Menu Istimewa Hari Raya Rendang Ayam Gajah

Share

Lain tempat , lain menunya .. lain orang lain istimewanya .. biasalah kita orang Malaysia ni kan .. Apa menu istimewa korang di hari raya ? bagus kalau dapat dikongsikan bersama disini , bertukar-tukar juadah .. walaupun tak dapat rasa apatah lagi bau masakkan tersebut , sekadar tahu pun jadi lah … kan ..

jenis ayam , foto ayam

Ayam Gajah dan Ayam Sabung

Tidaklah macam saya ni … Korang pernah dengar Ayam Gajah ? Saya pun tak pernah dengar … ahakss… Menu untuk hari raya pertama di rumah mak mentua adalah rendang ayam gajah dan Nasi Ayam .. kemain special dengarnya … Kakak ipar saya sebut-sebut macam best sangat Ayam Gajah tersebut.. alkisah nya .. waktu beliau sebut ayam gajah hendak di buat rendang adalah semasa kami tengah sama-sama memotong bahan untuk di masak.

Apa tu ayam gajah ? langsung tak terlintas bentuk ayam tu macam mana .. lawak betul .. muka blurrr je waktu tu ..

“Mu tak pernah tengok dan makan ayam gajah ke ?”
“Tak pernah …” jawab saya sambil buat muka menggeleng …

Ok dah selesai semua masak-memasak saya pulang ke rumah mak sendiri , sambil ber whatsapp dengan yanmie , dari situ dia cakap .. ayam belanda tu ayam gajah .. ahaaa….

Saya masih tak berapa nak percaya .. saya rasakan Ayam Gajah yang di sebut oleh kakak ipar tu ayam lain … kemudian nampak ayam besar , kepala botak di halaman .. saya pun cakap kuat-kuat ..

” oh ni lah ayam gajah … ingatkan ayam gajah tu ayam belanda “

Suami saya yang berada di sebelah menyahut..

“Tu lah ayam gajah a.k.a ayam belanda , tu kecik lagi sebab tu baik je , kalau dah besar mau di kejar nya kita…. “

saya macam .. “erk ???? “

Kalau ayam belanda memang pernah dengar , tapi ayam gajah tak pernah dengar dan tengok .. ahaaa…. lain kali kalau orang sebut ayam gajah tau lah saya … ayam gajah itu ayam belanda … so memang istimewa lah ayam belanda di buat rendang ni …

Sebut-sebut rendang ni teringat pulak rendang ketupat .. waaa teringin pula … rasa tak puas makan semua tu .. alahai .. kalau macam ni nanti boleh lah bikin sendiri lemang daun pisang kat KL ni , kalau nak beli pun lemang di tepi-tepi jalan tu boleh , tapi harga mahal ya ampun! Risau terkena beli lemang tak sedap aje ..

P/S : Banyak gambar pemandangan di ambil .. saya suka ambil gambar pemandangan …

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

21 Comments:

  1. Hari raya memang identik dengan masakan yang berbau ayam nih

  2. Pertama kali dengar nama ayam gajah. Ayam dan gajah dua binatang yang berbeza. Bila digabungkan jadi ayam belanda pulak. Hehe

  3. lorrr… ayam gajah tuh ayam belanda eh?.. tak tau plak.. ingatkan ayam gajah tuh spesies ayam lain… hehe

  4. kutu pun baru tau rendang gajah tu apa.haha terkejut beruk jugak bila membaca menu istimewanya berbunyi gajah tu.haha

  5. Pertama kali mendengar Ayam Gajah. Rupanya Ayam Belanda. 🙂

  6. pertama kali dengar ayam gajah. rupanya nama lain bagi ayam belanda.

    erk…tak pernah makan daging ayam belanda.

  7. fes taim dengor ayam gajah beb.. haha 😉

    rendang ayam mmg terbaekkk~

  8. untung puanbee dapat makan ayam gajah..pastinya ayam ini adalh sumber kekuatan kepada kaum ibu dan ayah dalam melayari bahtera cinta mereka..hahahaha…terbaeeek!!!

  9. hehe…oo..ayam belanda rupanya..

  10. rendang ayam gajah tak pernah makan rendang ayam kepala botak yang liat pernah makan he

  11. lor ayam gajah ayam belanda rupanya, ingatkan ayam daging. sama besar kan.. ayam unta tak de??

  12. 1st time dengo juga. Kat kampung masak lodeh + ketupat segera = lontong.

  13. Laa..ada panggilan lain untuk ayam belanda rupanya..Mr. Apple pun baru hari ni tahu..dah dapat satu ilmu baru..:-D

  14. saya pon x pernah dengar lagi

  15. Baru pestime dgr ayam gajah nih. Special tul menu.. 🙂

  16. hee..tau dah ayam gajah tu..

  17. Salam Aidilfitri! Buat para blogger di luar sana!! Jom join contest ini! 3 pemenang bertuah akan mendapat duit raya EDISI TERHAD sampul wajah saya!!;) Klik http://www.aimisyahirah.com/2012/08/contest-nak-duit-raya-cik-misya.html untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *