BETADINE® feminim wash : #Breakthesilence Kempen kesedaran kanser payudara

Assalamualaikum dan hai semua , apa khabar pembaca hebat di luar sana ? masih berjuang mengharungi liku-liku kehidupan ? di harapkan semua urusan anda pembaca blog ini terutamanya rakan sahabat blogger berada di dalam keadaan yang tenang dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi rencah kehidupan seharian. Kali ini puanbee.com  bergabung dengan satu jenama BETADINE bagi menyertai kempen kesedaran kanser payudara dengan hashtag #Breakthesilence .

 

Betadine Feminim Wash 

Betadine feminim wash , ada lah pencuci bahagian keintiman wanita . Betadine® sendiri telah di pasarkan selama lebih 50 tahun , ianya menawarkan produk antiseptik yang innovatif serta memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit.

 

Saya sendiri dah cuba menggunakan Betadine feminim wash , ianya berba wangi , lembut dan menyegarkan selepas di pakai.  Dirumuskan tanpa sebarang bahan kimia yang kuat, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam mengandungi bahan semulajadi seperti :

Immortelle

  • bahan antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kelembapan semula jadi kulit

Deoplex

  • ekstrak semulajadi yang berkesan untuk memberikan kesan peneutralan bau

Syricalm

  • bahan aktif semulajadi yang melegakan kulit, mengurangkan kemerahan dan meringankan kerengsaan.

Betadine Feminim Wash ini mengandungi Prebiotik yang memainkan peranan yang penting untuk memastikan mikroorganisma yang bermanfaat ini mencapai tahap populasi yang sihat. Kebanyakan orang menyedari bahawa prebiotik adalah baik untuk sistem penghadaman. Sebenarnya, ia juga memberikan manfaat kepada bahagian badan yang lain, termasuk kawasan intim wanita.

Penting nya Vagina yang sihat

Vagina (faraj) adalah kediaman kepada bakteria baik, yang dikenali sebagai Lactobacillus. Organisma ini bukan sahaja mendatangkan manfaat namun juga memainkan peranan yang penting melindungi persekitaran mikro kawasan intim kita. Dalam keadaan yang sihat, bakteria baik di kawasan ini akan membantu mengekalkan keseimbangan pH yang optimum, serta mengelakkan organisma yang tidak bermanfaat daripada membiak.

Dicipta secara eksklusif untuk keperluan kebersihan wanita, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam menggabungkan warisan Betadine® dengan manfaat prebiotik bagi memberikan perlindungan harian dan mengekalkan keseimbangan pH intim flora anda.
Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam adalah tanpa sabun, paraben dan pewarna, serta tidak menimbulkan alahan yang telah diuji secara dermatologi. Rumusan yang lembut ini sesuai untuk kegunaan setiap hari.

Jom bersama Betadian Feminine Care dalam usaha untuk menyumbangkan dana bagi MAKNA

 

Anda hanya perlu membeli 2 botol Betadine Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dari Watsons , RM1 akan di sumbangkan kepada MAKNA ! 

 

Setiap dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dijual pada harga RM29.90. Eksklusif di Watsons.  

Untuk maklumat lanjut tentang Betadine® Feminine Care, sila layari http://myfemcare.com.my/.
#BreakTheSilence
pssttt : Ada giveaway di facebook puanbee. Jom sama-sama menyertai nya .. LINK

Tips minum air gula ( ujian MGGT ) bagi ibu megandung.

Assalamualaikum dan hai. Nak kongsi sikit tips bagi ibu-ibu megandung yang perlu melakukan ujian MGGT iaitu minum air gula. Bagaimana cara nak minum air gula tu cepat-cepat tanpa rasa nak muntah. Saya sendiri dah pun mengandung anak ke-5 memang setiap anak saya perlu membuat ujian minum air gula ni memandangkan emak dan ayah saya sendiri penghidap kecing manis. Risiko tetap ada.

MGGT atau (Modified glucose Tolerance Test) adalah satu prosedur yang melibatkan ibu-ibu mengandung untuk ujian mengesan bacaan gula dalam darah ibu. Mereka akan diminta untuk berpuasa pada malam sebelumnya (sekurang-kurangnnya 8-10 jam sebelum appointment di klinik hari esok) Pagi esoknya, sebelum jam 8 pagi darah kira-kira 2-3 ml akan diambil buat pertama kali untuk dibuat ujian kandungan glukosa. Prosedur pengujian ni dipanggil FBS (Fasting Blood Sugar) – Bacaan pertama diambil pada sampel darah masa kita mula-mula sampai di klinik. Bacaan Normal : 3.5 mmol/L – 5.5 mmol/L 2 Jam selepas minum glukos – Bacaan yang diambil pada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Bacaan Normal : di bawah 7.8 mmol/L

BMI saya pun tinggi teruk. Tetapi walau pun begitu berat badan saya tak naik langsung sepanjang kandungan mencecah 19 minggu ini. Saya tidak alah makan tetapi saya memang makan dalam jumlah yang sedikit walaupun saya tak mengadung memang saya dah terbiasa makan sedikit. Jadi berat saya tidak berganjak banyak lah.

