Nak balik kampung ke tak nak ?

Share

Dilema sebenarnya untuk saya , nak balik kampung ke tak nak .. ye lah .. kena drive selama lebih kurang 4-5 jam sendiri , hanya bertemakan 4 orang anak syurga , tak dapat di bayangkan .. anak kecil ni , semua pun faham kan .. tak boleh lama – lama duduk dalam kereta , ada lah benda yang hendak di gaduhkan. Risaunya nak balik kampung drive sendiri tanpa ayah diorang.

Tapi ,

Last balik kampung bulan 3 rasanya , alahai dah rindu mak dan kampung halaman , lagi pun duduk di KL bukan ada apa sangat , habis tidak menghadap tv , dan facebook .. boring laa kalau tiap hari macam tu.Lain , jika anak-anak bersekolah , jadual memang padat , sampai tak sempat bernafas … sempat shopping online je sesikit. Kihkihkih ~

IMG_3604

Di atas gambar lama , saja je letak .. gambar tak sempat transfer ke laptop lagi .. apa yang di sibukkan sangat tak tahu la .. Syamim dah lain dah rupa dia sekarang …dah abang – abang sangat.

Kereta dah pun di cuci bersih , minyak hitam dan check , air viper dan air bateri dah pun di tambah , angin dah pun di pam cukup – cukup.

Tinggal lagi .. kemas beg .. isi minyak penuh – penuh .. topup kad touch n go … tunggu aliya balik dari camping …. dan jalan ..

Dalam di lema pun kali ni tekad habis la .. betul – betul nak balik kampung .. sebelum bulan ramadan menjengah .. balik lah kejap ..

Hati tengah tak tenteram , sekarang ni suami dah sampai ke surabaya .. tapi dia belum dapat turun untuk dapatkan kad telefon sana. Nak call selalu pun rasa macam membazir sangat .. berapa minit je dah habir rm25 , 1 sms rm2 .. nak buat roaming tak lepas – lepas .. sedih .. tak boleh sembang lama-lama dengan suami. Ada banyak sangat benda ┬ának mengadu .. hehe .. biasanya pasal anak-anak saja la ..

Tak ada apa pun .. hurm ..

Rindu + risau keadaan dia .. kena balik kampung .. jumpa mak .. mengadu sikit .. baru tenteram agaknya.

 

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

2 Comments:

  1. kena plan elok2 jika nak balik kampung dengan anak-anak. saya kalau naik flight sendirian dgn anak2 pun memang prepare lama jugak.. huhuh

  2. kalau bee confident boleh handle… balik je la bee… anak2 sbg mahram… peneman…

    tp klu nis entahle, tak biasa drive jauh2 dgn anak2 sndiri. syukur mak abah dtg pindah dekat (sejak mak sakit2 hari tu)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *