MENJUAL PRODUK YANG BELUM DAPAT KELULUSAN KKM BAKAL DI DENDA SEHINGGA RM100,000

Spread the love

Ramai pengeluar & pengasas produk kesihatan & kecantikkan yang berani menjual produk mereka walaupun masih belum dapat kelulusan. Samada belum di mohon kelulusan kementerian kesihatan Malaysia atau masih dalam proses permohonan.

Ramai yang menggunakan alasan produk mereka sudah mempunyai keputusan lab test & telah di menghantar permohonan untuk mendapat kelulusan KKM jadi mereka cuba menyakinkan pengguna bahawa produk mereka selamat & sudah boleh di jual secara sah.

Sebenarnya.. adalah menjadi satu kesalahan bagi mana2 pengedar atau penjual menjual produk yang masih belum mendapat kelulusan KKM. Tak kira la sedang di proses permohonannya. Benda ni sangat penting terutama yang menjadi agent atau dropship sesuatu produk. Jangan sebab perkara ni anda di kenakan tindakkan undang undang pulak nanti.

Sebarang produk dalam bentuk ubat-ubatan, sama ada ubat-ubatan moden atau tradisional dan kosmetik yang digunakan untuk tujuan kecantikan perlu mematuhi keperluan undang-undang sebelum produk tersebut dihasilkan dan dipasarkan kepada pengguna. Di Malaysia, Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 merupakan peraturan yang mewajibkan sebarang produk ubat-ubatan dan kosmetik, didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). PBKD merupakan sebuah badan eksekutif di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, yang ditubuhkan di bawah peruntukan undang-undang, yang berfungsi memastikan sesuatu produk samada ubat-ubatan atau kosmetik selamat, berkesan dan berkualiti untuk kegunaan pengguna. Mana-mana pihak yang ingin menghasilkan sesuatu produk atau mengimport masuk sesuatu produk untuk tujuan jualan di Malaysia perlu mendaftarkan produk mereka dengan PBKD. Apabila sesuatu produk ubat-ubatan atau kosmetik diluluskan pendaftarannya dengan PBKD, produk tersebut boleh dianggap sebagai suatu produk yang selamat untuk digunakan. – sumber Malaysian Medical

Jika di dapati bersalah anda akan di kenakan hukuman Di bawah seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952, individu yang disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kedua, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi syarikat pula,  di bawah seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952,  hukuman denda tidak melebihi RM50,000 bagi kesalahan pertama dan denda RM100,000 bagi kesalahan berikutnya boleh dikenakan.

Bagi pengasas atau pengeluar produk mungkin dah kaya & amount tu tidak menjadi masalah besar pada mereka untuk membayar tapi bagi kita golongan tidak berkemampuan ni mungkin menjadi bebanan jugak. Jadi pastikan produk yang anda hendak jual itu ada kelulusan dari KKM

Apapun.. mampu atau tidak anda membayar denda bagi kesalahan tersebut tapi menipu pengguna bukan sahaja anda melanggar undang dunia malah anda bertanggungjawab untuk menjawab di hadapan Tuhan nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *