OST Takdir Qismah | Video Pedoman by Nora

Sesekali dengar sedap pula OST Takdir Qismah yang di nyanyikan oleh Nora bertajuk Pedoman. Takdir Qismah adalah satu drama yang bersiaran setiap jam 4 petang di TV3 dalam slot azalea. Memang sedih kerana drama takdir qismah ini mencerita kan kehidupan seorang wanita yang tidak habis-habis menerima takdir malang. Para pelakon yang menjayakan drama ini ialah Lisadawati, Lana Nordin, Lynda Roslan, Aida Aris, Zul handy Black, Arash Mohamad, Adik Aqish, Alex Yanz dan ramai lagi,di dalam drama 24 epsiod ini terbitan MIG Production.

Sinopsis Takdir Qismah

ost takdir qismah

ost takdir qismah , video dan lirik , sinopsis takdir qismah

Qismah disahkan mengandung, ibu Qismah terkejut apabila mengetahui qismah mengandung dan meninggal dunia kerana diserang angin ahmar. Kekasih Qismah Amir entah ke mana menghilang, Qismah harungi penderitaan seorang diri. Anak yang dilahirkan dijaga oleh keluarga angkat.
Dia hidup daif dan putus asa, manakala di tempat kerja dia sering diganggu oleh penyelianya. Setelah beberapa lama Qismah memulakan hidup baru dan bekerja di rumah keluarga Tuan Rashid dan Puan Ella.

Di rumah Puan Ella Qismah menjaga anak Puan ella yang sebaya dengan anaknya dulu. Semakin hari semakin dia sayang Anis dan akhirnya Qismah percaya Anis adalah anak kandungnya kerana terdapat tanda lahir di badan Anis menyerupai tanda di badan anaknya.

Video Pedoman Ost Takdir Qismah – Nora Feat Vou 

Lirik Pedoman

Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Oooooooooooo……

Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

P/S : Bila tulis tentang cerita sedih-sedih di dalam drama ni teringat pula kisah realiti yang terjadi di dunia luar. Bersimpati dengan keadaan pesakit Alia Haryanie Ibu tunggal anak 3  yang kini telantar tidak berdaya , sudahlah di serang penyakit yang memerlukan kewangan yang tinggi , Alia Haryati juga di ceraikan oleh suaminya dengan talak 3 , hanya kerana tidak sanggup menjaga Alia Haryati ketika sakit.

Baca selanjutnya — >> http://aliaharyanie.blogspot.com/2010/06/suami-enggan-kongsi-derita-oleh-siti.html

Di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini , sama-samalah kita menghulurkan bantuan kepada ibu yang tidak berdaya ini. Sekarang hari beliau , entah esok hari kita pula. Ini lah takdir ….

ibu tunggal perlukan bantuan

Maybank Acc No :164034266923 
RHB Acc No : 16213900067447

Nama : Haryani Binti Mat Hussin

Comments

  1. sama2 membantu blogger haryani..

  2. Ibu Mifzal Arsyad :

    sedinya baca kisah haryanie ni..besar ujian dia…insya Allah sama2 kita bantu yang termampu.

  3. mcm best ja citer nih

  4. lagu nora ni bukan saja sodap, liriknya pun terbaiklah.
    kita sama2 bantu dan doakan yg terbaik untuk saudara kita, alia haryani.

  5. boni kacak :

    wah.. Lana nordin ada berlakon tu…

  6. kalau cerita bersiri ni akak selalu lupa nak mengikuti

  7. cerita ini mesti tonton….pedoman untuk diri sendiri dan semua orang…

  8. tak dan nak tengok cerita nih, busy. kisah kak alia, mmg tau tp kejamnya suami dia, time sihat ditatang, time sakit dicampak. hope akak tuh kuat.

  9. kesian die..semoga Allah rahmati die..btw citer takdir kismah blom tgk lg..heheh dk asrama kn ssh…

Speak Your Mind

*