Mengidam ‘Sizzling Lamb Chop’ Kampung Pandan

Share

Dah lama terasa nak sangat-sangat makan Sizzling Lamb Chop kedai nya terletak di Medan Selera Kampung Pandan Ampang. Sebenarnya tak suka makan kambing. Rasanya kuat sangat … tapi mungkin sebab tengah mengandung jadi teringin. Kandungan pun dah masuk 8 bulan , jadi untuk puaskan nafsu makan ni , saya pergi la sendiri. Tunggu En abe lambat sangat.

sizzling lamb chop

Dan rupanya saya tak boleh makan kambing. Selepas balik dari makan Lamb Chop ni , saya gerak ke butik baju baby sekejap , hajat hati nak beli la sikit kelengkapan untuk baby baru nanti. Ye la ..dah nak dekat ni .. apa pun tak beli lagi untuk baby baru. πŸ™‚ Bukan tak nak beli tapi dek masa tu .. dah uruskan si kakak bertiga pun terasa penat ya amat.

Tetapi tengah shopping tu , saya tiba-tiba terasa nak pitam , nafas jadi laju , badan seram sejuk , jadi saya duduk .. duduk je terus gelap pemandangan . Selepas 15 minit gitu , saya bangun dan cakap kat aliya .. tinggal je la troli .. jom kita balik sebelum ibu pengsan , kalau ibu pengsan di sini apa la jadi pada korang. Dan nasib dekat-dekat je .. boleh lagi la drive .. tapi badan memang dah tak selesa.

Rasanya memang sebab saya makan kambing tu je .. tak ada makan benda lain.

husna

Husna

Tengok anak-anak makan berselera .. kesian diorang makan ala kadar je seminggu ni , air takde kena belajar la hidup serba ringkas. Nak marah SYABAS pun tak guna . Agaknya kena pindah rumah juga. Susah bebenor asyik tak ada air je.

Dan sejarah telah berulang , dulu aliya umur 6 tahun pernah juga cukur kening sendiri. Sekarang husna pula cukur kening , cer perhatikan gambar dia di atas tu.

laila dan kakak

Laila & Aliya

Esok-esok laila pulak nak try jadi cantik dengan kening sebelah .. hihihi .. diorang tak makan Lamb Chop , diorang makan Chicken Chop. Saja tak kasi makan Lamb Chop .. ada tulang , karang daging kemana , makan nya banyak mana je …

Rasanya … boleh la .. tak boleh nak menikmati makanan sangat kalau makan dengan anak-anak ni , kelam kabut sikit nak pula ayah nya tak ada sekali. Kena suap cepat-cepat .. Kejap nak ke tandas kejap nak air , kejap itu ini. Daging lekat celah gigi pun ibu juga di jeritnya.

Layan ~

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

12 Comments:

  1. bahaya nya..mujur tak jatuh..hati2 la lepas ni nak makan apa pun..mengandung dulu pun tak boleh makan kambing ke?

  2. syukur xde apa2…mmg x leh mkn kambing tu..after this jgn makan lagi la…takut plak mudarat…tp x pe yg penting dah sampai hajat tu…

  3. yang penting hayat kesampaian…terer anak pbee makan sorang 1 pingan.
    dah dekat sangat dah ni due jaga diri baik-baik pbee yer.

  4. huii bahaya tu bee… darah tinggi le tu kan… syukur takde apa2…

  5. Tidak tahu pula di Kampuang Pandan ada kedai menarik. πŸ™‚

  6. Akhirnya berjaya melepas mengidamkan. πŸ™‚

  7. Baru je balik dari Kg. Pandan..tapi g open house la,bukan dari medan selera..hehe

  8. nasib baik tak de pape…ibu mengandung kalau dpt makan apa yg diidamkan…mmg menyelerakan…. πŸ˜‰

  9. mmg sedap, akak baru je layan lamb chop cuma macam liat sikit,…

  10. sepanjang hidup ni sekali jer saya pernah rasa, sedap jugak

  11. nyum..nyum..nyum…sedapnya. terliur pulak tgk.

  12. Berselera betul saya tengok anak-anak Kak Bee makan Sizzling Lamb Chop ni.. memang terbukti sedap. .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *