#MYTravelAdventure – Sehari di SAFARI PARK BUKIT GAMBANG

Hai semua. Cerita #MYTravelAdventure ini khas buat Traveloka , demi support contest mereka untuk blogger. Ampun terlewat agak sibuk. Gambar ni semua adalah hasil jalan-jalan dalam Malaysia pada tahun 2015. Tapi belum pernah di publish di blog. Saya pergi masa tu memang tak rancang. Jika korang semua jenis travel sesuka hati je boleh lah geng. Jam 11 malam macam tu suami cakap jom jalan. Kita pun terus pack baju masuk dalam kereta jalan.

#MYTravelAdventure kali ini kami pergi ke Gambang Waterpark dan Safari Park yang terletak di Bukit Gambang Kuantan Pahang. Kalau rajin nak tengok gambar boleh ke instagram tapi kena scroll ke belakang lah dalam 87weeks macam tu.

Safari Park Bukit Gambang adalah Safari Park Terbesar di Malaysia. Ia bertujuan untuk membawa anda bertemu dengan haiwan eksotik dari seluruh dunia secara tertutup . Terdapat lebih daripada 300 spesies haiwan, sebanyak 138 ekar hutan sekunder dan hanya 35km sebelum bandar Kuantan, Safari Park Bukit Gambang adalahZoo Safari Park yang terbesar di Malaysia.

Saya tak mahu cerita waterpark lagi , nak cerita pasal safari park. Sebab ini merupakan kali pertama saya ke sana. Waterpark dah pergi beberapa kali.

Semasa di menuju ke Gambang , memang tak sempat booking hotel pun. Kami terus menuju ke gambang dan cari hotel. Sehingga lah terjumpa hotel yang masih available biliknya iaitu Arabian Bay Resort , korang nak tahu maklumat tentang hotel ini boleh lah klik link Traveloka ini.

Maaf gambar tak ada sangat  , di instagram ada  satu ini  ( klik link ). Apa yang best nya tinggal di Arabian Bay Resort adalah , hotel ini seperti sebuah apartment , di dalam nya terdapat 2 bilik. Bilik master room di sertakan dengan bilik air. Bilik ke dua ada bilik air sendiri di luar. Ada ruang tamu dan ada pantry nya sendiri. Jika pergi berkeluarga dengan anak – anak kecil seperti saya dan inginkan privasi bersama pasangan tanpa anak tidur sekali boleh lah cuba menempah di Arabian Bay Resort. Harga sangat berbaloi.

Saya ambil pakej bilik dan waterpark + safari park. Termasuk makan  pagi dan malam. Weh .. makan malam tau. Makan pula sedap. Bukan macam hotel biasa. Berbaloi sangat lah.

Bergambar di pintu masuk Gambang Waterpark. Pintu masuk ke Safari Park sebelah nya sahaja.

Ada banyak gambar di hanphone saya , tapi handphone saya sudah arwah. Maaf .. ini yang tinggal gambar dari suami. Selamat sebab dah sync dengan laptop. Mari lah sama-sama melihat serpihan gambar yang tinggal.

Seronoknya pergi ke Safari Park adalah kerana dapat melihat haiwan yang boleh di katakan haiwan liar dan hidup di habitat asalnya. Mereka melepaskan haiwan di sini. Ada singa dan harimau yang hampir pupus juga.

Di Safari Park ada 2 bahagian , satu bahagian lagi haiwan jinak-jinak satu bahagian haiwan seprti singa dan harimau ni. Tapi penat sikit lah pergi dengan anak kecil macam syamim yang berumur 2 tahun pada ketika ini. Meragam.Mula-mula ya eksited.

Pelawat di bawa dengan menaiki trak , tertutup ya . Tingkap tak boleh buka. Takut kejadian tidak di ingini. Tapi jangan risau ada pegawai keselamatan dalam trak sekali dengan penumpang lain.

Anak-anak memang suka la dapat tengok haiwan liar secara dekat.

Ini sahaja pasangan singa. Tak ada yang lain. Semasa waktu lawatan mereka dah pun di beri makan kenyang-kenyang tu pasal lah kalau tengok mereka rileks je bersantai dan tidur. Kalau takkkkkkkk .. sendiri mau ingat lah.

Dapat tengok bontot pun takpe …

Dia datang ketuk tingkap tau. Rasa nak buka je tapi pegawai tak bagi buka dia kata ni bukan jenis jinak. Kang dia gigit tangan .. Wuu takut .. dia kejar tingkap tempat kami duduk .. kenapa tah ..

Pelabagi jenis kacukkan seladang , lembu , kerbau pun ada.. sebenarnya ada banyak haiwan lain seperti rakun. Rakun tau tak ? woo takut ooo kalau tengok discovery chanel tu. Pemakan daging no 1. Pun ada tapi tak keluar lah masa kita melawat tu.

Pak belang ..

Tengok gigi dia..

Buwekkk apa tengok  – tengok ? ” kata pak belang.

Pengalaman masuk ke SAFARI PARK ni lain dari masuk ke zoo . Saya biasa bawa anak masuk ke Zoo Taiping dan Zoo KL. mana sama perasaan nya. Zoo ni tengok haiwan dalam kandang. Tapi di Safari Park haiwan tengok kita dalam trak berkandang.

Selain safari park , anda boleh melihat pertunjukan haiwan dan pergi ke rumah burung. Agak besar ya tempat ni. Stamina mesti kuat. Untuk berpeluh sepanjang hari. I like..

Saya harap dapat peluang Travel dengan anak-anak lagi. Tak tahu bila. TAPI COMING SOON ..

Boleh tengok tengok pakej mana berkenan di :  https://www.traveloka.com/en-my

#TravelokaMY #MYTravelAdventure

Please follow and like us:
200

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

6 Comments:

  1. Banyak zoo yang tak jaga haiwan dengan baik kan

    Zoo melaka pun binatang dah tak banyak

  2. K sya sampai depan tangga je last 2 week. Tak jadi nak masuk sebab pakcik kedai runcit berdekatan cakap ramai yang masuk kata rugi. Dah tak macam dulu. Sekarang haiwan byk tak de. Apalgi, pusing balik ler. Jarak dr rumah tak jauh mana, 1 jam lbh je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *