Pakaian koboi sempena hari kanak-kanak 2017

Hihi .. saja je nak simpan kan gambar anak – anak sementara mereka masih kecil. Pertandingan pakaian ala koboi sempena hari kanak-kanak di sekolah mereka. Kakak aliya tak ada dah tema. Beliau dah sekolah menengah .. makanya Husna dan Laila je lah.. Tahun akan datang syamim pula.

Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

Objektif Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia [World Children’s Day] yang diadakan saban tahun adalah untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada generasi kanak-kanak. Sambutan ini diharap dapat memberi kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

3 thoughts to “Pakaian koboi sempena hari kanak-kanak 2017”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *