Merasa nasi ayam penyet buat kali pertama

Share

Macam mana rasa nasi ayam penyet yang sebenarnya ek ? tengok blogger lain duk puji sedap-sedap , semalam pergi makan nasi ayam penyet di satu cafe rahsia tapi tak sedap , bagi saya biasa je .. haha tak mau lah jatuhkan bisnes orang tu kan , cuma nak cakap la restoran ni suka buat masakkan entah hape-hape , kadang-kadang sedap , bila pergi kali ke dua makanan di situ dah jadi tak sedap.

nasi ayam penyet tak sedap

Semalam pergi pun sebab anak teringin nak makan ciken chop , lepas tu pelayan kenalkan nasi ayam penyet yang terdapat disitu..  ” sedap! sedap ni kak ” . Saya pun order la satu , nasib satu jek kalau tak rugi duit haha … saja saya kalau nak cuba dulu makanan memang akan order satu , boleh kongsi .. tak sedap pun takpe .. sebab tak membazir banyak sangat duit kat situ kan .

Nasi adalah nasi putih biasa , ayam goreng dan sambal adalah biasa juga , sebijik macam saya buat hari-hari di rumah , yang lain pun tempe dan pinggan dia je la .. sebab saya tak makan tempe .. hadoi ..

Cer korang bagi tahu saya , nasi ayam penyet sedap sangat ke macam maan ?

chiken chop tak sedap

Dulu ciken chop ni sedap , sekarang tak sedap .. semacam jek rasanya …  dulu di kedai ni ada nasi ayam sedap , sekarang dah tak sedap .. Kedai makan ni , yang paling penting adalah menjaga tukang masaknya. Kalau tukang masak tu boleh masak sedap-sedap pelanggan akan datang lagi , dan lagi ..tapi kalau tak sedap tak ada pelanggan untuk kali ke dua .. betul tak ?

makan di restauran

Tapi budak berdua ni kira apa , tak sedap boleh je makan .. diorang takde hal .. haha .. ibu je menung tengok .. layan laila tak nak makan , laila duk melukis mewarna dengan buku baru dia waktu ni .. tak ada orang nak ambil gambar kami haha .. tunggu mak datang dari kampung ..wee~

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

23 Comments:

  1. Pingback: Ayam Penyet – AP Bandar Baru Ampang | Mom Blogger & Lifestyle

  2. nis dpt yg sedap kot. nasiblah bee order satu je, kalau tak ralat rasenye

  3. nasi ayam penyet memang best…nampak macam biasa, tapi rasa bukan biasa 🙂

  4. ayam penyet sedap sehingga menjilat jari..

  5. Penting sangat menjaga kualiti masakan. Kalau tidak, hancur bisnes masakan.

  6. Zulhilmi Zainudin

    Betul tu. Tukang masaklah orang paling penting selepas pengurus. Selain daripada faktor-faktor lain seperti harga, mudah nak dapat parking dan tempat yang selesa, rasa makanan itulah yang ‘mengunci’ dan mengekalkan kesetiaan seseorang pelanggan. 😉

  7. pernah juga saya rasa jakun untuk merasa nasi ayam penyet ni. sekarang tidak lagi

  8. hamboi sodapnya ..haish …..

  9. sedap sehingga menjilat jari…terliur tengok. Makan kat mana ni?

  10. Ternyata ayam penyet Malaysia tidak jauh beda dengan ayam penyet Indonesia yah…
    Anak saya suka sekali sama ayam penyet sama tempe penyet pula

  11. sedap eh ayam penyek ni…hari tu dah makan…rasa cam biasa je..maybe org tu tak pandai masak kot…hehehehe

  12. Bila tukang masak berubah pasti rasa pun berubah la kan..

  13. bagi saya sedap tp tengok tempat la, akan tetapi sbnrnya xda la special mana sebab ianya sama dengan apa yang kita makan dan masak hari hari

  14. singgah kat blog puan bee lagi hihih..
    gulp telan air liur sedop..
    sos chicken chop tu terbaik..meski pun xrasa hih^_^

  15. Terus terang saya belum pernah merasa Ayam Penyek lagi.

  16. Saya memang suka makan nasi ayam tapi belum cuba makan nasi ayam penyet
    lagi….!

  17. Kedai apa la ni.. Hehe.. Nasi ayam penyet tu ada tempat sedap ada yang tak. Bagi saya biasa-biasa je. Tengok ayam dengan sambal dia jugak kot. Hehe

  18. nak maintain tukang masak pun dah susah sekarang agaknya, tukang masak demand tinggi. roti canai kedai mamak pun boleh kadang sedap kadang tak…heee

  19. sy mmg tak berapa gemar nasi ayam penyet sbb rasa terlalu kering.

  20. lepas ni..
    tunggu resepi ayam penyet dari sini plak la..
    eheheheee

  21. haha.. betul2.. memang susah nak jumpa kedai yang betul2 mampu kekalkan rasa yang sama setiap hari.. ada hari sedap ada hari tak sedap.. siapa yang hari-hari makan lagi boleh tahu… wife dah terkena pagi tadi.. punya nak mkn last pagi tadi pi tak sedap plak.. 🙁

  22. MaMa3HerO PunyA CeritA

    Err..sebenarnya nasi ayam penyet ni sedap tau kalo kne betul dgn tempatnye..akk da 2 kali try mkn kt 2 tempat yang berbeza..tempat yg pertama mmg sedap giler..yg kedua kureng cikit..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *