Mimpi lemas dan ikan besar terperangkap dalam jaring.

Subhanallah. Hari sabtu tak semena-mena badan letih sangat , mata mengantuk lepas maghrib .. letih tak tahu nak cakap , saya biasa kalau letih pun akan duduk atau baring di sofa , tetapi kali ni rasa tak sanggup nak baring atas sofa , saya terus masuk bilik dan tidur. Tidur nyenyak .. tak pernah saya senang tidur macam tu , biasa ambil masa 20-30 minit untuk tidur lena .

Yang saya ingat saya letak kepala dan badan atas katil terus tertidur.

Dalam tidur saya mimpi.

Saya melawat satu tempat yang sangat cantik , warna pokok-pokok disitu putih salji , angin sejuk berkabus .. saya terpesona dengan kecantikkan itu .. saya bergerak ke depan sedikit demi sedikit , saya nampak sungai , air cetek di tengah macam pulau , tetapi deras di tepi-tepi , dan ada ikan besar dan panjang teperangkap dalam jaring di tengah-tengah sungai itu. Ikan dengan sisik berkilat .. macam ikan kelisa tapi saiz macam ikan paus.. saya hairan dan begerak ke depan lagi.

Sesampai di tebing , saya terpijak satu kawasan seolah-olah pasir jerlus , tetapi bukan pasir .. macam debu bakar sampah .. saya terjatuh ke dalam sungai , saya berusaha capai tebing .. tetapi gagal kerana tebing debu tu lembut , sampai satu tempat macam ada batu , saya cuba untuk capai batu tu , tapi tak berjaya … saya lemas tercungap-cungap… saya nak menjerit minta tolong , tapi suara macam tak nak keluar.

Tiba-tiba dengar suara una.. menjerit kat tingkap “ayahhhh .. yeayey ayah balik .. ” saya sedar .. nauzubillah saya bermimpi .. masa abe dah sampai kerumah beliau pegang remote dan tengok bola sesama dan masterchef tadi. Waktu ni Malaysia dah dapat 2 gol pun.

Yang menjadi hairan , perasaan lemas tu seolah-olah betul sampai sekarang terasa.. wuu .. apakah maksudnya ? jarang bermimpi dalam tidur … 🙂 kadang kadang mimpi tapi tak ingat , susah la nak dapat mimpi .. tapi kali ni  takutnya waktu mimpi tu ..

tak boleh tidur dah .. jam 1.24 am. .. kalau mimpi dapat iPhone 5 ok la jugak .. hehe

26 thoughts on “Mimpi lemas dan ikan besar terperangkap dalam jaring.”

  1. Mama3hero punya cerita

    erm pelik jgk mimpi bee ni…mgkn letih sgt,tertidur pastu mimpi pelik2 pun dtg..he3…harap2 ape yg bee mimpikan tu membawa 1 petanda yg baik..Amin.

  2. Saya ada mimpi yang selalu berkait dengan dunia realiti..ingat lagi..dulu selalu mimpi akan sampai di satu pertengahan jalan yang ada 2 simpang..rupa2nya perasan yang jalan masa pegi kat johor..mimpi pandai berenang kuak lentang..pegi try berenang, rupa2nya boleh berenang..huhu..kebetulan je kot.

  3. hai puan bee, selamat petang,
    mimpi rupanya.. harap2 ada benda baik yang bakal berlaku tidak lama lagi.. mudah2an..

  4. djkakpahGomofm

    ok.. setelah hamba baca dan teliti.. maka..beginilah firasatnya mimpi tuanhamba itu. Adadapun ikan itu bermakna duit.. sesiapa yang bermimpi akan ikan bermakna beliau sedang akan mendapat duit. Tapi.. ada tapinya.. disebabkan ikan itu tidak di tangkap atau dgn kata lain tidak dapat di pegang di tangan, maka tidak lah dapat duit itu. dan juga halangan dan cabaran untuk mendapat duit itu adalah sangat sukar.. jadi anda perlu bekerja keras berusaha untuk mendapatkannya. lagi besar ikan itu.. lagi besar nilai duit itu. Begitulah adanya..wallahuwaklam… 🙂

  5. masalah mimpi ni…kalo terjaga dari tidur sbb mimpi ngeri, confim tak leh tidur lepas tu….jarang ler mimpi i phone 5 hehehe…

  6. mula2 baca.. aku dapat merasa ngeri gak mimpi hg tu.. tp yg last tu mmg wat aku gelak.. heheh ape pon mimpi tu mmg mainan tidor nak pulak terlena lepas magrib kan… usah di pikir kan sanagt.. yer..

  7. hahahaha… lain kali, sebelum tidor.. lepas selawat.. sebut la iphone5 banyak2… sampai la terlelap. cuba berimaginasi dalam mimpi. mesti layan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *