OPS CINTA DIN SARDIN KISAH CINTA ANGGOTA JPJ

Spread the love

Sebelum drama bersiri Ops Din Sardin ni di tayangkan sebenarnya ia dari kesinambungan Telefilem Din Sardin. Mengisahkan seorang mat rempit yang di gelar din sardin. Din sardin tu dia dapat nama sempena dia pernah bekerja di kilang sardin.

Lepas tu berkenalan dengan seorang anggota JPJ yang cantik.  Dan sekarang ia di jadikan drama bersiri pula & sedang di tayangkan di TV3 untuk slot Kelakarama TV9. Dah mula di tayangkan sejak 11 Ogos lepas.

Tajuk : Ops Cinta Din Sardin

Mula Tayangan : 11 Ogos 2017

Masa : Setiap Selasa-Ahad, 8.30 malam

Siaran : Slot Kelakarama TV9

Terbitan : Mache AllStar United Sdn Bhd

Jumlah Episod: 20

Sinopsis drama ini adalah  Mengisahkan seorang pemuda bernama Din Sardin yang sudah bosan bekerja di kilang memproses ikan sardin. Kerana jemu dia nekad untuk berhenti kerja. Baginya dia perlu mengubah nasib diri jika mahu berjaya dan dalam masa yang sama bercita-cita mahu mencari calon isteri yang mampu membawanya berjaya dalam hidup.


Dalam perjalanan mengejar cita-cita, dia berhadapan dengan seribu satu dugaan. Namun nasibnya berubah apabila dia diterima masuk sebagai salah seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Selepas itu, hidup Din mula berubah dan semangatnya kembali mekar untuk mendapatkan cinta Che Ta.

Din Sardin menjadi anggota JPJ dan bercinta dengan Su sejak sama-sama dalam latihan. Kebetulan pula Che Ta bertugas menjadi jurulatih di pusat latihan itu, menemukannya dengan Din Sardin. Percintan Din Sardin dan Su Berakhir. Din dipindahkan ke Putrajaya, dan diserapkan satu unit dengan Che Ta yang menjadi ketuanya. Din berusaha mendapatkan cinta Che Ta. Su kemudian dipindahkan juga ke Putrajaya. Su ingin kembali kepada Din, tetapi Din menolak kerana Din mengejar cinta Che Ta. Su kecewa. Che Ta pula menolak cinta Din Sardin. Din Sardin pula yang kecewa. Dia mahu kembali kepada Su, tetapi Su sudah ada teman lelaki baru. Din Sardin kecewa. Hinggalah dia berubah menjadi anggota JPJ yang paling cemerlang dan dia berjaya menambat hati Che Ta semula.

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ni adalah ; Izzue Islam, Mira Filzah, Sasqia Dahuri, Delimawati, Kazaruddin Saisi, Bell Ngasri, Niena Baharun, Syazuwan Hassan, Taufiq Hanafi, Jaja Iliyes, Azhan Rani, Anne Ariffin, Amir Rajalawak, Iswan Ismail, Putra Amaris, Ucop Cecupak, Fetty Dzul, Din Glamour, Ariff Aziz, Afzan A Rahman 

Jadi pada peminat pelakon hensem Izzue Islam & pelakon comel Mira Filzah jangan lupa follow drama ni ok!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *