Merisik Buat PakCik

Share

Sebenarnya balik cuti CNY kelmarin ini lah tujuannya .. untuk pergi merisik bakal isteri untuk adik ipar saya , yang seronoknya .. baru nak merisik tapi semua ahli keluarga berkumpul , berbincang dan secara tak langsung kemas rumah opah yang dah berselerak dengan pokok-pokok terbiar.

Ada lagi ke adat merisik ni ? ada … cuma tak berbalas pantun macam orang dulu-dulu lah .. merisik sama ada bakal yang hendak di pinang itu , setuju dan benar-benar hendakkan adik ipar ni , merisik juga adalah proses untuk kenal mengenalkan.

adat merisik sebelum bertunang
Menyerahkan cincin tanda jadi

Semasa merisik , bawa sebentuk cincin dann juga seorang yang banyak cakap *Peace Abang Long..Abang long yang berbaju petak-petak tu memang peramah sampai tak nak balik ..amboiii dia tu ..

adat merisik sebelum bertunang
Baby dan ayah

Si kay (suami saya ) jaga anak dia , si baby ni sekarang tak boleh berenggang dengan ayah dia .. haru lah pulak ..

bersama kakak ipar dan biras
bersama kakak ipar dan biras

Ratu-ratu cantik dan jelita, terutamanya yang tengah tu.. dari kiri kakak ipar dan kanan biras , tapi semua macam adik beradik je , kalau kemana-mana orang susah nak teka mana ipar mana biras sebab ? cer teka .. cer teka…

Mak mentua dan bakal biras baru
Mak mentua dan bakal biras baru

Kebetulan mak mertua dan bakal menantu pakai baju merah .. ehemm.. tergugat menantu lama .. hahahah .. lawak je .. kami pergi meminang orang Sungai Dua , Butterworth. Bertolak jam 6.30 Petang , cakap kat tuan rumah ..kami pergi adik beradik je .. tapi bila sampai tuan rumah terkejut .. adik beradik ke semua ni ? yuppppp .. kami memang ramai.. dan suka bergerak ramai-ramai .. ada 4 MPV dan sebuah kereta ke sana , Kereta tu saya lah .. (sob sob sob) nak gak bli MPV satu …

Menanti adat merisik selesai
Menanti adat merisik selesai

Semua dah selesai , bersedia nak bertolak balik je , makanan sedap-sedap lah makcik .. terutamanya bihun goreng tu , megigau saya .. hahaha … tapi semua masih menunggu si Abang Long tu tutup cerita .. hampir 5 jam baru Abang Long sedar , hari dah jauh malam ..uhuks~ Tak ada gambar luar sebab perginya pun dah malam , dikatakan kawasan ni ada sawah padi , tapi tak nampak lah pula.

Pakcik tu .. gelaran anak-anak buah panggil lah ye , idoklah tua sangat .. 🙂

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

46 Comments:

  1. meriahnya , macam nak bertunang dah…

    setengah org buat majlis merisik & bertunang sekali..

    lawo lah bakal biras bee tu..

    • yup meriah sangat … inngat nak buat mcm tu juga tunnag terus tp pihak perempuan tk nak ..

      memang cantik bakal biras tu , anak mami le katakan ..

  2. ramainya adik beradik.. meriah. kat sini ada lg berbalas pantun.

  3. Apa beza merisik dan meminang.

    • merisik , tanya2 je dulu sambil bawa cincin , perbincangan hanya ada kedua belah pihak keluarga ,

      meminang ni utk bertunang lah .. belah perempuan meriah sikit , ada makan2 dan jemput org kampung ..

  4. saya dah vote blog ni ke-52. harap vote blog saya saluran07.blogspot.com kategori best auto blog di http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17 undian puanbee amat saya hargai!

  5. bee.. 5jam ke jam 5.. amboi kalau 5 jam lamanya merisik..mmg peacelah kat abg long

  6. nikah terus je..hehe

  7. tu lah, tengok tajuknya cam utk org tua pulak..hihihi..

    • hihi dah agak dah .. tp sejak ada anak ni memang panggil adik beradik semua ikut gelaran anak panggil , kalau tk anak2 lupa mana satu pakcik , makngah , paklong semua ..maklumlah ramai kan adik beradik tu ..

  8. amboi meriahnya, ingat tadi merisik ukt pakcik puanbee…rupanya adik ipar. Tahniah utk adik ipar pb, semoga cepat langsung majlis tunang dan kahwin.

  9. kalau time mas nanti,nak just family dia je dtg.hahaha..jimat sikit n sng keje.n simple.(ehh tergatal jap)hahahah..

    • amboi dia .. eh tapi akk memang pergi family je tu .. mak mentua , maklong akk , pestu adik beradik 6 orang .. dengan anak2 sekali tu yg nampak ramai ..

  10. ada! tahun lepas g merisik utk adik. pastu g menetapkan tarikh pertunangan. pastu bertunang.

    agak2 kalo kahwin, kena booking bas 🙂

  11. moga berbahagia dengan pilihan hati.

  12. ni merisik terus bertunang ke ni??

  13. kehadiran biras baru mmg m’gugat kedudukan kan bee … kih3x .. xper,masing2 ade kelebihan masing2 kan …

  14. tunggu plak majlis kahwinnya nanti..mesti lagi meriah kan

  15. merisik amalan yang makin di lupakan.. hehe.. risik dlm phone ja sekarang ni.. pas tu terus tunang.. 🙂

    • haaha .. memula ingat nak buat camtu , tp belah perempuan tk setuju ,,, maklumlah kami adik beradik semua susah sikit nak balik selalu ..tp nak buat cam mana , nak ambil anak orang kan .. ikut je lah .

  16. ye la serba merah..dinding umah pun merah..

  17. Zarul Umbrella

    wah 4 bijik MPV tu

  18. wow happeningnye majlis merisik.. cantek bakal bakal ahli keluarga bee..

  19. wah puanbee serba serbi merah

  20. Merisik pun dah 5 jam PnBee,… majlis bertunang & kawin nanti agak2nya berapa lama la plak 🙂

  21. cantiknya rumah warna merah gitu…hehehe

  22. Wahh…rombongan merisik, meriah gitew!hehe

  23. rombongan merisik dah mcm meminang.
    tahniah utk adik ipar.

  24. amboiiii…. merisikkan pakcik tuh.. bagus2… kita baru lepas dirisik
    untuk adik perempuan bongsu.. hik3

  25. wah dpt biras baru.segak plak..org png katakan.haha..kutu dua je biras..takdak pmpuan.dah lepas dah semua. en suami tiga beradik je n beliau sorg lelaki..:)

  26. Salam,

    hehehe dia pun bakal dapat biras baru ye, teruskan ambik hati mentua ekekeke, akak baru ni dapat 2 orang biras pompuan 😀

  27. slmt dpt biras bru ye kak bee..

  28. taufiq arifin

    hehehe.. meriah nampak.. nak sambut orang baru kata kn 🙂 btw tahniah untul semua family sis 🙂

  29. Satu segerombolan pergi merisik belum majlis akad nikah nanti. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *