Murah rezeki dengan Solat Dhuha

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ramai orang dah tahu sebenarnya , salah satu amalan murah rezeki adalah melakukan solat Dhuha. Solat Dhuha di katakan boleh menolak kemiskinan dan mendatangkan rezeki dengan melimpah ruah. Tetapi ianya haruslah di lakukan dengan ikhlas dan tidak tinggal solat lima waktu yang wajib itu. Insyallah , Sama-sama lah kita ber isitiqamah lakukan Solat Dhuha ini.

Disini saya kongsikan beberapa link , artikle gambar dan video yang boleh di jadikan rujukan.

murah rezeki dengan solat dhuha

Sumber gambar kakyong

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

CARA MENGERJAKAN SOLAT DHUHA LENGKAP – LINK 

Tertarik dengan satu pengakuan berkenaan  Kesan melakukan solat sunat DHUHA – LINK

Video DOA SOLAT DHUHA – Unic

Video ini di buat dengan lirik doa dan maksudnya sekali , terharu mendengarnya …  ada juga terbaca , Ustazah Siti Nurbaayah berdoa ketika solat dhuha untuk mendapat berat badan ideal. Rasa nak cuba jek … hehe

Related :

Video Amalan murah rezeki

 

Comments

  1. Tq sesangat puan bee…infi yg sgt berharga….byk pahala org yg menyebarkan kebaikan ni….

  2. paling saya suka ttg solat dhuha.. ada pintu syurga utk mereka yg mengerjakan solat dhuha secara istikamah yg dinamaka pintu dhuha.

  3. Semoga kita dimudahkan untuk menjalankan sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu a’alaihi wa sallam termasuk sholat Dhuha ini aamiin..aamiin

  4. banyak kelebihan solat dhuha ni…

  5. lin azlina :

    kena amalkan supaya murah rezeki… kena cuba jugak

  6. cantiklah header baru. amalan terbaik, orang yg bekerja pun boleh buat kat tempat kerja tak ambil banyak masa.

  7. aik.. mcm kebetulan pulak entri kita bertajuk lebih kurang..

Speak Your Mind

*