Nov
2011

Ops ‘terr’sendawa CARA HINDARI SENDAWA

Siapa sini selalu sendawa ? saya ada lah jugak kadang-kadang tu kalau lewat makan , perut kosong masuk angin mesti sedawa punya , berderet-deret sendawa keluar, pernah tak sendawa ? Di dalam dunia perubatan , sendawa dikenali dgn istilah aerophagia. meski ia bukan di kategori sebagai penyakit ,sendawa boleh membuat anda berasa tidak selesa dan malu. Jadi,cuba ketahui mengapa anda sendawa dan bagaimana cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan sendawa anda.

kucing sendawa

kelakar

Punca Sendawa

DIET
Sendawa biasanya disebabkan oleh anda telah terlebih mengambil makanan yang mengandungi gas seperti mimuman bergas,buah-buahan mentah,jus buah seperti epal dan lain-lain lagi. Jadi perkara pertama yang boleh anda lakukan adalah dengan memerhatikan pola diet anda selama beberapa hari untuk mengenali jenis-jenis makanan yang boleh membuatkan anda besendawa.

KEMASUKAN UDARA
Menelan terlalu banyak udara melalui mulut juga boleh menyebabkan anda sering sendawa.Udara biasanya masuk melalui pelbagai cara seperti ketika merokok, mengunyah gula-gula getah, atau makan terlalu cepat.

MINUM SUSU SEJUK KETIKA PERUT KOSONG.
Cara ini amat berguna jika pembentukan gas disebabkan terlebih atau akibat pengambilan ubat-ubatan. biasanya,sendawa boleh juga disebabkan oleh intoleransi laktosa (gangguan pencernaan akibat minum susu atau produk susu). Disebabkan itu, sebaik-baiknya perhatikan reaksi tubuh anda setelah minum susu agar anda boleh tentukan pengambilan seterusnya berdasarkan reaksi tubuh.

Punca sendawa

ELAK SENDAWA
Hindari berbaring selepas makan.
cuba berjalan sebentar atau duduk dengan posisi mendekati belutuj selama 10 minit cara ini membantu tubuh mencerna makanan dgn lebih baik. selain itu,pastikan anda mengunyah makanan perlahan-lahan agar udara tidak masuk terlalu banyak ke dalam tubuh.

cuba lakukan aktiviti olahraga yg sederhana kerana ia dapat membantu mengeluarkan udara dari perut. Berbaring dalam posisi terlentang,kemudian angkat dan tekankan lutut ke dada. Ulangi latihan ini sebanyak 10 kali. Cara ini dapat membuat anda berasa lebih baik dan memungkinkan udara keluar dari perut anda.

duduk tegak setelah makan akan memaksa udara naik ke bahagian atas sehingga mudah ia dikeluarkan dengan bersendawa. Sebaliknya,posisi berbaring akan menahan udara di dalam perut dan membuatkan anda berasa tidak selesa.

Adab Seorang Muslim : Berusaha tidak bersendawa, menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau makanan yang membanyakkannya. Dan jika tidak dapat dihindari, bersendawalah dengan suara yang ringan, kemudian bacalah istighfar sesudah sendawa.

Search

47 thoughts on “Ops ‘terr’sendawa CARA HINDARI SENDAWA

  1. Pingback: Cara elakkan bayi kembung perut | Puanbee.com | Diari Ibunda

  2. hukk.. nis ni kureng sikit sendawa.. even ketika diurut dgn kuat pun..jarang sendawa..akk urut tu kate,bdn x byka angin.. bagus le tu kot ek ? heheh… tp kena jage le jugak jgn dok mkn bende berangin sgt… nis ni kuat mnum air sejuk sebenornye… air panas ni kalau bncuh kopi,teh,milo jer … :p
    Ummi Hanie recently posted..Keputusan UPSR 2012My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge