Una nak minum milo..

Share

Maafkan ibu yea una. .tadi lepas ibu minum ubat batok ibu ngantuk sangat. .haha. .bila ibu bangun ibu nampak bekas gula terbuka , bekas milo pun duk kat bawah. .ibu pun tanya pada una. . “sapa bancuh milo niii,

una yang tadi kat sebelah ibu belari ke depan sambil ambil cawan atas meja una becakap “una nak minum milo.”

mai sini ibu nak tengok ,” kata ibu , “ibu nak tengok una bancuh sedap tak ?”

una pun jawab ,”tak boleh ,nanti ibu minum !”

hah ko . .anak saya yang berumur 3 tahun 5 bln tu bancuh milo. ?

Rasa besalah dan lucu juga. .sejak ubah kedudukan meja kat dapur tu ,anak2 ni suke sangat meniru kerja2 ibu. .huhu. .

* una bancuh tak sedap pun. .eksen lebeh. .hahahax. .

Jangan besedih kawan. . .

Share

Dalam kita meniti kehidupan seharian, ada kalanya kita bersedih . Sedih adalah sifat manusia . Sedih adalah sifat semula jadi yang dicipta Allah SWT. Mustahil ada manusia tidak pernah bersedih,sedih suka duka bahagia derita adalah merupakan sunnatullah dlm kehidupan ini. .bukankah Allah mencipta tiap sesuatu itu bepasang-pasangan ?

Sedih lawannya gembira, ataupun sedih pasanganya adalah gembira. Derita pasanganya adalah suka , bahagia. . maka adakalanya kita merasa sedih dan itu adalah sifat semulajadi manusia, hilang pertimbangan dan sebagainya. .sedih tidak boleh membawa kita kepada kehancuran. .Bagaimana kita menjadikan sedih untuk menghambakan diri kita kepada ALLAH SWT.?

Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih. lantas Rasullulah saw Bertemu dan bertanya kepadanya : ” wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?”

lantas sahabat tadi menjawab : “Ya Rasullullah,aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku.”

“Apa dia?” kata Rasulullah.

“Hutang yang membelenggu diriku dan kesedihan yang mengikat sanubariku.”

lantas baginda saw bertanya : “Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa,satu amalan,yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan,segala kedukaanmu,akan diangkat oleh Allah SWT, akan dipulihkan, akan di ganti dgn kegembiraan dan kebahagiaan?

“Balaa ya Rasulullah.Sebutlah apakah doa,apakah amalan itu ya Rasulullah.”

Lantas baginda mengajarkan sepotong doa.

“Wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, insya Allah sebanyak manapun hutangmu,akan dilunaskan Allah SWT; Setebal manapun kedukaanmu,akan dilenyapkan oleh ALLAH SWT”

doanya adalah :

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat sedih dan dukacita.Aku berlindung kepada-Mu ya Allah,dari sifat lemah dan malas.Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah ,dari sifat penakut dan bakhil.Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan (oleh orang lain)

saya bukan lah baik sangat. .tapi inilah amalan saya . . . .

Buat korang2 yang tengah besedih selepas putus cinta. .tesilap langkah. .banyak hutang . .boleh la amalkan ini. .semoga kita teselamat dari hasutan syaitan.

Kanser Pangkal Rahim Pembunuh No2 Paling Tinggi

Share

Tahukah anda ?? Kanser pangkal rahim adalah kanser ke-2 paling tinggi dihidapi oleh wanita di Malaysia.Di Asia Pasifik seorang wanita meninggal dunia setiap 4 minit akibat kanser pangkal rahim.Kanser pangkal rahim di sebabkan oleh sejenis virus.Ia boleh menjangkiti mana-mana wanita,tidak mengira umur ataupun gaya hidup.

WALAU BAGAIMANAPUN KANSER PANGKAL RAHIM BOLEH DI ELAKKAN.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO MENGHIDAP KANSER PANGKAL RAHIM

Seperti yang dinyatakan di dalam bab yang lepas, punca terjadinya kanser pangkal rahim adalah jangkitan virus HPV dan jangkitan virus ini diperolehi melalui hubungan kelamin. Di samping jangkitan virus HPV, faktor-faktor lain turut mempengaruhi terjadinya kanser pangkal rahim yakni sistem imunisasi (pertahanan badan) yang rendah dan juga faktor genetik.

Apakah faktor-faktor risiko terjadinya kanser pangkal rahim? Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:

  1. Hubungan sek pada usia muda
  2. Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
  3. Merokok
  4. Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
  5. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
  6. Wanita yang mempunyai pasangan sek yang ramai.
  7. Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan  sebagai golongan yang berisiko mengidapkanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawaujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.

TANDA-TANDA KANSER PANGKAL RAHIM

Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj/vagina yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta.

Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal. Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakit puan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.

Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:

  1. Perdarahan selepas hubungan seks (“postcoital bleeding“)
  2. Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
  3. Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
  4. Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
  5. Hilang selera makan
  6. Turun berat badan yang mendadak
    Rajin-rajin lah buat pemeriksaan PAP SMEAR di hospital berdekatan , mencegah lebih baik dari berubat.

Lakukan Terapi Air Untuk Menguatkan Sistem Petahanan Tubuh Melawan Penyakit.

Share

Kehilangan 4 % air dalam tubuh akan meletihkan dan menurunkan tahap kecergasan seseorang. Kehilangan melebihi 7 % air dalam tubuh akan membuatkan seseorang itu mudah berasa lesu,lemah,dan pusing-pusing.Sesiapa sahaja digalakkan untuk minum air sebelum berasa haus.

Suhu dan keadaan sekitar mempengaruhi keperluan seseorang tehadap air. Berkerja dalam pejabat yang mempunyai penghawa dingin akan membuat kan anda lebih mudah dehidrasi (kekurangan air) . Anda yang bekulit kering juga disarankan untuk minum lebih banyak air.Banyak meminum air akan membantu tubuh mengendali tahap kecergasan sesesorang.

Air merupakan sumber penting dalam merawat penyakit jantung , kerosakan kulit , sesak nafas serta gangguan jiwa. Penyakit yang tidak terlalu serius seperti batuk dan serak suara akibat kekurangan tidur.

Lakukan terapi air. Khasiat air kosong – [link]

Bukan sukar,basahkan badan anda dengan air panas.kemudian,berendamlah dalam air dingin. Amalan ini akan menguatkan sistem petahanan tubuh melawan penyakit.Ketegangan otot dapat disembuhkan dgn berendam dalam air hangat .selain itu ,air hangat juga baik untuk mengatasi masaalah sukar tidur.