#MYsyg : Landasan kereta api lama Taiping

Landasan kereta api lama di taiping , landasan bewarna hitam didalam gambar di bawah manakala landasan keretapi baru yang bewarna putih juga di dalam gambar di bawah . Raya tahun ini saya balik ke rumah mak yang satu ni , dah lama mak tinggalkan gara-gara projek landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar.

Teringat dulu , pertama kali mak di beritahu pasal projek landasan keretapi elektrik berkembar ni. Pihak kerajaan menyatakan bahawa tanah kami tu akan di ambil dan akan di bayar pampasan , mak saya orang kampung terus menggelabah , dia tak dapat bayangkan tinggal di rumah sewa selepas bertahun-tahun tinggal di rumah dan tanah sendiri yang tak perlu membayar sewa setiap bulan. Terus mak beli rumah di kawasan lain.

Rumah baru terletak di kawasan taman tak best macam rumah pusaka ni. Selepas mak tinggal kan rumah puasaka ni dan berpindah ke rumah baru , punya lah banyak kecurian pecah rumah berlaku , habis koleksi periuk belanga mak yang banyak dan boleh di buat kenduri kendara tu. Banjir pula bertimpa-timpa mendatang sehinggakan perabut yang di tinggalkan rosak. Rumah terus menjadi usang..

landasan kereta api taiping

Sekali kerajaan tak jadi ambik daaa tanah mak tu .. alahai … lepas tu mak pun tak lah teringin hendak pulang ke rumah pusaka tu , terus mak sewakan saja pada pekerja yang membuat kerja-kerja pembinaan landasan kereta api yang baru tu .. kini landasan kereta api baru dah siap , semua pekerja telah keluar … mak jadikan rumah itu sebagai rumah sewa , rumah memang besar sangat , di pecahkan jadi 3 biji , satu untuk di sewa , satu di jadikan homestay dan satu lagi adik saya tinggal disitu selaku penjaga rumah tersebut. Hairan lepas siap projek landasan kereta api ni tak ada pula banjir..

Betapa kerdilnya landasan kereta api hitam itu … dulu-dulu .. landasan kereta api nampak tinggi dan gah sekali , disitu lah kami main panjat-panjat dan terjun ke dalam sungai di sebelahnya .. dulu-dulu landasan kereta api hitam tu juga berjaya memecahkan anak mata adik lelaki saya , sampai jadi oku dah .. hikss..

Di bawah landasan kereta api baru , dulu …di bawah landasan kereta api hitam tu , boleh dibuat tempat main menyorok-nyorok , tapi memang kena tutup telinga rapat-rapat  , bunyi bising tak terkata , sekarang ni landasan kereta api baru tu lebih kukuh , bunyi pun tak kuat sangat .. just nice! orang kata…

Dulu sungai tak cetek macam ni , kalau setakat tinggi saya semasa kanak-kanak dulu boleh tenggelam juga , pernah memancing ikan , pernah basuh pinggan mangkuk dan kain baju disitu , dulu pernah juga jalankan aktiviti pukat ikan di sungai ni , dulu pernah juga main ” polis sentri one to ” jaga di dalam sungai.. kenangan !

Sekarang sungai makin , cetek .. kotor dan sempit .. air macam berenti mengalir je , macam tak bernyawa macam dulu … cuba juga pancing ikan , tetapi mata kail asyik tersangkut dengan jaring besi yang tertanam di dasarnya , tak pun tersangkut dek kain-kain yang di buang kedalam nya , tak pun tersangkut dek sampai yang di buang ke dalam nya ..

Makin usang , akan menjadi sejarah tak lama lagi , landasan baru dah siap , tinggal lagi setesen kereta api baru yang separuh siap di bina di pekan kamunting yang kini sangat banyak perubahan nya .. sangat pesat , jalan rasa semakin sempit , semakin menggila ala-ala KL pulak dah ..

Sebelum ni tak ada jalan berbatu di tepi landasan kereta api seperti di atas , dulu .. ada pucuk paku , pucuk ubi liar , pucuk kangkung dan rimbunan pokok keladi serta bunga tahi ayam .. hikss

Lalang ni juga banyak dulu-dulu , sekarang macam nak pupus aje , dulu ada “anne” datang cantas lalang ni untuk di beri kerbau , lembu beliau makan. Sekarang tak de dah ..

Kalau dulu banyak pokok “nyok” , pokok rambutan dan pokok manggis , sekarang semua kena tebang atas arahan pihak kerajaan .. ye lah tanam di tebing-tebing sungai kan .. tanah kerajaan tu ..

Anak-anak .. ini lah kali pertama laila balik ke sini .. hampir 3 tahun tak balik ke sini , entah bagaimana , saya tergerak hati nak tidur disini .. nak rasa kemeriahan raya disini , tetapi tak semeriah dulu .. sebab ada banyak lagi jiran-jiran di arahkan berpindah , ada juga 2-3 rumah jiran tak berpenghuni lagi disebabkan orang tua nya dah meninggal dunia , jadi anak-anak tak tinggal disitu ..  Macam – macam kenangan ada disini , susah senang keluarga saya disini , malahan berkawan , bertunang , bersekolah , bernikah semua disini .. sempat beranak ke aliya disini .. untuk una dan laila tak sempat ..

Ini lah kampung #MYsyg saya 🙂

13 thoughts on “#MYsyg : Landasan kereta api lama Taiping”

  1. Pingback: Beraya dengan blogger kujie2.com | Puanbee.com | Diari Ibunda

  2. Kalau kerajaan jadi ambil tanah pusaka tentu banyak pampasan yang bakal dapat.

    Apa pun landasan lama tetap menjadi nostalgia kepada penduduk tempatan.

  3. Salam,

    Wahhh mengimbau kenangan lalu ye bee?, gambar cuba besarkan sikit heightnya, tak puas nak tengok rendah sangat sangat (tah betul tah tidak istilah akak guna ni) hahahhahaa 😀

    1. yup kamunting .. huuu .. jalan dah lain sangat , kalau dulu melintas depan balai polis , sekarang belakang bali polis dah , siap ada highway lagi tu ,, dah tu jd susah nak patah balik kena buat u -turn , sebijik macam kl

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *