Mitos tentang sengugut benar tak benar berdasarkan pengalaman.

Sengugut adalah penyakit yang sangat istimewa khas untuk wanita sahaja. Sesetengah wanita sahaja akan merasai sakit sengugut ketika datang bulan. Saya yang dah tua masih lagi merasa sengugut dari zaman sekolah dulu sampai lah sekarang.

Ada banyak sangat mitos atau pendapat orang tua-tua mahupun doktor pasal sengugut ni. Hampir ke semuanya tak betul pun. Kenapa tak betul ? sebab mengikut dari pengalaman saya semua apa mereka katakan tak benar. Yang benar… sengugut akan hinggap pada sesiapa sahaja. Yang mana tak terkena tu kira bernasib baik. Antara mitos dan pendapat yang tak benar tu saya senaraikan di bawah .. kalau ada lagi tambah lah di petak komen ye ..

  • MITOS DAN PENDAPAT  Doktor pernah cakap , sengugut akan hilang selepas beranak.
  • PENGALAMAN SAYA  Anak 4 dah sengugut tak hilang pun.
  • MITOS DAN PENDAPAT Ada orang kata jika kita sengugut terlalu teruk , kita tak subur .
  • PENGALAMAN SAYA  Dah ada 4 orang anak , sengugut amat teruk.
  • MITOS DAN PENDAPAT Sengugut hanya berlaku di usia muda
  • PENGALAMAN SAYA Dah tua masih sengugut.

Ada orang tu risau sangat sangat , alaa nanti kahwin tak dapat anak la sebab tak subur sebab aku kan selalu sengugut. Padahal nya tak kena mengena pun. Kalau di takdirkan anak ramai tetap dapat anak walau macam mana pun keadaan kita. Anak kan rezeki. Rezeki pula siapa tentukan ? Cuma kita di sarankan supaya berjaga jaga , takut ada sebab lain terjadinya sengugut itu.

credit info di bawah ini  –>   .

Definisi Apakah itu Senggugut?

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil “dysmenorrhoea”. Terdapat dua jenis senggugut.

  • Senggugut Primer
    Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.
  • Senggugut Sekunder
    Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.

Sebab-sebab:

  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
    Cyst Ovari dan tumor
  2. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  3. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  4. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  5. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Tanda-Tanda

Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di bawah :-

  1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
  2. Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
  3. Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa.

Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekunder.

  1. Loya dan muntah, cirit-birit.
  2. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  3. Kesakitan ketika melakukan seks
  4. Lelihan dari faraj
  5. Pendarahan yang bertamban banyak
  6. kesakitan antara haid
  7. Haid yang tidak tetap

Komplikasi ( Kesan)

  1. Physical – Infertiliti (Tidak dapat mengandung)
  2. Mental – stres, tidur terganggu

Rawatan

  • Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
    Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.
  • Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
    Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.
  • Pil perancang
    Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
    Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
    Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.
  • Penggunaan Haba
    Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.
  • Mesin TENS (“Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation”)
  • Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin in menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit mungkin berkurangan.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

INFO BERKAITAN :

Hilangkan sengugut dengan halia
4 Khasiat Serai – Buat sendiri teh serai
Please follow and like us:
follow subscribe - Mitos tentang sengugut benar tak benar berdasarkan pengalaman.0

3 Comments

  • Ummi Hanie a.k.a. Nis Azmier

    20/01/2017 at 11:57 PM Reply

    nis pon dulu senggugut teruk.

    skrg takde dah.

    erm Sutra punya massage Oil bagus taw. hihi

  • nikkhazami

    18/08/2016 at 12:53 PM Reply

    kesian sebenarnya bila tgk kawan2 senggugut. sebab diri sendri pun tak pernah rasa sakit sampai mcm tu sekali.

  • Bahrain

    21/07/2016 at 11:40 PM Reply

    Tengok orang sengugut sampai menangis2x.. kita lelaki mampu tengok je. hehe

Post a Comment