Nak Jadi Princess

Bawa si laila pergi D.I.Y , bukan main meriah disitu .. una n laila hari lahir diorang jatuh bulan 5 dan 6 , siap buat permintaan , hari jadi una nanti nak pakai crown sambil potong kek .. haha amboi budak-budak ni ..

princess

Tanya laila besar nanti nak jadi apa ? dia jawab nak jadi princess , biasa lah kan .. budak perempuan , dulu-dulu ibu pun ada berangan nak jadi princess , tapi dah jadi princess dah sekali jer masa naik pelamin dulu ..

aneka barangan budak perempuan untuk sambut hari jadi

Barang aksesori budak perempuan punya banyak , ni kalau disuruh pilih , laila memang tak terpilih lah rasanya .. penuh bling bling semuanya ..cekak rambut , getah rambut , crown , tongkat sakti pun ada , eii macam-macam lah …

di D.I.Y

Nanti memang nak beli untuk hari jadi una , tapi biasalah budak-budak kejap je seronoknya , lepas tu humban tah kemana-mana ..Tapi ibu pun geram tengok benda-benda budak perempuan ni ..

Lokasi : D.I.Y Axis Atrium Ampang.

Please follow and like us:
200

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

26 Comments:

  1. mmg menggila ketempat aksesori begini msa zaman anak dara dulu.sekarang tidak lg..tunggu ada gegurl kot baru menggila balik.hehe..

  2. ahakss… kami pun hantu DIY … rambang mata kalo ke situ… paling tak tahan bile ummi budak2 pun dikata comey oleh pekerja di situ… :p

    eh aritu ada jnji kat si kakak nk hadiahkan mcm kostum2 tu tp sampai skrg xbeli2… adohaii…

  3. Ibu Mifzal Arsyad

    alahai..sy pun berkenan..comel2 belaka..aksesorinya..mujur blm ada anak pompuan..kalau x keje membeli je nnt..huhu

  4. princess laila comel

  5. Kalau tanya saya lelaki dan budak-budak lelaki mesti nak jadi polis/askar dan bomba. hehehe

  6. wahhh meriahnya tengok aksesori budak perempuan….seronok jer tengok tapi belum merasa sebab dua2 anak teruna…tunggu cucu lah kot…harap2 dapat lah cucu pompuan….aamiinn

  7. hihi..dulu2 selalu berangan nak jadi princess, pahtu nak kawin anak raja,hhaha..

  8. anak-anak memang suka jika kita hargai mereka..
    biarlah mereka jadi princess..

  9. laila nak jadi pinky princes ye.
    aksesori budak perempuan macam ni biasanya jadi barang mainan pakai buang je…hu hu. jarang sangat melekat/pakai lama2.

  10. memang kejap jer…lepaaas tuh tak ilang tak patah memang tak sah

  11. hmm..jgn kata anak2 nyer xcited..
    mak nye pun ley join samaa 😀

  12. Anak saya mahu sambutan macam princess yer. 🙂

  13. comelnya,,rambang mata pergi kedai budak-budak nih. serba pink nampaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *