Indonesia vs Malaysia Sea Games 2011

Meriah ! Keputusan Indonesia vs Malaysia Sea Games 2011

Tengah menonton Indonesia vs Malaysia Sea Games 2011 di tv3 , sokongan nampaknya sangat meriah di beri oleh penduduk kawasan saya , terdengar jeritan bersahutan di celah-celah tingkap rumah masing-masing , Saya tak de kawan yang menonton bersama tak tahu nak borak dengan siapa , lantas buka blog dan terus menaip disini , di harapkan Malaysia berjaya membolos beberapa gol dalam perlawanan antara Malaysia dan Indonesia dalam sukan SEA 2011 ini ..

Slogan pembakar semangat pasti bergema di seluruh Stadium Bung Karno. Jika skuad Malaysia terkenal dengan slogan ‘Malaysia Boleh’ , Indonesia juga pasti tidak mahu kalah dengan slogan mereka ‘Indonesia Bisa’. Walau apa pun slogan , kepada skuad Malaysia Moga berjaya , selamat berjuang untuk nama Negara Malaysia.

Poster Indonesia vs Malaysia Sea Games 2011
Poster Indonesia vs Malaysia Sea Games 2011

Keputusan terkini Indonesia vs Malaysia Sea Games 2011

0-1

Shahrul A.S (MAS) 17′

26th Sea Games Indonesia 2011

Malaysia vs Indonesia

Date : 17 November 2011

Venue : Gelora Bung Karno Senayan, Indonesia

Sekalung tahniah buat skuad Malaysia ! Malaysia Boleh !

Semak-Keputusan-UPSR-2011-melalui-Online-SMS

Semak Keputusan UPSR 2011 Melalui mySMS 15888 Dan Online

Para calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh membuat semakan keputusan peperiksaan mereka menerusi sistem pesanan ringkas mySMS 15888 mulai pukul 10 pagi esok (17 November 2011).Selain itu para calon yang ingin menyemak keputusan UPSR 2011 boleh menyemak secara online juga.

Semak-Keputusan-UPSR-2011-melalui-Online-SMS

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, perkhidmatan mySMS itu akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 November 2011. Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya pukul 9 pagi esok.

Untuk menyemak keputusan UPSR secara online sila rujuk SAPS semak markah peperiksaan anak secara online (tahun 1 ? tingkatan 5 )

Diucapkan selamat berjaya kepada calon UPSR 2011 , sudah pasti ibu bapa tidak terlepas merasai debaran untuk melihat keputusan UPSR anak -anak masing – masing kan semoga berjaya. Jangan lupa mYSms 15888 untuk semak keputusan UPSR 2011 anak-anak anda 🙂

P/S : serbarkan artikle ini untuk keluarga anda dengan klik butang yang tertera di bawah.

kelas masakan

Kelas Masakan Buat Sosej Gulung Yang Yummy

Wanita-wanita disini ada kelas masakkan setiap tahun , setelah di rancang rapi terus buat kelas masakan pada malam kelmarin dari jam 8.30pm hingga jam 11.00 pm , tudia masak sikit je pun , acara lain-lain banyak antaranya sembang-sembang , wahaha .. ada yag duk dekat tapi lama tak jumpa .. erk ? macam mana tu ? fikir lah sendiri hahah …

kelas masakan

Cikgu tu jiran je pun , dia pandai masak so kita lantik dia jadi cikgu kali ni , gambar di atas dia tengah tunjuk atur cara nak gentel doh untuk dililitkan menjadi roti sosej gulung yang yummy tu ..

kelas masakan

Puanbee yang chubby .. waaa~ banyak vitamin kata suami saya , waduhhh .. sebelah saya tu mak angkat (umi) yang baik hati , boleh lah dijadikan pengubat rindu mak di kampung tu , kalau lama tak pergi ke rumah umi , umi akan call ajak makan-makan, tu sayang tu hahah …

kelas masakan

Dan ini adalah sosej yang di bungkus untuk tapau bawak balik , yang tapau dalam perut pun banyak , sedap lembut je rotinya , makan pula ketika masih panas .. perghhh …

kelas masakan

Dekat sikit 🙂 dap kan ? buat sendiri best .. nanti saya kongsi resepi , penat sikit nih , selain sosej gulung kami ada buat pop corn menggunakan periuk biasa je , best yang tu tak sempat pandang dah habis kanak-kanak makan , nanti saya share gambar dia ..

Tentang Dhia Akasia TV3 Poster

Lagu OST Tentang Dhia TV3 – Dhia oleh Adi Putra Dan Tentang Cinta Oleh Hiro

Siapa tak tengok tentang dhia memang rugi best sangat ..korang boleh tengok drama tentang dhia di tv atau di tonton atau youtube pun ada rasanya , tapi saya tengok di tv lah , lebih puas dan boleh feeling-feeling banyak nanti. Suka dengar Ost tentang Dhia , ada dua OST setakat ni satu nyanyian Adi Putra dan satu lagi nyanyian Hiro bertajuk Tentang Cinta , memang best layan tu dikala kesunyian cehwaahhh …

Tentang Dhia Akasia TV3 Poster
Tentang Dhia Akasia TV3 Poster

Lagu latar dalam Episod 1 Tentang Dhia (Hiro – Cinta)

kredit : abdrazak03

Lagu OST Tentang Dhia -akasia (Adi Putra)

Kredit : Nurizspace

Video Ost Tentang Dhia Nyanyian Adi Putra tu special sikit , telah di edit khas oleh Nurizspace untuk peminat-peminat Adi Putra , memang class kau Nuriz , Dan lirik lagu untuk lagu Adi Putra di bawah

Lirik Lagu Ost Tentang Dhia – Dhia

Sejak bertemu kau dan aku

Menusuk jantungku mula jiwaku

Merelakan diriku menjadi milikkmu

Itu yang ku mahu

Itu yang ku mahu?cintamu

Sinar mentari pagi

Menyinar rahsia sunyi

Biarlah ku bermimpi

Terlena dibuai sepi

Dhia khayalan cinta

Selama ini kuharapkan

Cuba engkau fahami

Takkan dirimu dilukai

Sinopsis Tentang Dhia Tv3

Nampaknya setiap episod ada pula lagu tema atau OST yang berlainan , jenuh nak follow nih hahah