MERKURI DALAM PRODUK KECANTIKKAN UMPAMA MAKHLUK HALUS

Masih hangat di perkatakan tentang produk kecantikkan & kosmetik yang di kesan mempunyai bahan terlarang seperti merkuri.

Merkuri termasuk logam berat berbahaya yang bersifat racun. Pemakaian produk berMerkuri akan menyebabkan perubahan warna kulit & menyebabkan bintik bintik hitam, alergi, iritasi kulit, kerosakkan kekal pada saraf, otak, ginjal dan gangguan perkembangan janin. Pemakaian produk bermerkuri dalam jangka pendek dengan dos yang tinggi akan menyebabkan muntah-muntah, dehydrate, kerosakkan ginjal dan yang paling berbahaya boleh menyebabkan kanser.

Bagaimana merkuri dalam produk kosmetik & kecantikkan yang di gunakan pada kulit luar seperti muka boleh menyebabkan kerosakkan organ dalaman badan? Ramai yang masih keliru sebab katanya kenapa di pakai di muka tapi effect kepada organ dalaman seperti buah pinggang?

Produk kosmetik & kecantikkan yang mempunyai merkuri yang tinggi walaupun di pakai di luar kulit tapi bahan tersebut boleh meresap melalui kulit terus ke saluran darah seterusnya pergi ke organ dalaman seperti buah pinggang, hati, jantung, saraf tunjang, dan otak.

Merkuri ni umpama macam makhluk halus la yang boleh meresap dalam tubuh kita melalui kosmetik yang kita pakai tanpa kita sedar. Kita hanya menyedari bahaya bila ia memberi kesan kemudaratan pada tubuh badan kita. Jadi rajin rajin la periksa sebelum menggunakan sebarang produk.

Jadi tak perlu pelik kenapa di pakai di muka tapi buah pinggang, otak,hati jantung mendapat kesan. Kulit wajah yang rosak boleh di rawat tapi kalau organ dalaman kita rosak memang tiada gantinya. Untuk menunggu penderma organ, bukan mudah. Organ manusia bukan sejenis benda yang boleh semai & tumbuh semula. Jadi jagalah ia sebaik mungkin. Jangan obses untuk cantik dengan segera sehingga sanggup mengambil risiko kepada kesihatan diri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *