Resepi Kek Moist Coklat Kukus Senang Dan Sedap Asli Dari Puanbee

Kek moist cholat buat kawan blogger.Memang seronok ek sekali sekala bejumpe.banyak cerita boleh diceritakan. .sebenarnya saya tak da kawan yg sama hobi kat dunia luar . So best kalau jumpe kawan yg sama2 minat pada sesuatu like appelijou . .hehehe. .lop jgn jelez ,nant angah wat tok lop pulak!! Korang nak resepi? Haa boleh2. .mari kita scroll ke bwh. .Kek moist cholat ini amat mudah disediakan dan sedap di makan bersama anak-anak , kanak-kanak pun suka dengan hiasan yang di letakkan di atas kek coklat tersebut , jom tengok resepi kek moist coklat kukus di bawah.

cik una tengah memegang kek memang tak sabar nak potong kek tu ,tp ibu tak kasi , so una pegang ajer kek tu. . .ini pulak bee ubah suai kek moist choc tu dari kukus ke bakar. .bee tamabah sedikit fitness nestle cereals,bee kurangkan gula untuk yg bediet . .dan dihiaskan dgn sedikit gula urai. .

 

Resepi nya kek moist choclat kukus :

Bahan A
~campurkan dan ayak
Tepung gandum 150g
Baking powder 1 sudu
Soda bikabonat 1 sudu
serbuk coklat 2 sudu

Bahan B
~pukul dahulu berasingan.
telur 4 biji.
esen coklat 2 sudu
esen vanila 1 sudu

Bahan C
~ masak di atas api perlahan.
1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 cawan minyak

campurkan semua bahan A .B. C dan masukkan dalam acuan yang sesuai kukus sehingga masak. .

Untuk topping..cara bee.

2 sudu mentega putih
1 sudu marjerin

campurkan ke dua2 bahan dan pukul sehingga putih. Kemudian masuk kan

2 sudu susu pekat manis
2 sudu serbuk coklat

pukul lagi sehingga sebati , setelah kek masak , sejukkan dahulu baru di sapu dgn topping dan hias sesuka hati korang. . .selamat mencuba. .hehehe. . . .kalau dah cuba bg tau feedback yer. .tp tak pakse. .