Dress jahit sendiri , plated di bahagian bawah dada .. kain crepe lembut .. nk tempah boleh la .. petaling jaya sahaja. Hehehehe

Jadi tips minum air gula dari saya :

  • Minum senafas , jangan berhenti- berhenti.
  • Lepas minum terus lah pergi ke tempat lain.
  • Kalau rasa pening semasa berdiri terus duduk.
  • Jangan minum makan apa-apa selama 2 jam.

 

Saya ? agak lucu pada hari itu. Barangkali sudah lupa step. Maklumla jarak jauh juga anak nombor empat dengan kandungan yang ini.

Saya terus keluar ajak suami pergi hantar dokumen kepada pelanggan. Lepas tu saya pergi klinik semula kena marah dengan jururawat tak boleh keluar kata mereka takut saya pengsan.

Eh rasa-rasa dulu boleh balik lepas minum air gula. HAHA lupa laa ..

Kemudian lepas  2 jam darah di ambil semula.

Keputusan pun dah dapat. NORMAL kata jururawat tu. Allhamdulillah.

Seronok juga megandung ada orang jaga kan. Siap dapat temujanji dengan doktor gigi. Tak payah beratur panjang-panjang. Lepas ujian MGGT selesai saya pergi jumpa doktor gigi , doktor tampal dan buat” cuci gigi ” lagi tu. Doktor gigi baik sangat. Klinik gigi kelana jaya. Pergilah sana.

Ok lah tulis nak cari mood aje ni .. stress lah.

Bajet 2018 tu nanti nak ulas sikit lah …

Kalau saya rajin menulis.  byeee …

 

SENARAI FILEM SERAM TERBARU YANG SEDANG DI TAYANGKAN DI PAWAGAM

Filem seram memang antara genre yang ramai juga peminatnya. Sehingga ni kini rasanya filem seram masih mendapat sambutan. Walaupun lambakkan filem sains fiksyen yang lebih urban & nampak berteknologi sains yang tinggi tapi filem seram masih bertahan. Malah semakin banyak filem seram di keluarkan setiap tahun. Membuktikan filem seram adalah filem yang menjadi pilihan penonton

Bagi peminat filem bergenre Horror mesti teruja kan nak tahu filem apa yang sedang di tayangkan di pawagam sekarang. Antara filem seram yang sedang di tayangkan di pawagam Bulan oktober ni adalah..

Always Be With You

Merana daripada penyakit berbahaya, David hilang kawalan keretanya selepas memandu dalam keadaan mabuk. Pasangan suami isteri Sam dan Ah Si bernasib baik apabila berjaya mengelak kemalangan itu, tetapi Patrick bernasib malang apabila terbunuh dalam kemalangan itu. Secara kebetulan, Xiao Hung yang bertindak membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan terhempas pada kereta Patrick. Jimmy yang mahu melihat lokasi kemalangan kemudian telah dilanggar oleh sebuah trak. Selepas insiden itu, mereka yang terselamat mendapati diri mereka berdepan dengan kejadian-kejadian pelik dan menakutkan.

Bahasa: Kantonis
Sarikata: Inggeris / Melayu
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2017
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 39 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Louis Koo, Julian Cheung, Charlene Choi, Charmaine Sheh, Gordon Lam
Pengarah: Herman Yau
Format: 2D

Haunted Hotel

Ketika bercuti di Malaysia, seorang pelancong China bersama rakannya mahu pergi ke Genting Highlands. Bagaimanapun, berikutan kekeliruan, mereka menginap di salah sebuah hotel paling berhantu di Asia. Selepas menyedari situasi seram mereka, mereka bersetuju untuk meninggalkan tempat itu, namun ia tidak semudah yang disangka.

Bahasa: Mandarin
Sarikata: Inggeris / Melayu / China
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 19 Oktober 2017
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 32 Minit
Pengedar: Mega Films Distribution Sdn Bhd
Pelakon: Sushar Manaying, Azman Hassan, Teddy Chin, Alvin Chong, Li Chuan
Pengarah: Ryon Lee
Format: 2D

Flatliners

Sekumpulan pelajar perubatan telah melakukan eksperimen tentang pengalaman `hampir mati` yang membabitkan tragedi lampau. Eksperimen itu kemudian telah menyebabkan nyawa mereka terancam.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Inggeris / China
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 18 Oktober 2017
Genre: Drama / Seram / Fiksyen Sains
Durasi: 1 Jam 50 Minit
Pengedar: Sony Pictures Entertainment
Pelakon: Ellen Page, Diego Luna, Nina Dobrev, James Norton, Kiersey Clemons
Pengarah: Niels Arden Oplev
Format: 2D, 2D D-BOX

