Nasib baik dah pindah

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Assalamualaikum dan hai.
Sesungguhnya semua yang terjadi pada tahun 2016 ada hikmah nya. Hikmahnya boleh nampak sekarang. Ada banyak pengajaran yang saya dapat sepanjang di beri dugaan susah dan senang. Syukur ke hadrat ilahi kerana memberi ujian dan dugaan kepada diriku ini.

Tahun 2016 masa berlalu sangat pantas. Hidup di fokoskan mencari duit , suami isteri cari duit. TAPI duit entah kemana. Saya surirumah buat partime macam2. Duit habis ke minyak kereta. Pelajaran anak pun tak sebanyak duit minyak kereta. 2016 Kereta rosak berbulan sebulan anggaran kos baiki menceceah ribu. Ye lah hari-hari guna ambik dan hantar anak ke sekolah termasuk anak orang seramai 5 orang. Kos banyak. Memang dapat duit bulan – bulan macam lega tapi kos maintanence tu lagi banyak dari untungnya. Dengan minyak boleh kata seminggu rm300 uols..

Hujung tahun 2016 , tuan rumah lelaki suruh keluar dia nak repair rumah katanya. Rumah pun sewa je. Dalam duk cari rumah kawan offer sewa rumah dia. Kami pun terima memandangkan sekolah semua dekat. Kurang guna minyak .

Ini lah hikmah nya.Pindah rumah banyak saving termasuklah tak payah penat-penat ke hulu ke hilir dalam kereta lagi. Baik lah duduk ceruk dari duduk tengah bandar stress lama-lama boleh gila.

Banyak masa boleh di luangkan jaga anak-anak. Maaf saya tak suka jaga budak atau pun masak. Itu bukan minat saya. Jadi saya belajar menjahit. Niat nak jahit baju sendiri dan keluarga supaya tiap kali raya nak tempah baju tak ada lah berkira-kira , kesian anak baru nak membesar teringin nak pakai baju cantik dan mahal harganya tapi ibu tak dapat tunaikan. Sekarang ni pun dah tak payah risau.

Minyak asyik naik je , kos makan naik , gaji tak naik kena potong lagi adalah .. Hanya mampu berserah. Semoga di beri kesihatan yang baik. Semoga Allah bantu untuk mencari nafkah dalam membesarkan anak-anak. Semoga kita semua merasa cukup dengan rezeki yang ada.

Entah kenapa nak tulis melalut ni. Saya tengah sakit belakang.

Author: puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini. Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

3 thoughts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *