Terima kasih di ucapkan kepada pihak Nokia Malaysia kerana memberi peluang kepada blogger mak – mak ini mencuba sendiri Nokia Lumia 925 merupakan telefon pintar yang menggunakan Sistem Window 8 sebagai Sistem Operasi nya.
Window 8 yang sudah tersedia terpasang di dalam telefon pintar ini begitu lancar beroperasi kerana kuasa memproses processor Dual core Qualcomm Snapdragon S4 dengan clock 1.5GHz yang menjadi punca kuasa utama telefon pintar ini. Buat pengetahuan semua kapasiti bateri adalah sebanyak 2000mAh , dan ianya lebih dari mecukupi.
Dengan paparan AMOLED 4.5 inci yang diberi nafas baru dengan sistem PureMotion, bersenjatakan pula dengan sebuah kamera belakang 8.7 MP yang menggunakan lens Carl Zeiss, Lumia kali ini bukan calang-calang Lumia. Ini Nokia Lumia 925.
Ketebalannya hanya 8.5 mm , nipis dan ringan … al-maklumlah puanbee biasa guna tab yang besar lagi berat dan ini memberi satu kelainan dari segi rasa.
Melihat pada design asas diperbuat daripada aluminium di keliling tepi telefon pintar tersebut. Di belakang pula, diperbuat dari bahan polycarbonate dengan kemasan yang terasa seperti getah membuatkan perasaan premium pada telefon pintar tersebut.
Skrin pula diperbuat daripada Gorilla Glass 2 dikatakan mampu menahan pelbagai keadaan lasak dan mengelakkan calar.
Apa yang menarik dengan Nokia Luma 925
Live Tiles
Paparan muka depan menggunakan fungsi Live Tiles , korang boleh pilih aplikasi kesukaan dan letak di paparan depan. Korang boleh lakukan dengan mudah.
Hanya perlu klik beberapa minit di atas file / aplikasi / fungsi kegemaran dan pilih pin to start.
Mudahnya menggunakan Window 8.
Jika korang pengguna window 8 di laptop , ianya lebih mudah untuk sync semua data dari telefon pintar anda ke laptop. Hanya masukkan email untuk set up semua fungsi sedia ada . Pilih sign in atau creat one untuk pengguna baru. Ops tapi sebelum itu pastikan korang memasukkan wifi ke telefon lumia korang untuk memudahkan upload download applikasi microsof.
Masukkan wifi
Pilih setting > wifi > on > search.
Masukkan email
Pilih setting > email + accounts > pilih add an account
disini korang boleh masukkan semua password mengikut fungsi applikasi itu sendiri. Contoh Twitter , LinkedIn , Facebook , Google , Nokia mail , Hotmail , Outlook. Mudah kan ? Setelah semua data di masukkan , semua akaun korang akan aktif seperti biasa.
Contoh saya menggunakan window 8 di laptop , dengan hanya memasukkan email yang sama , saya boleh terus berkongsi gambar dan data lain dengan laptop melalui sky drive tanpa perlu memasukkan kabel USB di Lumia untuk pemindahan data. Mudah 🙂
Nokia Smart Cam & Camera
Feature utama telefon pintar ini, Kamera 8.7 Mega pixel yang dilengkapi lens oleh Carl Zeiss juga turut mengunakan sistem PureView sangat menakjubkan. Fotografi malam lebih mudah dilakukan dengan adanya sistem memproses foto yang lebih baik yang terdapat dalam Lumia 925 ini.
Di antara kelebihan eksklusif Nokia Lumia 925 adalah Nokia Smart Cam dan Camera nya sendiri. Saya enjoy menggunakan ke dua-dua jenis kamera yang terbina di dalam Sistem Operasi ini. Buat sesiapa yang meminati fotgrafi , telefon ini untuk korang.
Nokia Smart Cam
Motion Focos
Menyediakan efek Best Shot , Action Shot , Motion Focos ,Change Faces dan Remove Moving Objects dengan hanya sekali klik. Kemudian korang boleh pilih gambar terbaik yang korang hendak atau simpan kesemuanya sekali.
Oh yeayhh suka sangat dengan fungsi ini. Antara efek yang sempat saya guna terdapat di dalam entri ini > http://puanbee.com/jalan-jalan-dengan-smartphone-lebih-mudah-kan/ ia .. dan ianya bukan rahsia lagi. Seronok sungguh menggunakan aplikasi kamera ini.
Untuk tatapan lebih nyata . Cakap banyak pun tak guna .. mari tengok video. Ini bukan propa.
Applikasi ini adalah aplikasi kamera biasa namun hasil yang korang akan dapat adalah luar biasa. Serius … applikasi Camera di gunakan untuk mengambil gambar di waktu malam atau gambar dengan kurang pencahayaan atau di panggil low light setting. Gambar cantik sangat-sangat tau.
Gambar malam tanpa edit. Amacam ?
Low Light Setting
Kids Corner
Nokia Lumia 925 juga mempunyai satu tetapan untuk kanak-kanak iaitu Kids Corner. Ianya sangat bagus saya kira. Seringkali telefon pintar saya di gunakan oleh anak-anak untuk mendownload applikasi bukan-bukan. Berbayar pun ada. Anak sekarang bijak. Jadi dengan adanya Kids Corner korang boleh setting apa yang boleh di klik oleh anak-anak atau tidak. Boleh setting applikasi untuk anak-anak , muzik dan sebagai nya , hanya untuk kanak-kanak.
Tetapan ini mudah … korang hanya perlu pergi
Setting > masukkan semua games untuk anak-anak , music , videos dan apps kemudian klik next > dan set password.
Apabila anak anda meggunakan telefon anda , anak yang boleh mengakses apa yang telah di tetapkan , untuk mengakses file lain , anak perlu memasukkan password.
Jadi tidaklah kejam sangat .. hahahaha
Nokia Lumia 925 menggunakan fungsi search dari Bing Search dan antara yang menarik adalah aplikasi HERE.Map dengan aplikasi ini korang boleh gunakan secara online dan offline juga.
Applikasi Intagram Untuk Window 8.
Aii gambar dah cantik tak kan nak simpan je kot. Gambar yang cantik haruslah di kongsi untuk tatapan semua. Jadi Nokia menyediakan satu applikasi instagram untuk pengguna telefon window 8 . Applikasi tersebut di beri nama 6tag. Anda boleh download di Store secara percuma .
Untuk download pilih Store > apps > photos > search 6tag > install.
Banyak lagi kelebihan Nokia Lumia 925 ini , saya hanya kongsikan separuh yang menarik di atas. Korang perlu merasai sendiri bagaimana hebat nya Sistem Operasi Window 8 ini sendiri. Untuk saya …. walaupun pernah menggunakan Android , IOS dan sekarang Window 8 .. semuanya saya enjoy dan kelebihan yang ada pada Nokia Lumia 925 tidak terdapat di dalam telefon pintar lain . Pengguna Nokia seharusnya gembira dengan perubahan ini. Saya nak satuuuuuuuuuuuuuu Nokia Lumia 925 .. boleh ? comfirm tak perlu bawa DSLR lagi untuk mendapatkan gambar hebat dan ianya kecil … enjoy ambil gambar.
Tak puas lagi ? layari website nokia untuk info tentang produk.
http://www.nokia.com/my-en/products/phone/lumia925/
Harga Lumia 925 : RM1599 🙂
Warna : Hitam , Putih & Silver
Harga berbaloi dan praktikal. apps pun dah bnyk skang. memang x rugi la kalo beli telefon pintar windows 8
terkial-kial kalau nak guna handphone nie,,,,window 8 memang advance….
terasa nak terai la….hehe
tak pernah lagi merasa lumia ni
Kalau dapat nie memang tiada tandingan… Lumia ternyata kekuatannya pada kamera 🙂
gambar cantik… zie kalau nak beli hp mmg akan cari yg boleh ambik gambar lawa2…. selain boleh call n sms….
k sya tak kisah bab ambil gambar…sbb tk suka sgt ambil gambar….biasa anak2 je yg snap sana sini….kamera digital pun hilang ntah kemana….hehehe
Fungsi yang tersedia untuk fotografi tu macam best je..
Salam,
Gambar cantik, kalau macam ni dah tak perlu usung DSLR lagi dah 😀
betul , part ni yg saya suka sgt … ok nak lg senang bagi ke encik bos , biar dia jd jurukamera mak ada anak 4 tk larat nak handle hahahaa
mmg sgt sesuai utk blogger macam puan bee & puan yan…. 😉
Keren juga ya fiture2 yang ada dalam Nokia Lumia nie, jadi pengen beli juga…
Terima kasih tas ulasannya Puan 🙂
sama2 … beli la satu .. 🙂
Nokia Lumia ni menarik, teringin juga nak pakai, kawan kata laju dan x lag
yup laju .. lancar je …
agak menarik juga lumia ni ya…dah lama tak main nokia ni..
saya masih guna nokia 🙂
sebut window 8 sudah terbayang kepada saya bahawa telefon pintar nokia bakal menyaingi pesaing terdekatnya selepas ini..
macam tersuka nokia lumia ni .. dengar cerita ada lagi baru .. wah syok kalau dpt review lg ..
mungkinkah Nokia akan kembali ke zaman kegemilangannya dulu
mungkin .. dah pasti .. perlahan2 nokia semakin update
lawanya camera dia..tergugat lak bila tengok..huhu..cek kantung jap.. =P
boleh2 kerja keras sikit ..
aritu try godek2 nokia kakak punye… edisi yg sebelum lumia ni kot.. tp tak reti… hehe
kalau jd hak kita reti je nis ngeeee
semakin murah rezeki dengan SP nokia ni…tahniah..
SP ? siapa itu sp ?
gambar mmg terbaik… cantik sharp je
setuju 🙂
tahniah pbee dapat peluang pakai dan review lumia925 ni. gambar kepala lori tu dari lumia rupanya. kot ada rezeki terus jadi hak milik kekal pbee…heeee
inyallah . ye gambar lori tu dr lumia , tk edit just guna applikasi sedia ada .. bestnyaaaa huwaaa
Hasil gambarnya mantap hampir menyamai kualiti kamera DSLR.
yep betul …
wah…sponsored post lagi eh Puan Bee…tahniah..