MINUM TEH BOLEH MEMPERCEPATKAN BUKAAN BERSALIN

Share

Bagi ibu ibu yang dah di trimester akhir memang akan mula mencari petua atau cara untuk mempercepatkan bukaan bersalin. Almaklum la.. Kontraksi tu sangat menyakitkan jadi tak ada yang sanggup menahan sakit kontraksi tu lama lama kan.

Kadang kadang ada orang sampai berhari hari terpaksa menahan sakit kontraksi tapi masih belum boleh bersalin kerana tiada lagi bukaan serviks. Dan akhirnya kalau terlalu lama mungkin doktor akan guna kaedah induce untuk membuka laluan atau terpaksa bersalin guna kaedah pembedahan.

Kebanyakkan wanita memang kalau boleh tak nak induce ataupun bersalin secara pembedahan. Yelah.. Agak rumit untuk menjaga pantang.. Induce pulak agak menyakitkan. Jadi mungkin tip tip & petua dapat membantu ibu ibu untuk mempercepatkan bukaan bersalin.

Antara tip yang ada boleh cuba lakukan ialah dengan meminum teh sehari secawan. teh yang di galakkan di minum adalah teh hijau & Jasmine. Dengan cara tu di katakan dapat membantu mempercepatkan bukaan serviks.

Selain tu petua yang kita biasa dengar dengan memperbanyakkan bergerak atau berjalan untuk mempercepatkan proses bersalin. Elakkan sembelit sekiranya berlaku sembelit kerana sembelit boleh menghalang kepala bayi untuk keluar. Jadi kalau mengalami sembelit elok la berjumpa doktor & dapatkan ubat untuk melawas.

Bersama suami jugak salah satu cara mempercepatkan bukaan servis & proses bersalin kerana air mani juga berperanan seperti ubat induce yang di gunakan untuk membuka pangkal rahim

Semoga tip ni membantu para ibu yang menanti hari bersalin supaya memudahkan proses bersalin nanti.

One Comment:

  1. tu lah, kadang kadang ada juga tgk video kat FB, senang jer mereka bersalin, dalam kereta plak tuh, pastu hanya beberapa minit jer, mesti ada sebab kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *