Pandora menghantui

Saya sekadar meluahkan rasa .. akhir-akhir ni tak boleh tahan … asyik tengok satu group PANDORA ORIGINAL & PRELOVED di facebook. Tak boleh tahan ………

Dah terbeli satu bangle LIMITED EDITION STAR dan satu charm huruf L. Dan cadang nak minta dana sikit dari suami tambah charm , murano ke apa-apa je la kasi penuh. Tapi dia nak beli lepas dia balik. OMG .. dia sekarang di Johor dan akan belayar ke Kalimantan pertengahan April ni. Agak-agak bila nak balik bang ? lambat …. huhuhu ~

Nak kena cari satu murano untuk hiasan , lepas tu tunggu suami belikan .. masa tu baru best .. boleh paw banyak-banyak .. kalau duit sendiri kedekut kedekut lah sikit ..duit suami takpa … ok falsampah hidup den ..

Eh dia kena belanja saya tau .. bertungkus lumus jaga anak sesorang ..

pandora promotion april

Eh lagi .. PANDORA luar negara buat promotion .. beli apa-apa charm berharga AUD150 dan akan dapat 1 bangle “always in my Heart” PERCUMA. Kalau convert ke duit Malaysia , sekarang ni dalam RM450.00 .. mungkin akan naik turun sikit kan. Adoiiiiii . nak beli promo ni , abang tak balik lagi … sabar je lah wahai hatiku yang suci murni ..

GST takde dalam promotion tu .. ada seller yang memang selalu ke Australia belikan .. tak beli di Malaysia ..

Barang kemas 916 dah boleh wasiatkan untuk anak dara bertiga tu .. ibu tak minat ahaks …

Tunggu bangle dan charm sampai , lepas tu cari murano … serius .. tak boleh tidur …. ni pun taip entri jam 1.03am .. puas dah belek pandora.net .. esok sambung balik … YA TUHAN … hilangkan nafsu yang satu ni secepat mungkin.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

6 Comments:

  1. Jasa Desain Logo

    Saya baru dengar pandora ini,tapi bagus juga di liat liat,hehehe

  2. BESTMobile Malaysia

    apa benda pandora ni, first time dengar, ingatkan pandora games tadi, hehe

  3. wah ramainya tgh mabuk pandora.. minat juga tp sy pk rugi je invest dlm silver ni.. tak tahu la masih tgh pk nak beli

  4. hahahha…Bee tengah mabuk pandorta rupanya,.semoga tercapai apa yang dihajati..:)

  5. Waktu promo memang dinantikan, sekali terlepas peluang, entah bila pula dapat peluang seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *