Kenapa cendol digandingkan dengan Rojak Pasembor ? Dan kenapa Laksa Digandingkan dengan ais kacang ?

Kenapa cendol digandingkan dengan Rojak Pasembor ? Dan kenapa Laksa Digandingkan dengan ais kacang ?
hehe lepas hantar kakak ke sekolah tadi bee singgah makan rojak dan cendol kat tepi jalan..alah mamak lori tu..ngeh tetiba terfikir kenapa kat atas tu..

ais kacang malaysia

terliur tak ? erm nyummy !

Biasalah model free bee haha..si una dan baby….baby tu makan sendiri tau walau dimana jua..dia tak suka makan bersuap..pening di buatnyer..

Tengok..baby dah comot..redho jer le..

Sebenarnya una yang nak sangat makan cendol nih..ada sekali tu dia ajak makan cendol ..haha mang lawak kalau layan una menyembang tu..
una : ibu jom makan cendol.
ibu : erm tak der duit lah una, ayah tak bagi duit pun kat ibu {padahal kedai cendol dah terlepas malas nak pusing balik waktu tu, jauh gak kalau pusing}
una : allaaaa napa ibu tak mintak kat ayah semalam ?
ibu : lupalah una.. kenapa una tak mintak kat ayah ? dah una nak makan cendol tu
una : tak nak laaa..ayah tak faham kalau una cakap…
haha itu lah antara dialog dgn una..dia sedar pun ayah tak faham dia cakap, ingat tak sedar..una tu pelat ..hanya ibu dan kakak yang faham apa una cakap..orang lain mang tak boleh faham..ngehhh..
nota kaki : macam mana ek nak pebetulkan lidah budak pelat ni..

SAPS semak markah peperiksaan anak secara online (tahun 1 – tingkatan 5 )

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan terbaru kepada ibu bapa penjaga. Semakan keputusan peperiksaan secara online ini boleh dilakukan dengan melayari portal Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).Selepas selesai sahaja peperiksaan atau ujian dijalankan ibu bapa boleh mendapatkan keputusan peperiksaan atau ujian anak mereka dengan pantas di portal tersebut.

Untuk ke portal tersebut tuan/puan boleh lah melayari ke saps.moe.gov.my dan klik capaian semakan ibu bapa.

SAPS- sistem analisis peperiksaan sekolah
SAPS- sistem analisis peperiksaan sekolah

Saya sendiri dah cuba , saya klik pautan ibu bapa , masukkan no ic dan keputusan adalah seperti di atas , (no kad pengenalan yang anda masukkan tiada dalam pengkalan data ) oh anak saya bukan warganegara asing yerk .. anak jati Malaysia , mungkin sekolah si kakak tak ambil bahagian ? atau tahun satu tak penting lalu tak dimasukkan data ? hurm .. apa-apa pun tunggu balasan email mereka lah macam mana , nanti update lagi.

Tapi ada yang dah berjaya pun mencuba semak markah peperiksaan anak secara online sila klik pautan di bawah ..

Semak Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS

Boleh juga Semak Keputusan UPSR 2011 Melalui mySMS 15888 — {LINK}

Info Rambut : tips menjaga rambut kerinting

Rambut merupakan elemen yang penting bagi seseorang untuk menonjolkan imej sendiri. Penggayaan rambut yang tidak betul dengan cara yang pelbagai seperti mewarnakan rambut, membuat kerinting kepada rambut, menggunting rambut bahkan menyikat rambut juga akan menyebabkan kerosakan terhadap rambut kita.

Oleh itu, cara-cara yang memelihara rambut dengan betul adalah pengetahuan yang penting untuk semua orang bagi mengekalkan kesihatan rambut mereka. Rambut merupakan elemen pada badan kita yang susah dijaga kerana rambut yang telah tumbuh daripada kulit rambut kita merupakan elemen yang sudah mati.

Hal ini kerana tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka cara memanjangkan hayat bagi rambut agar rambut kelihatan sihat dan bersinar adalah sangat mustahil. Oleh itu, perkara yang boleh dilakukan untuk membolehkan rambut kelihatan sihat hanya dengan cara pemeliharaan dan penjagaan yang teliti.

una

Ya Model itu una anak saya , rambutnya kerinting dan antara rambut yang susah nak di jaga , silap syampu kepala dia gatal-gatal , silap jaga rambut jadi keras macam dawai , salah sikit rambut tak boleh disikat , memang susah sedari beliau kecil lagi .. kemudian si laila lahir , pun rambut kerinting , cabaran untuk ibu menyikat , syampu dan mengikat rambut mereka setiap hari dengan teliti , syampu pun kena pilih , tak boleh pakai sebarang .. perghhhh !! apa yang boleh dibuat untuk menjaga rambut kerinting ? jom tengok tips di bawah.

10 TIPS UNTUK MENJAGA RAMBUT KERINTING AGAR NAMPAK CANTIK DAN SIHAT

1. Kurangkan manipulasi rambut

Terdapat banyak produk di pasaran melambangkan diri sendiri sebagai produk yang dapat memelihara dan menjaga kesihatan rambut bagi seseorang. Selain itu, produk tersebut akan menggalakkan pengguna untuk menggunakan produk berkenaan dengan kerap agar rambut dapat menjadi sihat dan bersinar.

Pernyataan tersebut adalah kurang tepat. Tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka kerosakan yang terjadi adalah kekal dan tidak dapat dipulihkan. Oleh itu, cara yang terbaik untuk memelihara rambut daripada kerosakan adalah kurang memanipulasikan rambut anda. Dengan cara ini kadar kerosakan yang akan terjadi adalah rendah kerana rambut tidak diganggu oleh sebarang bahan kimia dan alat yang berfungsi untuk membentukkan gaya rambut.

2. Memilih sikat yang bergigi luas

Sikat merupakan alat yang asas bagi setiap orang untuk menyikat rambut agar rambut kelihatan kemas. Selain fungsi yang paling asas ini, sikat juga berfungsi untuk membentukkan pelbagai jenis gaya fesyen rambut. Oleh itu, sikat merupakan alat yang paling rapat dengan rambut. Dengan ini kita dapat melihat kepentingan memilih sikat yang sesuai agar rambut dapat dipelihara semasa seseorang mendandankan rambut mereka. Sikat yang berlapis teflon dan mempunyai gigi yang luas adalah dicadangkan bagi tujuan tersebut kerana gigi yang luas dapat mengurangkan kerosakan yang akan terjadi semasa gigi sikat melalui rambut kita.

3. Memilih berus yang mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi

Alat yang kedua yang sentiasa menjadi pilihan oleh orang ramai untuk mendandankan rambut adalah berus. Justeru, memilih berus yang sesuai juga adalah penting sekali untuk menjaminkan kesihatan rambut. Berus sentiasa digunakan untuk mengeringkan rambut tanpa mengira rambut yang lurus atau kerinting.

Bagi tujuan mengurangkan geseran antara gigi berus dan rambut maka jenis reka bentuk berus yang dikenali sebagai blow-drying brush adalah digalakkan. Hal ini kerana berus tersebut mempunyai ruang yang mencukupi antara gigi pada berus tersebut. Di samping itu, terdapat juga lubang pada papan berus agar angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut dapat dilepaskan. Berus jenis ini mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi yang dapat mengurangkan geseran antara rambut dan gigi berus malahan reka bentuk sebegini juga dapat melindungi kulit kepala daripada cedera

4. Mengelakkan menyikat rambut semasa rambut basah

Rambut adalah lebih lemah pada masa basah berbanding dengan semasa kering. Oleh itu, rambut adalah lebih mudah patah atau putus semasa basah sekiranya dibandingkan dengan keadaan kering. Memandangkan keadaan menghadapi rambut yang basah merupakan keadaan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap orang maka cara yang digalakkan untuk mengemaskan rambut semasa dalam keadaan basah adalah menyikat dengan jari sendiri. Walaubagaimanapun cara memelihara yang paling digalakkan adalah menyikat rambut pada keadaan yang kering atau hampir kering. Kelakuan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kerosakan yang akan terjadi.

5. Membiarkan rambut kering secara semula jadi dan elak penggunaan pengering rambut

Seperti yang diterangkan di atas, rambut adalah lemah pada keadaan panas maka menggunakan pengering rambut akan merosakkan rambut dengan lebih mudah. Angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein bagi rambut kita maka rambut kita akan menjadi rapuh dan mudah putus.

Sekiranya penggunaan pengering rambut adalah sangat diperlukan maka pengguna harus menjarakkan pengering rambut sekuarang-kurangnya 12 inci daripada rambut sendiri. Selain itu, suhu angin panas tersebut harus dimulakan pada suhu yang rendah dan meningkat secara perlahan-lahan. Tambahan lagi, suhu yang terlalu tinggi adalah tidak digalakkan untuk mengenakan terhadap rambut agar tahap kerosakan dapat dikurangkan.

Cara penjagaan rambut yang tepat adalah penting bagi setiap orang. oleh itu, tips yang dibincang pada edisi ini diharapkan dapat memberi panduan bagi orang ramai agar dapat memiliki rambut yang cantik dan sihat.

Sumber: Ukm.my | Koleksi Petua Cantik & Sihat Puanbee.com

Jawab Tag :Pengalaman Ada Anak

Jawab tag dari puankutu lak , perghh punya panjang berjela soalan tu , nasib semua cerita masih terpahat kemas dalam kepala , nasib tak nyanyuk boleh jawab semua .. heheh jom layan …

anak-anak

1. How old were you when your first child was born?

Ketika berumur 20 tahun , ikut tahun 20 lah tapi ikut tarikh lahir 19 tahun (habislah lepas ni !!!)

2. What month and year was your youngest child born?

Anak bongsu ek ,tak leh bagi jawapan tepat2 bahaya .. kena bagi bulan dan tahun je yerkk .. bulan 6 tahun 2009 si baby tu lah ..

3. How did you feel when you first found out you were pregnant?

Waktu tu baru kawin je , tak plan nak anak lagi , sebenarnya waktu tu saya tak bersedia langsung , ye lah umur muda , suami kerja sorang dan baru juga start kerja , duit banyak habis kat kenduri kawin , nak deposit rumah pun tak de , hohoho .. zaman kitaorang kawin tak de loan2 atau pinjam dari mak pak , semua tanggung sendiri tau .. TERKEJUT!! Bila tahu mengandung , macam-macam saya fikir takut pun ye , takut tak boleh nak beri nafkah secukupnya , ye lah muda sangat kawin tu , tapi allhamdulillah setelah pelbagai dugaan dan cabaran di harungi , dah besar pun si kakak tu siap boleh tambah adik 2 orang hahah… (tutup citer , tk mo citer pepanjang)

4. Who did you tell first?

Beritahu pada suami ,kitaorang berdua merantau dikl ni , semua sedara mara jauh2 so tunggu lama sikit baru beritahu pada famili .. heheh ..malu sebab mengandung time tu.

5. How many pounds/kg did you gain during your first pregnancy

Seingat saya lah semasa mengandung aliya berat memula tak naik , sebab mabuk terlalu teruk ditambah tak boleh makan apa-apa selain dari buah sehingga 8 bulan usia kandungan , lepas je usia 8 bulan , dah boleh makan , mabuk pun dah hilang , berdesup berat naik 18kg , perghhh … (sampai la ni turun sikit je !)

6. What did you crave while you were pregnant?

Uit dah cerita kan di atas malas lak nak edit balik .. hehe mula-mula kekonon nak minum susu mengandung tu , tapi tak boleh muntah2 sampai luka tekak , nasi pun tk boleh makan tak tahan baunya , makan epal dan buah anggur je , selepas 8 bulan tu hantam semua , itu cerita anak sulung ye .. yang kedua dan ketiga boleh makan apa saja tak de lak ngidam ke apa2 ke ..

7. Did you find out the gender of your first child? Why or why not?

Nak tahu anak first je ke ? saya jawap bagi ketiga-tiga anak lah kot esok diorang nak wat kajian sejarah kehidupan famili ke .. hahaha. Semua nampak “karipap” ya doktor cakap eh nampak karipap , yang kedua juga sama karipap ketiga pun karipap , that means perempuan lah.

8. Did you have any complications during your pregnancy?

Selain mabuk tu , tak ada apa masaalah sampai anak dilahirkan , allhamdulillah , tapi biasa sebab badan naik banyak sangat kena minum air gula sokmo.

9. How much did your first child weigh?

Hurm untuk kakak beratnya 2.9 , una 3.5 dan baby 3.07 (aku jawab ke tiga2 anak , tak sanggup nak citer sorang je hahah)

10. Was your first child early, late, or on time?

Ikutkan awal sebulan , si aliya di jangka akan dilahirkan pada 28/3 tapi akibat aliya terlalu selesa dalam perut , jantung tak dengar , dan tak gerak-gerak , doktor paksa beranak pada 29/2 (nasib normal kalau tak nagisss…)

11. What is the most difficult challenge or health issue that any of your children have faced?

Lain-lain anak lain pengalamannya , untuk kakak allhamdulillah dari kecil sampai besar jarang sangat sakit apa2 demam pun jarang , tapi untuk una memang pelbagai dugaan kesihatan , salah sikit demam , muntah2 , sebulan boleh demam hampir 5 kali lah , mungkin kerana kakak di jaga sepenuhnya oleh saya ,dan una di jaga oleh orang lain kerana saya berkerja , namun tak lama , setelah saya berhenti kerja ketika una berumur 2 tahun ++ gitu , una dah ok sihat , dah tak demam sampai sekarang , baby pun sama lepas dia lahir saya berhenti kerja dan dia sihat allhamdulillah , jarang pergi ke klinik..

12. What’s your favorite part of being a mom?

Favourit part ? hurmm .. semua pun masa dengan anak-anak memang suka , lagi-lagi dengar diorang borak secara curi -curi memang kelakar .eh ada satu lagi , best sangat bila dah mengandung selama 9 bulan 10 hari tu , lepas tu kita lahirkan mereka ke dunia dan dengar tangisan pertama , tengok wajah mereka kali pertama , cium kali pertama , menyusukan anak kali pertama , semua best (rasa nak tambah koleksi aje 🙂 )

13. Do you think it’s easier to be a mom or a dad?

Susah memang lah susah , banyak yang perlu dikorbankan , asalkan ikhlas tak de benda yang jadi susah sangat pegang satu je “tuhan tak beri kita dugaan yang kita tak boleh tanggung” bersabarlah 🙂

14. What is the best piece of advice you could give to someone who is about to have their first child?

Anak adalah anugerah , jangan risau tak boelh besarkan anak atau apa2 , jangan fikir sangat , lepas anak tu lahir je kat dunia ni adalah rezeki untuk dia , tapi jangan tak berusaha pulak ye .. usaha kuat utk cari rezeki untuk anak-anak dan besarkan mereka sebaik mungkin 🙂

15. Did you always think you’d have kids?

Samalah dengan puankutu , tak pernah berangan nak kawin apatah lagi berangan nak anak , semuanya terjadi sendiri ..

16. What’s been the biggest surprise about motherhood?

Surprise sangat ubah cara hidup sendiri dan abadikan diri untuk anak-anak dan keluarga , baru tahu susah payah mak jaga saya dulu 🙂 (sayang mak)

17. Are there things you miss about life before kids?

Rindu nak berada dizaman persekolah , sekarang baru tahu sekolah seronok .. oleh itu adik2 yang masih sekolah tu berseronoklah , jangan nak cepat dewasa.

17. Are there things you miss about life before kids?

3 orang , semua gegirl yang cantik dan kuat bebel macam maknya.

19. Do you plan to have any more children?

Hurm buat masa ni TAK tapi tu lah sapa tahu kan 🙂

20. Who’s the mom that you admire most?

Mesti lah mak daku 🙂

Puankutu , bee dah buat erk selesai .. saya tak tahu nak tag sapa kot korang tak nak share , tapi jom lah share cerita pengalaman korang dengan jawab tag ni , jom 🙂