Motivasi Keputusan SPM : belum berjaya ..

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Degupan jantung  bertambah kencang hari ini, 21 Mac 2012 ,  bagi 468,808 orang pelajar  yang mengambil keputusan peperiksaan SPM tahun 2011.

Mungkin tatkala membaca entri ini, takdir telah pun tertulis dan telah dimaklumi. Sekeping slip keputusan peperiksaan di tangan menentukan perjalanan hidup seterusnya bagi setiap mereka. Tetapi, seperti ramai yang tahu dan telah pun melepasi waktu dan situasi seperti itu, perjalanan hidup kita sebenarnya tidak ditentukan oleh huruf dan angka yang tertulis di atas slip tersebut.

INFO : Cara semak keputusan SPM online dan SMS [Link]

Tetapi mereka itu, tahukah?

Kita semua, meraikan dan bergembira bersama dengan (mungkin) 10 peratus pelajar yang berjaya cemerlang. Kejayaan mereka tertampal di dada akhbar dan mungkin di kain rentang di sekolah atau pusat tuisyen.

Berapa ramaikah 10 peratus itu agaknya? Mungkin sekitar 40,000 orang pelajar. Memang ramai.

Tetapi yang berduka dan bersedih di atas ketidak mampuan mencapai kejayaan itu melebihi dari 40,000 orang. Sekali ganda dari itu mungkin, kan.

Kata Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya Petua 55 Orang Yang Berjaya :

 Anda bukannya gagal tetapi belum berjaya …

Dalam kesedihan dan patah hati, sebenarnya, pandangan hidup menjadi kabur sebentar. Sedih dan duka mengambil alih positif dalam diri. Apatah lagi kalau kesedihan itu ditanggung sendiri dan insan di sekitar tidak memahami.

Bagi mereka yang tidak secemerlang mana hari ini, kita mendoakan agar kesedihan itu segera hilang, dan azam serta kekuatan untuk lebih berjaya akan datang segera mengambil ruang dalam hati.

Bagi saya, gembar gembur kejayaan di peringkat SPM perlu dikurangkan, kecuali ada kisah tauladan yang boleh kita kutip dari kejayaan anak-anak ini. Kita perlu berperanan, mengembalikan semangat dan membuang rasa rendah diri di kalangan mereka yang sedang berduka. Insan yang terdekat perlu menunjuk jalan , mempamerkan segala ruang dan peluang yang terbentang buat mereka ini.

Sesal dan marah sudah tidak bererti buat waktu ini.

Salam kasih.

Artikle ini di tulis oleh ~cikgunormah@klcitizen~ Cikgu Normah seorang guru adalah penulis jemputan di blog Puanbee.com di bawah kategori Motivasi di jemput untuk berkenalan dengan cikgu normah dengan membaca blog beliau- banyak isi dan saya suka.

Comments

  1. spm bukan penentu segalanya..kehidupan kita masih panjang lagi…

  2. Debaran sebegini sudah Azie lalui, Puan Bee pun lalui juga kan heeh, nanti debar untuk anak-anak la plak kan!!!! hehehe. btw Tahniah calon spm yang berjaya yang tidak berjaya ‘Anda bukannya gagal tetapi belum berjaya’

  3. tahniah kepada yang berjya..
    pada yang kurang cemerlang, jangan putus asa, kejayaan seseorang berbeza-beza, mungkin masa depan anda kan lebih hebat, asalkan terus berusaha.

  4. a’a, SPM bukan penamatnya bagi yang tak berjaya, banyak ruang lagi untuk diorang teroka. anak jiran pun amik result hari nih, mudahan resultnya ok.

  5. SAYA SALAH SEORANG CALON SPM 2011…HEHEHEHEE

  6. Betul, kalau result kurang cemerlang atau tidak seperti diharapkan, bukan bererti gagal terus. Masih jauh lagi jalan kat depan. 🙂

  7. teringat masa ambik result dulu,budak2 pmpn siap nangis lagi,yg lelaki happy giler,happy sebab gagal kut.

  8. tu la….
    sampai ada yg bunuh diri bila kecundang…

  9. Amin , doakan saja 🙂

  10. adik saya gi ambik result arini..harap bawa pulang result gempakk..

Speak Your Mind

*