Oh ye ! Kesimpulan review P1 MX230

Spread the love

Hai .. kembali lagi dengan entri review , jadi apa kesimpulan dan kata putus saya setelah cuba guna produk P1 ini selama sebulan ? Begini .. semua internet di Malaysia ni tak pernah ada yang stabil. Siapa setuju ? Wifi bergerak , line di rumah , broadband semua ada keburukan dan kelebihan masing-masing. Jadi saya senarai kan  kelebihan dan kekurangan P1 ini. Terpulang kepada anda untuk menentukan sama ada anda perlukan P1 atau tidak.

Eh sebelum tu , kalau anda belum kenal apa itu P1 marilah berkenalan dengan P1 dahulu. Saya pernah tulis info tentang 2 produk P1 di blog ini. Sila klik P1 MiFi : Senang guna P1MX230 dan Aku dan MF230 (P1 4G MiFi Modem) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ke dua-dua produk P1 Mifi MF230 dan P1 Mifi MX230.  Beza untuk kedua produk hanylah harga , saiz dan juga , limitasi pengguna (berapa device dalam satu-satu masa ) , jangka hayat bateri. Itu sahaja…

cara semak coverage p1

Sebelum anda membuat keputusan untuk melanggan PASTIKAN anda semak liputan internet oleh P1 di kawasan anda dulu. Takut nanti susah kan diri pergi ke outlet dan tak ada coverage di kawasan anda.

Untuk semak liputan di tempat tinggal anda.

  1. Sila ke http://www.p1.com.my/wimax/coverage_ref.aspx
  2. Masukkan alamat  tempat tinggal anda.
  3. Kalau ada , sila ke outlet berdekatan untuk melanggan.

Berbalik kepada kelebihan dan kekurangan P1MX230 ini tadi.

Kelebihan P1MX230

  1. Senang di gunakan dan di bawa kemana sahaja kerana saiz yang kecil. 
  2. Mudah untuk mendaftar , tidak perlu pemasangan lebih detail. Jika anda seorang yang tinggal di satu-satu kawasan dalam jangkamasa pendek. Hanya perlu daftar dengan ejen-ejen yang di sediakan di kebanyakkan outlet berdekatan anda. Dalam pasaraya pun ada.

Kekurangan P1MX230

  1. Tidak semua kawasan mempunyai liputan P1MX230 , jadi mudah di bawa tak semestinya mudah di gunakan. Ada kawasan yang langsung tidak ada liputan internet. Saya dah cuba di banyak kawasan. Contohnya Kajang + Bangi = Tiada liputan internet dan Kuala Lumpur + Ampang  + Bukit Jalil , Pandan = Ada liputan internet. Kira nya tak semua tempat ada liputan internet , jadi anda sangat-sangat perlu semak liputan di kawasan anda dulu dan bersedia untuk kecewa ketika anda berjalan2 dengan P1 ini. Jika anda seorang pengguna internet tegar macam saya . Perlu ada backup lain .. contoh nya boardband sementara di telefon/tab anda.
  2. Kadang-kadang saya keluar rumah melebih 6 jam dan bateri habis … susah nak cari tempat untuk cas semula. Dan ianya agak leceh hendak membawa pelbagai pengecas dlm satu-satu masa.

review p1 mx230

Tetapi mudah jika anda ingin menggunakan tab / laptop dalam satu-satu masa. Tengok gambar di atas . Tab saya tidak ada broadband sbb rosak , tetapi masih boleh gunakan line wifi dari P1 MX230 itu adalah kelebihan nya . Tidak perlukan perlatan untuk menyambung bagi mendapatkan liputan internet , terus saja aktifkan wifi di gadget anda. Suami saya suka P1 , dia bawa hari-hari ke tempat kerja , lagi pun tempat kerja nya di tengah-tengah Kuala Lumpur memang ada liputan P1 😛

Ok tepuk dada tanya selera. Terus terang saya tulis dalam review ni , kang saya puji melebih-lebih korang pergi langgan nampak mcm saya menipu pulak kan ..

Cara bayaran P1 

Bayaran untuk bil  boleh di buat melalui online banking , autopay atau outlet terdekat dengan kawasan anda. 🙂

Untuk info terkini mengenai P1 MX230 sila ke –>  http://www.p1.com.my/

29 thoughts on “Oh ye ! Kesimpulan review P1 MX230”

  1. tengah try lah ni P1 4G ……….sejak 20/12/2013 smpai hari ni Feb 2014…….macam ok jugak lah ….kat belah Putrajaya nih biasa lah nama je bandar tetapi kenkadang tuh rasa macam dlam hutan …..

  2. Bila la P1 nk ada kat rumah ni..stress dah ni broadband asyik down jer..tak pasal-pasal ranking alexa pondok kecil melambung tinggi..stress sungguh..

  3. kat rumah saya gunakan streamyx.

    lepas tu saya ada YES broadband yg dapat setahun percuma sebab beli Proton Preve.

    backup..saya ada Digi Smart Plan Prepaid kalau streamyx dan Yes tiada.

    Postpaid Maxis yg saya guna juga kasi 250mb.
    3-4 hari pakai dah habis.

    tp saya syukur sangat2.

  4. LamanResepi

    Belum pernah cuba, masti stick dgn strxxxx, teringin juga nak pilih mana yg lebih pantas

  5. pernah guna p1 yang pakej paling murah iaitu RM48, 3 tahun lepas.. agak slow, saya rekomen upgrade pakej yang lebih besar.. coverage biasalah pendalaman agak susah nak akses.. celcom masih terbaik untuk kawasan ni

  6. Setuju ngn Pn Bee. Pastikan kita tau keperluan kita. Kalau nak power2, silalah langgan unifi

    Kalau nk yg boleh angkut sana sini, yg puan bee review ni boleh jadi pilihan.

    Ambe masih setia ngn p1 wimax yg lama… =)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *