Oh … Hari ke 12 tiada air

Semakin hari semakin longlai badan ni , letih dan lenguh sangat-sangat. Mungkin bukan saya seorang yang terasa derita lenguh badan macam saya buat masa ini. Tak boleh nak pentingkan diri sampai kata diri sendiri saja makhluk yang susah di sebabkan ke tiadaan air di kawasan tempat tinggal saya. Saya tulis bukan nak minta simpati sesiapa atau rugutan , sekadar coretan , kenangan dan supaya pihak berwajib buka mata. Nak kata tak ada air di empangan tipu la .. ni ada Gambar Empangan Sungai Selangor Terkini – Beza Bulan Oktober 2012 Dan Januari 2013

Kalau setakat komen

  • Mandila di R&R
  • Beli lah air mineral banyak-banyak
  • Habis nak buat macam mana
  • Tak baik merungut , palestin lagi teruk

dan lain-lain lupakan je la ..

Saya nak cakap , baik tak payah komen , buat sakit hati jek .. Saya tegaskan bukan saya tulis untuk dapatkan komen sebegitu rupa, Saya tulis untuk di jadikan kenangan , simpanan saya sendiri dan tindakan pihak terlibat.

Saya tahu lah , nak tak nak terpaksa juga hadapi krisis air ni , dah itu tempat tinggal kita .. saya tahu saya perlu berkorban demi untuk keselesaan anak-anak , mengakut air setiap hari agar anak dapat mandi pergi sekolah. Agar saya dapat buat susu untuk anak dan agar anak saya boleh di cebokkan apabila dia berak.

Saya tahu .. saya tak merungut ..

Saya cuma berharapkan doa dari semua pihak , supaya krisis air ini tidak berlanjutan walau apa pun penyebab krisis ini berlaku , sama ada sebab politik mahupun kerosakkan yang tidak di jangka. Saya tak tahu sebabnya .. tapi ALLAH tahu .. dan di harapkan perkara ini dapat di siapkan secepat mungkin.

Saya perlukan sesiapa yang membaca mungkin dari pihak syabas atau puspel , atau MPAJ agar dapat panjangkan cerita ini. Dengar cerita sampai tahun baru cina akan ada krisis air yek ?

Yaaaa ampun ….  boleh tak beri cuti untuk budak2 sekolah ? kalau lama sangat macam tu … huhu ~ selagi sekolah tak beri cuti saya kena hantar anak pergi sekolah juga , tak nak dia ketinggalan pelajaran , nak-nak pula awal tahun cikgu-cikgu pun bersemangat nak mengajar ni. Haishhh~

Bukan kah negara kita negara yang mengamalkan budaya #janjiditepati #rakyatdidahulukan , jadi para HERO MALAYSIA boleh turun padang dan bertindak pada waktu ini. Bukan sekadar mention di twitter atau update di facebook masing-masing , buat itu ini untuk kepentingan rakyat. Sedangkan rakyat tak berapa perlu benda tu. Apa yang di perlukan sangat-sangat ni harus di ambil berat.

Saya pelik juga .. setelah hampir 10 hari air tak ada di kawasan saya , setelah saya sms , call , mention di twitter , email dan komen di facebook baru muncul lori air dari #syabas #MPAJ dan juga wakil rakyat. Sebelum tu tak ada langsung. Sehinggakan saya terpaksa angkut air dari rumah kakak saya yang tinggal 30 minit jaraknya dari rumah saya. Yang paling best … selang beberapa jam jek lori air datang .. Jam 10 malam datang satu lori dari syabas , kemudian jam 1.00 pagi datang dari MPAJ , esok pagi datang pula wakil rakyat. Syukur ada juga yang ” teringat ” kat flat buruk tu ye .. walaupun selepas 10 hari .. kemain ko .. halimunan kot flat tu ..

Setelah beberapa kali angkut air  naik turun tingkat 4 , saya surender dah .. badan lenguh macam tak dapat berjalan lagi. Angkat air lebih dari pada 20kg dan naik tangga 4 tingkat , cuba bayangkan ..bukan nak merungut ke hape .. cuma … harap sangat syabas cecepat lah selesaikan masaalah air ni. Suami saya yang balik berkerja lewat2 malam pun sama angkut air , bila nak tidur pakat2 sakit badan , urut-urut pun dah tak jadi romantik , sakit sangat ..

Tapi tak sanggup juga biar anak pergi sekolah tak mandi … kalau anak saya belum sekolah dah lama saya bungkus beg balik kampung. Jika saya tinggal di rumah kakak bukan tak boleh . Jarak nya lebih kurang 30 minit aje .. jem nya lebih kurang 1 jam 30 minit. kesian la pulak kat anak2 kena bangun awal sangat ..

Saya hendak sangat tengok semua HERO-HERO MALAYSIA turun padang pada waktu ini. Saya nak sangat tengok update live dari media tentang situasi ini. Saya teringin sangat tengok media memainkan peranan mengupdate berita , gambar dan tempat kerosakan ini setiap masa . Kerana kami yang terlibat di dalam situasi ini sangat-sangat berharap air muncul semula di kepala paip rumah kami.

Waktu ni kalau keluar berita rebate RM1000 untuk smartphone pun tak dan nak layan dah. Malam ni saya letih sampai tak boleh tidur , ini yang merepek meraban kat blog ni. Nanti upload gambar , malas nak capai apa2 wayar dah .. gerak pun tak daya.

P/S : Saya minta maaf .. kepada semua pembeli produk saya , semua sms tak di layan. Ada juga yang telah saya ambil bayaran namun saya tak sempat nak uruskan. Minta maaf juga kepada seseorang yang telah saya berjanji untuk berjumpa , serius saya tak larat nak memandu jauh lagi , hanya mampu uruskan anak-anak dan diri sendiri jek , tu pun susah benar nak melangkah. Minta maaf juga kepada 2 pemenang segmen , saya belum sempat ke bank bsn dan cimb untuk masukkan duit , kalau maybank tu senang saya boleh gunakan mayban2u jek .. Maaf ye … tak daya lagi.

Related :

  1. Penjelasan SYABAS berkenaan isu tak ada air di kawasan Wilayah Kuala Lumpur , Selangor dan Gombak
  2. Setelah 9 hari

33 thoughts on “Oh … Hari ke 12 tiada air”

  1. Pingback: Berapa harga sangkar kucing anda ? | ~ Ini lah FaMiLi @ Puanbee.com ~

  2. Pingback: Rezeki itu bukan milikku | Puanbee.com | Diari Ibunda

  3. Harapnya cepatlah diperbaiki…mana2 pihak berwajib, YB yg petah berkata2, inilah saat dan ketikanya utk melunaskan janji dan amanah masing2….

  4. lensablogger

    baru sat ni call kekanda kat selayang, tak ada masalah katanya… air mencurah2, tak tahu le di sebelah lain, dia ucapkan syabas, pada syabas…hehe. kalau nak tumpang mandi boleh le kot…

  5. Air bekalan asas. Kalau keputusan air memang susah lagi-lagi kalau tinggal di kayangan. Teringatkan kisah ibu saya ketika kecil mengambil air diperigi. Betul-betul menguji fizikal dan mental.

    Apa pun kita doakan agar loji merawat air dapat berjalan seperti biasa.

    1. harap2 loji cepat pulih , lain takde dah .. dulu sy kecik2 pun pernah mandi perigi n sungai , tapi zaman slrg dah lain .. rumah tinggi atas kayangan .. tanah sewa kalau tingg di kpg elok la ikhtiar korek pergiri utk waktu2 kecemasan

  6. bertabahlah wahai hati… mmg sakit xde air!! itu keperluan sgt asas… huhuhu… meh jemput kerumah suri bee…

    eh… tetiba rasa nak like komen kujie tuh… xde button like yek… heheheh…

  7. kesian kawanku ini…

    dah macam status darurat je kalau negara yg dikatakan maju tapi bermasalah dalam benda ASAS ! tatau apa nak kata dah… moga ‘mentari dan pelangi’ akan muncul selepas ini…

  8. Sorry to hear that Bee… Orang kata biar takder letrik
    jgn takder air.. Tension anak2 nak ke sekolah susah..

    InsyaAllah Bee.. akan ada penyelesaiannya dlm masa terdekat

  9. He…23x

    Gelak dulu… Ok dah habis gelak, saya memang tak suka dengan komen-komen macam itu.

    Dorang tak rasa apa yang kita rasa.

    Ada berbau politik tentang isu sebegini. Tapi bro xminat nak amik tahu, kita sebagai rakyat perlu tau apa puncanya.

    10 hari?

    2 hari tiada air, LAP (lembaga air perak) bro serang untuk dapatkan kepastian (masa duduk perak)

    Jika ada paip pecah sure kami semua tahu, if air sungai cetek, pasti kami semua juga tau.

    Kita tiada air, belah timur terlebih air.

  10. tu la..saya pun dok tunggu2 jugak ni tak de ke yang nak bertindak lebih jauh..berkumpul dan serbu pejabat syabas ke..desak pihak2 yang terlibat ni..ini satu penganiayaan pada rakyat..

  11. YA Allah kesiannya…kenapa mereka masih lagi menggunakan sistem lori air sahaja? Kat luar negara die org baut sistem paip tuk salurkan kepada banggunan2 yg tinggi bagi memudahkan utk pengambilan air…kalau org yg duduk tingkat 5-10 keatas..apalah derita yg mereka akan timpa pula..hurm…

    1. pernah ada pengalamn angkut air ke tingkat 15 dgn lif tak berfungsi selama seminggu… memang letih… guna alternatif pasang paip sendiri, tp air xnak naik maybe sbb tinggi sgt kot…

  12. Kesiannya…air ni memang keperluan asas, tak boleh takde walau setengah hari. Hairan juga, dalam duk musim tengkujuh ni boleh pulak takde air.
    Ya Allah segerakanlah pertolonganMu buat mereka yg menderita ini. Sabar ye puanbee…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *