suka kot dengar aku teruja sembang pasal pandora ni , walau pun line telefon tah hape .. kena jerit2 ..

Ok … saja melalut malam-malam .. suka sangat pandora ni .. sebab tu kena tulis di blog .. jangan salah faham pula ye ..

Belek  website pandora.net ni kalau bekenan boleh beli. 🙂

 

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

9 Comments:

  1. cantiknya pandora akak..best jgk ye beli setiap 1 utk moment dlm hidup kita..tak terfikir plk ke situ..hehe

  2. Hi i nk jual pandora i,u berminat?

  3. cantik design padora ni.. huhu

  4. Anak sulung nama aliya. Kebetulan sama dengan anak sulung sy gak. Lama xjengah blog ni.

  5. o gitu ceritanya….

    kalau dah berkenan kan…. suami pun memahami… baguihhh…

    mcm nis ni… sbb dok skali… so segan nak mintak2… dahle baru ni tepon hilang… encik hubby gantikan gak laa yg lain… walopun bukan iphone sudah… tskkk tskkk sedey juga sbb dah sebati dgn apple… apa pun syukur… ehh melalut

    ok… bee jgn goda i dgn pandora lak haizz

  6. santeknya pandora,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *