Keputusan Giveaway Herba Maharani Puanbee Dan Ayujamal (Giveaway close)

Share

Terima kasih kepada semua yang telah pun menyertai Giveaway Herba Maharani Puanbee Dan Ayujamal, Giveaway ini ditutup sedikit awal dan giveaway baru menyusul , so kita bagi peluang lah kepada semua untuk menang kan , lagi pun tak dapat sambutan sangat giveaway kali ini , Tapi tak mengapa , saya tak kecik hati . Jadi mari tengok siapa yang bertuah …

hadiah giveaway puanbee.com $ ayujamal.com

Hadiah mengikut random dan No mengikut senarai di bawah. 4 orang akan dipilih.

SENARAI PESERTA

  1. Einzmiszmessyartwork
  2. Puankutu
  3. Mascontestgiveaway
  4. Intanberlian
  5. Hairulizacontestga
  6. Kakyong.com
  7. Mamanajla
  8. Ibu Arif Atan
  9. Myra jay
  10. Zie Fauzi
  11. Kak aya
  12. Along Nidar
  13. Cik Suzlin
  14. Juenitasani
  15. Norzie hany
  16. CMRatu
  17. Ummie Iman
  18. Ana cikselamat
  19. Mama Tomel
  20. Ummie Hanie
  21. Kemma
  22. kakngah?
  23. Syamilamohd
  24. Azatie
  25. Tiefazatie
  26. Nazayiena76
  27. Jaririjemarikumenari
  28. Ibu Mifzal
  29. Zuraida Rahim
  30. Lin Azlina
  31. Rafinamimi
  32. Mimiezalikhahouse
  33. izad-mohd
No Bertuah Pemenangnya adalah :
NO30 ?- Herba Maharani
No28 – selendang dan Beg Make-up
No16 – Beg Make – up
No22 – Beg make – up
Tahniah di ucapkan , so cepat2 email saya untuk beli alamat yek .. Jom sertai contest baru saya , wang tunai RM100 dipetaruhkan , jika nak sila ke sini , kali ini bukan random tentukan anda tentukan jika nak menang , selamat berjaya.

Saya Nak Memenangi Samsung Galaxy S|| Dalam Contest Gadjet Impian Denaihati

Share

Begitu teruja saya ingin menyertai contest gadjet impian anjuran Denaihati , namum menang belum tahu lagi , kalah mungkin dah tahu.

Agak kecut perut bila melihat senarai peserta yang berjumlah seramai 114 namum perserta yang layak dan terpilih hanya berjumlah seramai 103 orang. Walau apa pun perjuangan harus di teruskan dah

alang-alang menyeluk pekasam , biar sampai ke pangkal lengan ” ,

Adakah sesiapa yang ingin membantu saya memenangi Samsung Galaxy S|| yang merupakan gadjet impian saya dalam contest gadjet impian denaihati ini ? Jika Ya! Klik button Like , Tweet Dan 1+ di bawah untuk saya .. tinggalkan komen supaya saya boleh jejak korang semula ?..

samsung galaxy s||
samsung galaxy s||

Gadjet impian saya merupakan samsung galaxy s|| , kenapa saya beriya-iya hendakkan samsung galaxy s|| ? walhal Denaihati memberi kebebasan untuk memilih Gadjet Impian yang lain ? Tak nak tamak-tamak fikir apa yang perlu sahaja.

  1. Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab { KLIK LINK TENGOK KOMIK TERBAIK }
  2. Kerana Denaihati dan semua sponsor baik hati nak memberi , saya mencuba nasib untuk dapatkannya percuma ! ya ! percuma.

Kepada semua pembaca saya, Anda boleh menang RM100 dan 4 hadiah saguhati dengan menyertai contest komen & menang saya

Ada perkara yang korang boleh lakukan untuk bantu saya memenangi Samsung Galaxy s|| ini , saya tahu korang baik hati , buat masa sekarang saya hanya perlu mengumpul markah melalui setiap satu jumlah TWEET , FB LIKE , GOOGLE+ dan Juga JUMLAH KOMEN DI BAWAH ENTRI INI , jadi korang boleh tolong tekan button tweet , fb like dan juga google+ di bawah. Jangan lupa komen juga , jangan malu dan segan untuk berbalas komen disini , Komen sebanyak mungkin untuk saya dapatkan markah tertinggi dalam pertandingan ini. KLIK SINI UNTUK SERTAI CONTEST DAN SECARA TAK LANGSUNG BANTU SAYA MENANG

Contest Pusingan Pertama ini akan bermula pada 19/11/2011 jam 10.30am dan tamat pada 4/12/2011 jam 11.59pm. Bermakna anda pembaca blog saya perlu tolong saya dalam lingkungan tarikh tersebut , boleh tak ? boleh lah …

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com , Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd , Kedai Kak Siti , Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak

Tips – agar otot sentiasa sihat dan tidak mudah kejang ketika anda besenam.

Share

Kepada yang nak bersenam untuk nampak langsing dan nak body yg ngancem amat sesuai la yea. Tapi asal senam je otot kejang kan ? Ape kes..jom lihat kenapa badan kita selalu rasa kejang ketika bersenam .Jika langkah mudah ini di amalkan secara rutin , sekurang-kurangnya masaalah ketegangan seterusnya kekejangan otot dapat dikurangkan.

Senaman untuk orang berkerja dengan komputer

Senaman untuk orang berkerja dengan komputer


3 Langkah Mudah untuk elakkan kekejangan Otot

  • Memenuhi keperluan cairan tubuh dengan mengamalkan meminum sekurang -kurangnya enam gelas air putih pada setiap hari ,sebenarnya,keperluan cairan bagi setiap orang adalah berbeza-beza.Ia begantung kepada pola pemakanan,jantina,keaktifan beraktiviti ,suhu , tahap kesihatan serta usia. Cairan dalam tubuh membantu melembabkan sel2 otot sehingga tidak mudah mengalami ketegangan.
  • Sentiasa mengamalkan aktiviti regangan. Lakukan regangan beberapa saat sebelum dan selepas melakukan pegerakan tertentu yang menggunakan otot dalam jangkamasa yang panjang contohnya , berjoging atau tidur.
  • Meringankan nyeri otot. Gunakan krim khusus untuk otot yang mengandungi ‘methyl salicylat’ dan ‘menthol’ sehingga timbulnya rasa dingin agar otot yang kejang menjadi lebih relaks. .

p/s: Nk bergotong royong kwasan tempat tingal jap ~

Ibu Pinjam RM10 , Nanti Dah Ambil RM100 kakak Ganti Balik

Share

Itu antara dialog si kakak semalam , semasa berjalan nak beli barang dapur , tujuan asal nak beli gas saja , tapi punya lah macam-macam barang yang di beli , sedar tak sedar RM150 habis di belanjakan di carefour sebelah , gas pun tak beli lagi , sambil pusing-pusing saya survey harga kasut , beg dan baju sekolah , pastikan dapat beli barang berkualiti dengan harga yang boleh tahan atau murah , itu biasa bagi saya. Anak-anak tak faham tahu nak itu ini saja , Semasa dikedai beriya-iya nak , balik rumah entah kemana-mana benda alah tu.

ambil duit bantuan rm100

Dah banyak kali kakak mintak pencil box yang canggih sikit , ada buka tutup dan bermagnet , sebelum ni jawapan saya , pakai dulu yang lama sampai rosak , dan 2 tahun kakak pakai pencil box tu , lama jugalah , mungkin dah bosan , saya tolak dan tolak permintaan kakak.

Sebelum tu hari rabu , sepupu kakak dah ambil duit bantuan RM100 tu kakak belum lagi , kakak kena ambil hari jumaat , kemain depa berdua merancang nak beli itu ini , dalam tengah ronda-ronda tu , kakak keluarkan ayat di atas.

” Ibu Pinjam 10 hengget , nanti dapat 100 tu kakak ganti balik , boleh tak ? nak beli pencil box “

Alahh kesian pulak kat anak-anak ni , wahaha .. terus cair .. naik balik tingkat atas , pergi beli pencil box , beli lah untuk una sekali memandangkan una nak ke tadika tahun depan. Bukanlah mahal sangat , cuma nak ajar diorang cermat jimat dan tak lah terlalu mudah memberi je. Hadiah kakak pun tak beli lagi , keputusan 4B 1A untuk tahun 1 pun ibu nak bagi hadiah , untuk galakkan kakak belajar lebih tekun , tapi bagi hadiah biasa – biasa cukuplah ..

dah ambil duit bantuan rm100

Tak guna pun duit kakak RM100 tu , nanti-nanti lah , kalau boleh tak nak guna , simpankan saja lah , Una dah puas hati sangat dapat pencil box , memana menyelit je dia ..

Bagus juga ada bantuan RM100 ni , untuk saya dapat syukur tak dapat pun tak mengapa , tapi saya ada kawan , yang anak nya ramai , setiap tahun nak buka sekolah dia akan minta pinjam duit dari saya untuk bayar yuran dan kelengkapan sekolah , lepas tu dia akan bayar secara ansuran , tapi tahun ni tak pinjam kot! , dan ada bantuan RM100 ni , memang dapat ringan kan beban orang seperti kawan saya tu.