Happy Death Day

Seorang wanita bernama Tree Gelbman mendapati dirinya mengulangi hari yang sama setiap hari, iaitu hari jadinya. Dalam setiap pengulangan, dia perlu merungkai siapa yang cuba membunuhnya dan mengapa.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2017
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 37 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Jessica Rothe, Israel Broussard, Ruby Modine
Pengarah: Christopher Landon
Format: 2D

Escape Room

Untuk sambutan ulang tahun ke-30 Tyler, kekasihnya telah menempah tempat untuk mereka di Escape Room, di mana mereka dan tetamu mereka akan dikunci bersama dalam sebuah bilik dan mempunyai masa sejam untuk bekerjasama menyelesaikan teka-teki untuk keluar. Setiap teka-teki semakin sukar. Teka-teki juga semakin berbahaya dan bilik itu mula mengambil nyawa mereka seorang demi seorang. Mereka kini perlu bermain untuk terus hidup dan masa semakin suntuk.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2017
Genre: Ngeri
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Evan Williams, Annabelle Stephenson, Elisabeth Hower, Billy Flynn
Pengarah: Will Wernick
Format: 2D

The Crucifixion

Susulan berita seorang paderi dipenjara kerana membunuh seorang rahib, wartawan penyiasatan Nicole Rawlins nekad untuk merungkai kebenaran. Walaupun disabitkan salah, namun paderi itu tetap dengan pendiriannya tidak bersalah dan berkata rahib itu mati ketika dia melakukan ritual pengusiran hantu. Kejadian aneh mula berlaku selepas Nicole bertemu dengannya, membuatkan mereka percaya paderi itu sudah kalah dalam pertarungan dengan syaitan.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2017
Genre: Seram / Misteri / Ngeri
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Sophie Cookson, Corneliu Ulici, Brittany Ashworth
Pengarah: Xavier Gens
Format: 2D

Jadi kalau tak tahu nak tengok filem apa boleh survey dulu sebelum beli tiket.

RAMAI YANG TIDAK TAHU MAKSUD TOMBIRUO SELAIN NAMA WATAK ZUL ARIFFIN DALAM FILEM ITU

Masih di tayangkan di pawagam filem adaptasi dari novel karya  Ramlee Awang Murshid , Tombiruo. Dari review yang saya baca di media social ramai memuji filem ni. Saya sendiri belum berpeluang nak menonton jadi rasanya tak layak untuk memberi apa apa komen tapi bila majoriti berpuas hati selepas menonton, mungkin ia satu filem yang hebat.

Tertanya juga saya apa maksud Tombiruo ni. Adakah sekadar nama satu watak manusia atau ada maksud di sebaliknya. Jadi saya cuba google untuk cari informasi. Apa yang saya dapat Tombiruo ni sebenarnya berasal dari loghat bahasa orang keningau sabah yang membawa maksud hantu tapi dalam novel karya  Ramlee Awang Murshid ia membawa maksud sebagai ‘penunggu rimba’.

Antara pelakon yang membintangi filem hebat ni selain Zul Ariffin yang memegang watak utama sebagai Tombiruo @ Ejim.. Farid Kamil sebagai Amiruddin, Nabila Huda sebagai Wan Suraya, Faizal Hussein sebagai Pondoluo, Dato’ M Nasir sebagai Tan Sri Berham, Datin Marlia Musa sebagai Bonda, Faye Kusairi sebagai Salina dan Dynas Mokhtar sebagai Baizura.

Barisan pelakon juga tidak kurang hebat lebih lebih lagi dengan penampilan pelakon Datin Marlia Musa yang rasanya dah lama tak berlakon selepas mendirikan rumah tangga bersama Datuk M. Nasir.

Tumbiruo mengisahkan Legenda yang selama ini di anggap cuma cerita dogeng. Mahkluk yang dikatakan memiliki kesaktian untuk menguasai hutan. Dia ditakuti, dicaci. Sebenarnya Tombiruo adalah pemuda yang jiwanya memberontak, lelaki yang tidak berwajah manusia namun sekaligus seorang yang terpaksa memikul tanggungjawab kerana memiliki kesaktian yang tidak dapat dikawalnya. sentiasa memakai topeng untuk menyembunyikan identitnya.

Apabila sebuah projek empangan mencetuskan beberapa insiden yang menyebabkan kematian ayahnya, Tombiruo yang penuh dendam memburu mereka yang bertanggung-jawab.

Tetapi akhirnya pemburu pula menjadi yang diburu. Tombiruo akan mengharungi satu pengembaraan yang penuh bahaya dan tragis, dan bersamanya mengenal erti persaudaraan, keluarga, dan cinta. Cuma dengan membuka hati dan menerima peranannya, Tombiruo akan dapat mengawal kuasanya dan mengalahkan musuh. Akhirnya dia akan menerima hak kelahiran sebagai Penunggu Rimba.

Bagi korang yang belum menonton filem ni.. Jangan lupa tonton ok! Nak2 lagi peminat abang sado Zul Ariffin la..